MUMBAI, India, 27 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- FIFA dengan sukacitanya mengumumkan UPL Ltd., peneraju dunia dalam pertanian lestari, sebagai Penyokong Serantau di pasaran Amerika Selatan bagi FIFA World Cup Qatar 2022™.
UPL Ltd. ialah penyedia global penyelesaian dan produk pertanian lestari serta merupakan salah sebuah daripada lima syarikat penyelesaian pertanian terkemuka di seluruh dunia. Misinya ialah untuk "memperbaharui kelestarian" dan sebagai sebahagian daripada aktivitinya yang membawa kepada FIFA World Cup Qatar 2022 (Piala Dunia FIFA Qatar 2022), ia akan melabur dalam amalan pertanian lestari dan membangunkan projek pengurangan karbon di Amerika Selatan.
Portfolionya terdiri daripada penyelesaian perlindungan tanaman tradisional dan biologi serta mempunyai lebih 13,600 pendaftaran. Ia berada di lebih 130 buah negara dan mencapai lebih 90% daripada bakul makanan di dunia. Melalui rangkaian ini, UPL Ltd. berhasrat untuk mempercepat program jangkauan komuniti dan meningkatkan kesedaran tentang amalan pertanian yang lebih baik seperti teknologi penangkapan karbon melalui kempen pemasaran serta penempatan media di rantau Amerika Selatan sebagai Penyokong Serantau bagi FIFA World Cup Qatar 2022.
Pengumuman hari ini adalah berdasarkan memorandum persefahaman antara UPL Ltd. dengan FIFA Foundation yang ditandatangani pada bulan Ogos 2020 untuk bekerjasama menggunakan sukan bola sepak sebagai platform bagi meningkatkan kesedaran tentang beberapa isu sosial dan alam sekitar utama termasuk kesan positif terhadap pembangunan lestari, perlindungan alam sekitar, mendidik golongan muda serta menerajui gaya hidup yang sihat dan aktif dalam masyarakat.
Bercakap tentang pengumuman UPL Ltd. sebagai Penyokong Serantau di pasaran Amerika Selatan bagi FIFA World Cup Qatar 2022, Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura berkata: "Kami gembira mengalu-alukan UPL Ltd. sebagai Penyokong Serantau di pasaran Amerika Selatan yang penting untuk Piala Dunia FIFA yang akan datang di Qatar. UPL Ltd. ialah jenama global terkemuka dalam sektornya dan seperti FIFA, mempercayai kepentingan kelestarian, pembangunan dan pendidikan. Berita hari ini berdasarkan MoU yang ditandatangani oleh FIFA Foundation dan UPL Ltd. pada tahun 2020. Kami berharap dapat bekerjasama erat dengan UPL Ltd. untuk menggunakan sukan bola sepak sebagai cara untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan pertanian lestari dan teknologi baru muncul yang bermanfaat kepada semua."
Mengulas tentang kerjasama tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Global UPL, Jai Shroff berkata: "Kami amat teruja kerana UPL bekerjasama dengan FIFA. Bola sepak ialah bahasa universal – dan diminati oleh negara-negara di seluruh dunia – dan sekiranya kita boleh menggunakannya untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang sistem makanan, cara mereka bekerja dan sebabnya dunia ini perlukan mereka menjadi lestari, maka ia menguntungkan manusia dan planet ini. Hubungan ini merupakan pasukan impian untuk mencapai matlamat dalam memperbaharui kelestarian dan mengubah sistem makanan lestari."
FIFA World Cup Qatar 2022 akan berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember di lapan buah stadium di seluruh Qatar.
Untuk berita pertandingan yang terkini, sila layari FIFA.com/WorldCup.
Jessica rebello
Rebellojs@upl-ltd.com