omniture

Ketua Pegawai Pembangunan ZTE Cui Li: Mendepani Era Baharu bersama Penyedia Perkhidmatan Digital

ZTE Corporation
2021-10-28 11:07 251

SHENZHEN, China,  28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Pembangunan ZTE, Cui Li telah menyampaikan ucapan mengenai Mendepani Era Baharu bersama Penyedia Perkhidmatan Digital di Persidangan Penganalisis Global ZTE.

ZTE's Chief Development Officer Cui Li: Embracing a New Era with Digital Service Providers
ZTE's Chief Development Officer Cui Li: Embracing a New Era with Digital Service Providers

Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan data, banyak penyedia awan awam dan pengendali telekomunikasi melakukan inovasi rentas sempadan dengan bersungguh-sungguh, dengan harapan untuk merebut peluang baharu pada peringkat awal pusingan baharu lonjakan ekonomi digital. ZTE percaya bahawa untuk mengukuhkan lagi asas digital digabungkan dengan ciri-ciri perkhidmatan digital akan dapat membantu pengendali dengan cekap untuk merealisasikan transformasi bermula daripada penyedia perkhidmatan komunikasi tradisi hinggalah penyedia perkhidmatan digital masa depan, di samping turut mempercepatkan transformasi digital dan pintar terhadap masyarakat.

"ZTE berharap dapat mengukuhkan asas digital dengan keupayaan rangkaian yang dipertingkat, keupayaan digital yang diperluas dan transformasi digital industri-industri, seterusnya membantu pengendali merealisasikan transformasi digital, mendepani era digital dengan lebih baik dan kekal berada di hadapan dalam persaingan masa depan sekali gus mencipta nilai dan memenangi masa depan bersama-sama," kata Cik Cui.

Transformasi digital ialah trend yang tidak dapat dielakkan dan perusahaan perlu mengambil inisiatif 

"Transformasi digital kini merupakan trend yang tidak dapat dielakkan. Menjadi peneraju dalam transformasi digital pastinya akan membawakan kepada kami dividen digital dan kelebihan daya saing," tegas Cik Cui. "Era perkhidmatan digital akan menjadi permulaan pusingan persaingan yang baharu untuk pasaran tambahan ini."

Dari perspektif persekitaran makro, pertama sekali, ekonomi digital telahpun menjadi salah satu daya penggerak utama untuk pertumbuhan ekonomi yang berkualiti tinggi dan kami perlu mengikuti trend ini. Keduanya, ketidaktentuan yang semakin meningkat dalam persekitaran global memaksa perusahaan untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk berjaga-jaga terhadap risiko. Ketiga, orang ramai semakin sedar akan kepentingan perlindungan terhadap alam sekitar dan pembangunan mampan dan transformasi digital merupakan kunci untuk negara-negara utama mencapai matlamat keneutralan karbon.

Manakala dari perspektif pasaran pula, memandangkan perkhidmatan komunikasi tradisional telah mencecah nilai maksimum pendapatan, pasaran perkhidmatan digital yang dicirikan oleh sinergi rangkaian-awan dibuka secara beransur-ansur.

Menurut analisis oleh Cik Cui, pertamanya, dalam era pasca-pandemik, rumah pintar telah menjadi satu senario baharu yang mengintegrasikan kerja, pendidikan dan hiburan. Pembangunan aplikasi rumah pintar seperti video 4K/8K dan VR/AR akan memacu pertumbuhan pasaran yang pesat. Kedua, Internet semua benda pintar (IIoE) menyumbang kepada pertumbuhan pesat terminal terhubung. Pemprosesan data yang besar menimbulkan keperluan yang lebih tinggi untuk keupayaan rangkaian dan kuasa pengkomputeran merata.

Ketiga, berhubung penyelesaian ICT bersepadu yang berkesan kos, daripada membina pusat data oleh mereka sendiri, pelanggan perusahaan lebih bersedia untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan digital (DSP) untuk mendapatkan perkhidmatan bersepadu profesional pada kos yang lebih rendah, agar mereka dapat memberi lebih tumpuan kepada peningkatan perniagaan. Selain itu, penyediaan perkhidmatan bersepadu untuk transformasi digital industri-industri tradisional akan membawa peluang pertumbuhan yang baharu kepada pengendali.

Dengan ruang yang besar untuk mencapai pertumbuhan pasaran perkhidmatan digital, Cik Cui percaya bahawa transformasi pengendali tradisional yang bermula daripada penyedia perkhidmatan komunikasi hinggalah penyedia perkhidmatan digital merupakan satu pilihan yang diperlukan untuk meningkatkan daya saing mereka.

Dari perspektif pembangunan teknologi, teknologi baharu yang baru muncul dan teknologi digital yang semakin berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah meletakkan asas yang kukuh untuk perkhidmatan digital, sebagai contoh, akses rangkaian dwi-gigabit berasaskan kepada rangkaian optik 5G dan gigabit, pengkomputeran teragih berasaskan kepada sinergi terminal-pinggir-awan, natif awan, kembar digital dan aplikasi AI serta Seni Bina Sifar Kepercayaan (Zero Trust Architecture) untuk keselamatan data dan keselamatan siber.

Antara begitu banyak teknologi, bagaimana seharusnya pengendali membuat pilihan dan mengalikasikannya dengan berkesan? Cui Li percaya bahawa faktor penentu ialah "nilai yang dapat dicipta oleh teknologi." Beliau mencadangkan tiga prinsip yang berikut. Prinsip pertama bermaksud penciptaan nilai untuk pelanggan, menunjukkan berfokus kepada penyepaduan teknologi, penyahgandingan keupayaan, keterbukaan ekologi dan keselamatan asas. Kedua merujuk kepada Penggunaan Berpandangan Jauh, yang bererti menghadapi evolusi teknologi yang pesat dan mencapai kelebihan daya saing dalam teknologi penting masa depan. Ketiga ialah Pembangunan Dibezakan, yang bererti membangunkan sepenuhnya kelebihan dalam perniagaan utama dan menghindari hal-hal yang tidak boleh dilakukan, agar dapat memainkan peranan penting dalam ekosistem nilai pada masa depan.

Menyepadukan rangkaian, awan dan industri membantu pengendali untuk kekal di hadapan dalam persaingan masa depan

Selepas menganalisis persekitaran makro, trend pasaran dan teknologi, Cik Cui berkata, "pengendali harus mula berubah daripada CSP kepada DSP sekarang. Dengan kelebihan sedia ada mereka, pengendali dapat membina asas digital kukuh yang mengintegrasikan rangkaian, awan dan industri, seterusnya kekal berada di hadapan dalam persaingan global."

Rangkaian merupakan asas untuk Internet Semua Benda, manakala awan teragih dapat menyediakan kuasa pengkomputeran pada bila-bila masa dan di mana-mana. Menggabungkan teknologi data raya dengan rangkaian dan awan teragih, kami dapat mencapai pengumpulan dan penyepaduan data. Di samping itu, kami dapat merealisasikan persepsi berdimensi tinggi dan pembuatan keputusan pintar melalui teknologi AI. Berhubung industri-industri, kuncinya adalah untuk menyediakan perkhidmatan digital berorientasikan pelanggan yang disesuaikan kepada pelbagai vertikal. Dengan kata lain, untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza, kami harus mengintegrasikan keupayaan rangkaian dan awan yang mendasari dengan fleksibel bagi menyediakan perkhidmatan digital yang mesra pengguna, berkesan kos. Hal ini adalah sangat penting.

"Dengan sinergi industri-awan-rangkaian, pengendali dapat memacu transformasi digital vertikal dengan efektif selain perniagaan ToC, ToH dan ToB, dan oleh yang demikian mengambil kedudukan sebagai peneraju dalam era digital," tegas Cik Cui.

Meningkatkan keupayaan rangkaian. Kami terus menekankan peningkatan keupayaan rangkaian, iaitu untuk meneroka sumber dan mengurangkan kos. Secara spesifik, kami harus mengusahakan inovasi dan kejayaan yang berterusan dalam pengalaman dan kecekapan terunggul.

Pengalaman terunggul memfokuskan kepada "penerokaan sumber". Bagi melakar kejayaan dalam pasaran ini, penting untuk membawakan pengalaman serba baharu kepada pelanggan. Sebagai contoh, pengguna individu menjangkakan liputan rangkaian penuh dengan kelajuan pantas manakala pengguna rumah mencari pengalaman lebih baik yang didasarkan kepada paparan berbilang skrin, aplikasi pintar dan interaksi imersif sementara pelanggan industri memerlukan lebar jalur paut naik yang besar, aplikasi URLLC serta penghirisan keras yang bersaiz kecil.

Paling penting, pelanggan sedia membayar untuk mendapatkan pengalaman serba baharu ini yang membawa nilai yang lebih besar kepada mereka.

Bagi kecekapan terunggul, kuncinya ialah pengurangan kos. Kami berusaha untuk membawakan kejayaan yang berterusan dari segi kecekapan spektrum, operasi dan kuasa, untuk menurunkan kos dan meningkatkan kecekapan keseluruhan. 

Seterusnya adalah untuk meluaskan keupayaan digital. Disyorkan agar pengendali menumpu kepada kecekapan sumber yang optimum dan aplikasi pacuan pinggir untuk menggalakkan peluasan keupayaan digital dalam era baharu.

Seperti yang dapat kita lihat, perusahaan memajukan pendigitalan pengeluaran untuk meningkatkan kecekapan. Bagi memenuhi keperluan seperti kependaman ultra rendah dan keselamatan data, sejumlah besar data akan diproses di pinggir. Justeru itu, pinggir ini akan menjadi lapangan dengan persaingan yang sengit untuk mencapai inovasi.

Bermula dengan "Awan Pusat" hingga "Awan Teragih", pertama, pengendali telekomunikasi harus memanfaatkan kelebihan sedia adanya untuk mencapai permulaan yang berkos rendah dan penggunaan yang tangkas di pinggir. Sebagai contoh, mereka mempunyai rangkaian infrastruktur yang kukuh, tapak teragih yang sangat besar dan juga pusat data, dan dapat menyediakan perkhidmatan digital setempat dan perkhidmatan penyelenggaraan yang tangkas dan disesuaikan kepada pelanggan. Kemudian, dicadangkan agar pengendali membangunkan kelebihannya dalam ICT dengan sepenuhnya selain penumpuan perkakasan-perisian untuk pembinaan semula platform pertengahan berpandukan pinggir, bagi memastikan kecekapan sumber yang lebih tinggi dan memberi sokongan yang lebih padu demi inovasi yang pantas di pinggir.

"Pembinaan semula platform pertengahan berpandukan pinggir" adalah untuk menggunakan komponen bersaiz lebih kecil secara mendatar dan membina lapisan PaaS yang lebih nipis untuk mengupayakan penyahgandingan vertikal lapisan perkhidmatan teknikal dan lapisan perkhidmatan am. Seni bina berkenaan mendayakan dwiperedaran. Melalui penyelarasan perkakasan dan perisian yang amat cekap, lapisan perkhidmatan teknikal dan lapisan IaaS memberi sokongan yang efektif untuk lapisan aplikasi atas.

Seni bina ini juga menjamin kecekapan sumber optimum yang dapat dicapai melalui sinergi antara lapisan perkhidmatan am dan lapisan aplikasi. Secara spesifik, dengan seni bina kod rendahnya, lapisan perkhidmatan am mendayakan pembangunan tangkas pada lapisan aplikasi atas. Dalam masa yang sama, logik dan alagoritma awam yang terkumpul daripada lapisan aplikasi boleh digunakan untuk menyelesaikan konflik antara penyesuaian dan skala, dan oleh yang demikian dapat melancarkan pembangunan pengendali yang mampan.

Dengan peningkatan keupayaan rangkaian dan perluasan keupayaan digital, keadaan sudah bersedia untuk transformasi digital industri-industri. Paling penting adalah untuk kekal berorientasikan nilai dan berpandukan senario apabila menyesuaikan perkhidmatan digital untuk industri-industri vertikal.

Ia merupakan sasaran untuk membangunkan rangkaian yang mendasari dan keupayaan awan oleh teknologi teras am. Atas dasar ini, keupayaan sedemikian dapat disepadukan secara fleksibel untuk pelbagai industri, perusahaan, senario dan aplikasi dan lebih penting lagi, untuk inovasi dan inkubasi aplikasi.

Pada penghujung ucapan beliau, Cik Cui menyimpulkan, "Dengan masa depan yang semakin menghampiri, terdapat peluang dan cabaran dalam era digital. ZTE komited untuk mengintegrasikan rangkaian, awan dan industri bagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri ini dan melancarkan transformasi digital pengendali, dan dengan itu dapat mendepani era digital dan mencapai kejayaan yang saling menguntungkan bersama semua rakan kongsi."

Hubungan Media: 
Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn  

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment