omniture

Xinhua Silk Road: Kebingkasan & kevitalan ditekankan untuk sektor kewangan China demi memberikan sokongan lebih baik kepada ekonomi sebenar dalam separuh kedua, pakar

Xinhua Silk Road
2021-10-28 07:53 85

BEIJING, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Setelah membantu pemulihan ekonomi yang stabil dalam separuh pertama tahun 2021, sektor kewangan China digesa untuk mematuhi keperluan minimum keselamatan dengan baik dan menunjukkan lebih kebingkasan dan kevitalan untuk mendorong pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi dalam separuh kedua tahun ini.

Foto menunjukkan Sun Shuo, ketua kerajaan Daerah Xicheng Beijing menyampaikan ucapan di Persidangan Tahunan Forum Jalan Kewangan 2021.
Foto menunjukkan Sun Shuo, ketua kerajaan Daerah Xicheng Beijing menyampaikan ucapan di Persidangan Tahunan Forum Jalan Kewangan 2021.

Pakar-pakar memberi kenyataan sedemikian semasa Persidangan Tahunan Forum Jalan Kewangan 2021 yang diadakan baru-baru ini, berkata bahawa sektor kewangan China telah menghadapi kejutan luar yang timbul daripada perubahan polisi yang mungkin berlaku oleh bank-bank pusat bagi ekonomi-ekonomi maju seperti U.S. Federal Reserve dan juga kebimbangan dalaman yang disebabkan oleh krisis hutang oleh sesetengah syarikat.

Pan Gongsheng, timbalan gabenor bank pusat Cina dan ketua State Administration of Foreign Exchange, berkata bahawa berbanding dengan pusingan lalu kitaran U.S. Fed yang mencerut, ketika ini ekonomi China kekal di kedudukan yang lebih baik dalam kitaran ekonomi semasa, yang bererti bahawa ekonomi negara mengekalkan momentum pemulihannya yang mengukuhkan asas untuk pasaran pertukaran asing (forex) China untuk berlindung daripada kejutan luar.

Yi Gang, gabenor bank pusat Cina, berkata krisis hutang Evergrande Group mewakili kes individu risiko krisis hutang dan satu pertiga daripada kira-kira 300 bilion dolar A.S. hutangnya merupakan liabiliti kewangan dengan pemiutang dan cagaran terpencar, yang menunjukkan risiko limpahan boleh kawal untuk industri kewangan.

Sejak permulaan suku ketiga, risiko serta cabaran domestik dan asing yang semakin meningkat menyebabkan timbulnya lebih banyak tekanan ke atas transformasi struktur ekonomi China dan berlatarbelakangkan hal ini, pengedaran sumber kewangan yang lebih baik menjadi sangat penting.

Xiao Yuanqi, timbalan ketua China Banking and Insurance Regulatory Commission (CBIRC) berkata bahawa pembangunan kewangan yang inklusif memerlukan pengoptimuman ketepatan perkhidmatan kewangan, penemuan dan pemenuhan keperluan kewangan yang sebenar dan penyediaan perkhidmatan kewangan yang dapat mengurangkan impak daripada kitaran operasi perniagaan dan ketidaktentuan pendapatan.

Apabila menyebut tentang insurans, Guo Shuqing, ketua CBIRC berkata walaupun merupakan yang kedua terbesar mengikut pendapatan premium di seluruh dunia, sektor insurans China masih memerlukan penambahbaikan dari segi kepadatan serta kedalaman manakala kesesuaian dan kepelbagaian perlindungan insuran juga tidak mencukupi.

Pautan Asal : https://en.imsilkroad.com/p/324454.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Survey, Polls & Research