omniture

Mainstream Renewable Power: IKEA Bakal Membeli Ladang Angin Ireland Daripada Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power
2013-08-13 22:06 129

 


DUBLIN, 13 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Syarikat angin dan suria global Mainstream Renewable Power telah memeterai perjanjian menjual Ladang Angin Carrickeeny 7.65 megawatt kepada IKEA, peruncit perabot terbesar dunia. Mainstream telah memulakan pembinaan projek ini yang terletak di Leitrim di Barat Laut Ireland dan ia dijangka akan beroperasi pada awal 2014 ketika IKEA bakal membeli loji itu. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu Mainstream akan terus mengendalikan dan menyelenggara ladang angin itu bagi pihak IKEA untuk jangka hayatnya selama 20 tahun.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130606/618541 )

IKEA Group mempunyai perancangan bagi melabur GBP1.5 bilion dalam program tenaga angin dan suria sehingga 2015. Tenaga angin ialah bahagian penting strategi kemampanan IKEA Group bagi menjana sebanyak mana tenaga yang ia gunakan menjelang 2020. Pemerolehan ini akan meningkatkan jumlah turbin angin yang IKEA Group mahu miliki dan kendalikan menjadi 137.

Memberi komen tentang perjanjian ini, Ketua Eksekutif Mainstream Renewable Power Eddie O'Connor berkata: "Mainstream Renewable Power gembira dapat bekerjasama dengan IKEA, peneraju dunia sebenar dalam kemampanan korporat. Bekerjasama dengan syarikat yang mahu memiliki loji angin dan suria ialah bahagian perniagaan global Mainstream yang mengujakan dan semakin bertumbuh. Kami didekati oleh syarikat intensif tenaga yang semakin banyak dalam sektor peruncitan, IT dan perlombongan yang mahu melabur dalam portfolio loji angin dan suria kami yang besar yang sedang dibangunkan merentasi empat benua.

Kata beliau lagi: "Memiliki loji angin dan suria ialah langkah bijak bagi mereka pada pelbagai tahap. Memandangkan kos bahan api ialah percuma, jika mereka mempunyai lebih banyak bahan api maka lebih banyaklah kestabilan dan kepastian yang berkadar dengan kos tenaga mereka dalam jangka panjang. Tambahan lagi, syarikat yang lebih berpandangan jauh sedang melabur dalam tenaga angin dan suria sebagai sebahagian daripada strategi kemampanan mereka, dan IKEA ialah contoh yang baik untuk ini."

Bercakap semasa pengumuman itu, Joanna Yarrow, Ketua Kemampanan IKEA UK dan Ireland berkata: "Pelaburan kami dalam tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja membantu mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida daripada operasi kami di Ireland, tetapi juga, apabila digabungkan dengan usaha kecekapan tenaga kami ini, dapat membantu mengawal kos tenaga elektrik kami supaya kami boleh pindahkan faedah ini kepada para pelanggan kami dengan terus menawarkan hiasan kediaman berkualiti tinggi pada harga rendah. Syarikat, individu atau kerajaan -- kita semua bertanggungjawab untuk menangani dilema sumber ini dan komited untuk masa hadapan yang lebih mampan. Menghasilkan tenaga elektrik kami sendiri yang boleh diperbaharui dan mampu milik membawa kami selangkah lebih dekat untuk menjadi bebas tenaga sepenuhnya menjelang 2020, sambil memastikan kejayaan komersil kami."

Tentang Mainstream Renewable Power

Mainstream Renewable Power adalah salah satu daripada peneraju pemaju bebas dunia untuk projek tenaga boleh diperbaharui. Dengan projek pembangunan yang sedang dimajukan sebanyak lebih 19GW seluruh dunia, ia kini sedang membina ladang suria dan angin merentasi Ireland, Afrika Selatan, Chile dan Kanada.

Sebagai peneraju pemaju angin luar pesisir bebas Eropah, Mainstream sedang membangunkan projek angin luar pesisir sebanyak hampir 8GW di England, Scotland dan Jerman dengan hubungan grid selamat sebanyak 4.45GW untuk projek luar pesisir ini.

Ia menggajikan lebih 160 kakitangan berpengalaman dalam empat benua dengan pejabat di Berlin, Cape Town, Chicago, Dublin, Glasgow, Johannesburg, London, Santiago dan Toronto.

http://www.mainstreamrp.com

Mainstream Renewable Power
Emmet Curley
Tel: +353-1-290-2027
Emel: emmet.curley@mainstreamrp.com

Sumber: Mainstream Renewable Power

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers