omniture

Para Pemimpin bertemu di Riyadh untuk Mereka Bentuk Semula Masa Depan Pelancongan

Ministry of Tourism of Saudi Arabia
2021-10-28 19:32 17

- 150 pemimpin kerajaan dan perniagaan akan bertemu di FII di Riyadh

- Pelancongan dibawa ke hadapan agenda global buat pertama kali di FII

- Tuan Yang Terutama Al Khateeb: "Ekonomi tidak akan pulih sehingga pelancongan kembali pulih"

- Para pemimpin akan mengesahkan 'Prinsip untuk Mereka Bentuk Semula Pelancongan'

RIYADH, Arab Saudi, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Seratus lima puluh pemimpin Pengembaraan & Pelancongan daripada sektor kerajaan dan perniagaan antarabangsa bertemu di Riyadh untuk menghadiri Sidang Kemuncak Mereka Bentuk Semula Sektor Pelancongan – Meletakkan Asas untuk Kejayaan Masa Depan.

Leaders meet in Riyadh to Redesign the Future of Tourism
Leaders meet in Riyadh to Redesign the Future of Tourism

Acara ini akan dianjurkan sebagai sebahagian daripada Inisiatif Pelaburan Masa Depan (FII), sebuah platform antarabangsa yang menyatukan lebih 3,000 pemimpin, pelabur dan inovator global dengan kuasa untuk membentuk masa depan pelaburan dan kemanusiaan global.

Bercakap di FII, Tuan Yang Terutama Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata: "Pelancongan merupakan satu sektor penting – dan pertumbuhannya adalah penting kepada ekonomi di seluruh dunia. Lebih 330 juta orang bergantung kepada sektor pelancongan sebagai mata pencarian mereka. Sebelum pandemik, pelancongan menyumbang kepada 1 daripada 4 pekerjaan baharu yang diwujudkan di seluruh dunia.

"Sektor ini sangat terkesan akibat COVID – dengan 62 juta orang telah kehilangan pekerjaan. Kita mesti mengukuhkan penyelarasan global, bagi mendorong pelancongan mendahului agenda kerajaan seterusnya mewujudkan peluang dan daya ketahanan sektor dalam menghadapi cabaran masa depan.

"Ekonomi tidak akan pulih sehingga pelancongan kembali pulih. Dan ini bermakna kita mesti bersatu untuk mereka semula sektor pelancongan berdasarkan prinsip-prinsip bersama yang menentukan masa depan yang ingin kita lihat. Saya menjemput anda semua untuk menyertai kami, untuk mempercepat pemulihan dan mereka bentuk semula sektor pelancongan."

Diketuai oleh Arab Saudi dan disokong oleh Majlis Pengembaraan & Pelancongan Sedunia, Sidang Kemuncak ini akan mengesahkan lima 'Prinsip untuk Mereka Bentuk Semula Sektor Pelancongan':

  1. Pelancongan ialah sektor penting yang membentuk masyarakat dan membina ekonomi
  2. Negara-negara tidak akan pulih sehingga pelancongan kembali pulih
  3. Untuk berkembang maju, pelancongan memerlukan penyelarasan dan kerjasama yang berkesan antara sektor awam dan swasta
  4. Pelancongan mestilah menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada perubahan iklim
  5. Setiap orang mempunyai kepentingan terhadap masa depan pelancongan

Arnold Donald, Pengerusi Majlis Pengembaraan & Pelancongan Sedunia dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Carnival Corporation PLC mengalu-alukan Prinsip Mereka Bentuk Semula Pelancongan bagi pihak sektor swasta, dengan berkata: "Adalah amat penting semasa kita menetapkan semula industri Pengembaraan & Pelancongan, kita melakukannya secara bermatlamat dan secara kolaboratif. Saya mewakili lebih 200 Ketua Pegawai Eksekutif sektor swasta – kebanyakannya telah meminta kerjasama yang lebih erat dengan kerajaan untuk memastikan tumpuan dalam menyokong perniagaan, membolehkan perjalanan yang lancar dan mengukuhkan sokongan untuk destinasi pelancongan utama yang paling memerlukannya."

Saya dengan sukacitanya menyokong Prinsip untuk Mereka Bentuk Semula Pelancongan yang seterusnya akan mengukuhkan industri pelancongan dan mata pencariannya.

Julia Simpson, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pengembaraan & Pelancongan Sedunia menambah: "Pengembaraan & Pelancongan merupakan daya yang memacu di sebalik ekonomi global. Pada kemuncak pandemik COVID-19, Kerajaan Arab Saudi telah menyatukan sektor awam dan swasta, semasa ia menjadi Presiden G20. Hari ini, mereka membawa para pemimpin Pengembaraan & Pelancongan untuk menghidupkan semula sektor ini."

Tuan Yang Terutama Gloria Guevara, Ketua Penasihat Khas Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata: "Adalah sangat hebat untuk melihat sektor pelancongan berada di barisan hadapan persidangan penting ini dengan beribu-ribu pemimpin awam dan swasta daripada dunia kewangan, termasuk para pelabur dan pembuat keputusan

"Cabaran terbesar sektor kami pada tahun lalu adalah kekurangan penyelarasan antarabangsa. Prinsip tersebut mengiktiraf isu kritikal – mengutamakan kerjasama antarabangsa bagi memastikan bahawa pelancongan adalah lebih baik untuk manusia, alam semula jadi, komuniti dan masyarakat kita." 

Tuan Yang Terutama Al Khateeb menyimpulkan: "COVID-19 telah meninggalkan kesan yang dahsyat dan tidak seimbang terhadap negara-negara membangun - kebanyakan daripada negara tersebut sangat bergantung kepada sumbangan pelancongan terhadap ekonomi dan kelangsungan hidup mereka. Negara-negara maju akan terjejas jika kita tidak mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang paling memerlukan. Pelancongan menyumbang kepada pertumbuhan ini dengan menyediakan pendidikan dan peluang, sambil mengurangkan kemiskinan.

"Prinsip untuk Mereka Bentuk Semula Pelancongan akan membantu kita sama-sama membentuk masa depan kita, untuk destinasi sedia ada dan baharu. Untuk masa kini dan masa depan kita.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FII kerana meletakkan pelancongan sebagai peneraju agenda Ulang Tahun ke-5 tahun ini – mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh sektor ini dalam pembinaan semula dunia kita".

Nota kepada Editor 

Prinsip untuk Mereka Bentuk Semula Pelancongan: 

  1. PELANCONGAN IALAH SEKTOR PENTING YANG MEMBENTUK MASYARAKAT DAN MEMBINA EKONOMI. Di seluruh dunia, lebih 300 juta orang bergantung kepada pelancongan dan kekayaan yang dijana oleh sektor pelancongan untuk kehidupan mereka. Pelancongan ialah pendorong kepada pembangunan sosioekonomi, penciptaan peluang pekerjaan, pengurangan kemiskinan dan pemacu ke arah kemakmuran. Ia menyediakan peluang unik kepada wanita, golongan minoriti, komuniti luar bandar dan para belia.
  2. NEGARA-NEGARA TIDAK AKAN PULIH SEHINGGA PELANCONGAN KEMBALI PULIH. Sebelum pandemik, pelancongan menyumbang kepada 1 daripada 4 pekerjaan baharu yang diwujudkan di seluruh dunia. COVID-19 telah mengakibatkan penurunan peluang pekerjaan sebanyak 18.5% dari tahun ke tahun dan sumbangan sektor tersebut kepada KDNK global telah berkurangan sebanyak 49.1% pada tahun 2020. Kesan ke atas negara membangun – kebanyakannya bergantung kepada sumbangan sektor pelancongan ke atas ekonomi mereka – telah mengalami ketidakseimbangan ekonomi. 
  3. UNTUK BERKEMBANG MAJU, PELANCONGAN MEMERLUKAN PENYELARASAN DAN KERJASAMA YANG BERKESAN. Sektor ini mudah terdedah kepada kejutan, kerana sifat kesalinghubungan dan kesalingkaitannya yang unik. Kami memerlukan kerjasama yang lebih besar di peringkat antarabangsa dan memperkasakan organisasi antarabangsa untuk menempatkan semula sektor pelancongan secara lebih menonjol pada skala global. Ini akan memastikan pendekatan bersepadu dan selaras yang memaksimumkan sumbangan sektor pelancongan terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
  4. PELANCONGAN MESTILAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA PENYELESAIAN KEPADA PERUBAHAN IKLIM. Pelancongan kini menyumbang sebanyak 8% kepada pelepasan gas rumah hijau global dan sektor ini diramalkan akan terus berkembang dalam beberapa dekad yang akan datang. Kita perlu bekerjasama untuk mengurangkan sumbangan kita kepada pelepasan global dan menyokong berjuta-juta PKS yang membentuk 80% daripada sektor global dalam melindungi planet ini sambil terus menyediakan peluang pekerjaan dan pertumbuhan. 
  5. SETIAP ORANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DALAM MASA DEPAN PELANCONGAN. Kepentingan kritikal industri ini bermakna kita semua mempunyai kepentingan dalam masa depannya. Kita mesti bekerjasama – sektor kerajaan dan swasta, negara-negara membangun dan sedang membangun – untuk mengukuhkan organisasi pelancongan dan meningkatkan perwakilan dalam forum seperti G20 supaya kita menyampaikan masa depan untuk sektor pelancongan sebagaimana yang kita semua inginkan dan perlukan. 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1670842/Principles_English_Infographic.jpg?p=medium600

 

 

Source: Ministry of Tourism of Saudi Arabia
Keywords: Travel