omniture

Pameran Canton ke-130 Labuh Tirai, Menyaksikan Inovasi Pengeluar Cina yang Semakin Berkembang

Pameran Canton
2021-10-28 08:58 151

GUANGZHOU, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ --Pameran Import dan Eksport China ke-130 (Pameran Canton) melabuhkan tirai pada 19 Oktober. Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre berkata bahawa sesi Pameran Canton ini, dengan falsafah "Pameran Canton, Perkongsian Global" telah membuka pintu yang lebih luas kepada pembeli global dan menggamit perhatian dunia, lalu menyumbang kepada pembangunan yang saling menguntungkan.

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8973351-130th-canton-fair-china/

Pameran Canton ke-130 mengadakan upacara perasmian secara besar-besaran. Forum Perdagangan Antarabangsa Sungai Mutiara yang pertama diadakan dengan jayanya. Upacara perasmian pada petang 14 Oktober juga merupakan forum utama Forum Perdagangan Antarabangsa Sungai Mutiara. Tema forum utama ini ialah "Pembangunan Baharu China Memberi Peluang Baharu kepada Dunia", menonjolkan komitmen China terhadap pembukaan dan penggalakan perdagangan bebas yang merupakan isyarat China berkongsi peluang pembangunan dengan dunia demi mencapai masa depan yang lebih cerah.

Keputusan yang luar biasa dicapai dalam penyepaduan dalam-talian-luar-talian. Kira-kira 26,000 syarikat di dalam dan luar negara mengambil bahagian secara dalam talian, memuat naik lebih 2.87 juta produk, satu peningkatan sebanyak 113,600 berbanding sesi yang lalu. Platform dalam talian dikunjungi sebanyak 32.73 juta kali secara terkumpul. Pempamer-pempamer bersiaran langsung 43,000 kali secara terkumpul, dengan lebih 350,000 orang menonton secara dalam talian. Ruang pameran luar talian mencecah keluasan berjumlah kira-kira 400,000 meter persegi dengan 7,795 pempamer mengambil bahagian. Kompleks Pameran Canton menerima 600,000 lawatan secara terkumpul.

Walaupun dengan pandemik dan faktor-faktor lain, pembeli luar negara dan ejen pembelian masih mengambil bahagian dengan aktif. Sejumlah 18 organisasi industri dan komersial termasuk American Chamber of Commerce di China Selatan dan Korea Trade-Investment Promotion Agency, mengatur lebih 500 syarikat anggota untuk menghadiri Pameran luar talian. Selain itu, 18 perusahaan yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti Walmart, Staples dan Auchan mengatur pembeli untuk turut mendapatkan sumber di Pameran ini. Pembeli dari 228 negara dan wilayah membuat pendaftaran secara dalam talian untuk menghadirkan diri, lalu meluaskan lagi tahap kepelbagaian dan globalisasi Pameran Canton.

"Pameran Canton ke-13 telah berjalan lancar dengan lebih banyak model dan fungsi perniagaan. Ia dapat menyelesaikan tugas dengan jayanya untuk mencapat matlamat bagi mempersembahkan sebuah Pameran yang inovatif dengan sorotan melalui cara yang selamat, tersusun dan amat cekap serta menyumbang untuk menggalakkan pembangunan perdagangan antarabangsa yang berkualiti tinggi serta pemulihan ekonomi global," tambah Xu Bing.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news