omniture

Berkas Raspberry Pi Baharu daripada RS Components Memberi Harga Pembelian Lebih Rendah untuk Para Penggemar Pemprograman

RS Components
2013-08-14 11:00 123

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- 

Dua berkas yang terdiri daripada Raspberry Pi dengan kad SD memberi penjimatan sebanyak 20% kepada pelanggan untuk kos produk yang dibeli berasingan

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), peneraju pengedar perkhidmatan dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, telah mengumumkan ketersediaan dua berkas produk baharu untuk Raspberry Pi, menawarkan pelanggan nilai lebih hebat untuk wang apabila membeli komputer papan tunggal kos rendah bersama aksesori daripada RS.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Memberi penjimatan kos sebanyak 20% untuk barangan sama yang dibeli berasingan, dua berkas yang ditawarkan itu terdiri daripada: 1) papan Model A Raspberry Pi (256MB RAM) dan kad SD 8GB; 2) papan Model B Raspberry Pi (512MB RAM) dan kad SD 8GB.

Kad SD 8GB dalam setiap berkas sudah siap dipasang dengan Perisian New Out of Box (NOOBS) Raspberry Pi Foundation, yang disarankan untuk pengguna Pi kali pertama. Perisian ini memberikan pilihan sistem pengendalian yang mahu dipasang, termasuk Raspbian, Pidora dan dua versi XBMC kepada pengguna. Setelah dipasang, pengguna boleh kembali kepada antara muka NOOBS dengan menekan butang 'Shift' semasa but, yang membolehkannya bertukar kepada sistem pengendalian yang berbeza, atau untuk tulis ganti kad yang rosak dengan pemasangan baharu kad yang sedang digunakan.

"Seluruh etos Raspberry ialah menyediakan persekitaran yang mampu milik dan terangkum untuk para penggemar dan orang muda seluruh dunia mengasah minat dan kemahiran mereka dalam pemprograman komputer, tanpa mengira latar belakang mereka," kata Glenn Jarrett, Ketua Pemasaran Produk Global. "Sangat penting untuk kami cuba sedaya-upaya mengekalkan kos serendah mungkin daripada segi komersil melalui tawaran seperti berkas baharu ini, untuk mengekalkan tenaga dan minat pemprograman yang berjaya dipupuk Pi sejak tahun lepas."

Kedua-dua berkas Model A dan Model B Raspberry Pi boleh dipesan terus daripada stok di RS Components untuk penghantaran pada hari yang sama.

Tentang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, peneraju dunia dalam pengedaran perkhidmatan tinggi barangan elektronik dan produk penyelenggaraan. Dengan pengendalian di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan di kaunter belian kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 peneraju pembekal, termasuklah barangan elektronik, pengautomatan dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun dagangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2013, mempunyai hasil sebanyak GBP1.24 bilion.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan ini:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS 
RS Components di Linkedin 
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc 
www.electrocomponents.com

RS Components 
www.rs-components.com

DesignSpark 
http://www.designspark.com

Untuk lebih maklumat, sila lawati laman web di www.rs-components.com.

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Am - Asia Pasifik
Esoochun.tan@rs-components.com 
T: +65-6391-5745

Edelman Public Relations
Yvette Yeo
Pengurus
Eyvette.yeo@edelman.com 
T: +65-6347-2355

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services