omniture

PW Power Systems Mendapat Kontrak Pertama untuk Jualan Unit FT4000™ SWIFTPAC® - Turbin Gas Terbitan Aero Generasi Seterusnya

PW Power Systems, Inc.
2013-08-14 19:46 113

GLASTONBURY, Connecticut, 14 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- PW Power Systems, Inc. (PWPS), syarikat kumpulan Mitsubishi Heavy Industries, Ltd., hari ini mengumumkan penjualan penyelesaian tenaga terbitan aero terbaharunya, turbin gas FT4000™, kepada satu unit Exelon Generation. Exelon membeli satu unit penjana tenaga FT4000™ SWIFTPAC® kitaran ringkas 120 MW.

Exelon Corporation adalah salah satu peneraju penyedia tenaga negara dengan kapasiti kira-kira 35,000 MW yang terdiri daripada salah satu armada penjanaan tenaga terbersih dan kos paling rendah di Amerika Syarikat.

PWPS mempunyai legasi lama dalam menyediakan enjin turbin gas yang sangat andal dan cekap. Dengan rekaan modular termasuklah ciri-ciri terbukti untuk loji tenaga FT8® SWIFTPAC® yang berjaya, enjin FT4000™ yang diperkasakan oleh penjana gas terbitan Pratt & Whitney® PW4000™ menawarkan pakej dengan nominal 60 ke 120 MW untuk pemuncakan dan tenaga beban dasar yang andal dalam jejak padat. Enjin FT4000™ direka untuk kitaran mudah, kitaran tergabung atau aplikasi penjanaan bersama. Unit FT4000™ SWIFTPAC® menyediakan output tenaga tertinggi untuk apa-apa pakej penjana turbin gas terbitan aero dalam pasaran.

Sebagai produk generasi seterusnya, unit FT4000™ SWIFTPAC® menambah kepada pengalaman lebih 50 tahun untuk pembungkusan terbitan aero dan lebih 2000 turbin gas perindustrian yang dipasang seluruh dunia. "Exelon ialah pelanggan sedia ada PWPS dengan pengalaman menyeluruh dalam industri dan kami tidak sabar-sabar lagi menantikan pengenalan yang berjaya untuk produk FT4000™ kepada portfolio penjanaan Exelon," kata Peter Christman, presiden PWPS. Skop kontrak itu terdiri daripada bekalan sedia guna unit FT4000™ SWIFTPAC® untuk satu loji tenaga di Harford County, Md., termasuk perkhidmatan penyeimbangan peralatan loji, pemasangan dan pentauliahan.

Tentang Mitsubishi Heavy Industries
Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI), beribu pejabat di Tokyo, Japan, adalah salah satu daripada peneraju pengilang jentera berat dunia, dengan gabungan jualan bernilai kira-kira $34 bilion dalam tahun fiskal 2012 yang berakhir pada 31 Mac 2013. Rangkaian produk dan perkhidmatan MHI yang pelbagai merangkumi pembinaan kapal, loji tenaga, loji kimia, peralatan persekitaran, struktur keluli, jentera umum dan perindustrian, kapal terbang, sistem angkasa dan sistem pendingin hawa.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web MHI.

Source: PW Power Systems, Inc.
Keywords: Machinery Oil/Energy Contracts