NINGDE, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL) dan Hyundai Mobis Co., Ltd. (MOBIS) telahpun menandatangani satu perjanjian pelesenan dan kerjasama teknologi, yang menurutnya CATL akan memperkenalkan dan mendedahkan teknologi CTP (sel kepada pek) kepada MOBIS serta menyokong MOBIS dalam membekalkan produk-produk CTP yang berkaitan bukan sahaja di Korea Selatan, tetapi juga di seluruh dunia.
Membawakan penyepaduan yang amat cekap, CTP ialah teknologi yang menyepadukan sel terus ke dalam pek tanpa modul. Dengan memanfaatkan teknologi CTP daripada CATL, reka bentuk pek bateri ini dapat meningkatkan ketumpatan tenaga sistem, memudahkan pembuatan dan menghasilkan penjimatan kos.
Kerjasama teknologi ini menyokong kedua-dua pihak bagi mengukuhkan daya saing pasaran antarabangsa masing-masing. CATL dan MOBIS akan bekerjasama untuk membangunkan produk yang lebih bernilai untuk pasaran kenderaan elektrik (EV) global. Ia juga memulakan kaedah kerjasama teknologi antarabangsa yang baharu dalam industri ini dan membolehkan CATL meluaskan aplikasi teknologi bateri inovatifnya ke seluruh dunia dalam usaha untuk mencapai pengelektrikan global.