SINGAPURA, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- SHAREit Group, sebuah syarikat teknologi global, hari ini mengumumkan bahawa aplikasi perkongsian fail, penstriman kandungan dan permainan SHAREit, telah diiktiraf antara 10 aplikasi berkembang terpantas terunggul di seluruh dunia lantaran jumlah muat turun yang tinggi semasa suku ketiga tahun 2021. Senarai kedudukan Aplikasi Penembusan (Breakout) Terbaik pada suku ketiga disediakan oleh App Annie, yang merupakan platform data mudah alih dan analitik yang paling dipercayai dalam industri ini.
Dalam edisi laporan Indeks Prestasi yang dikeluarkan baru-baru ini oleh AppsFlyer, SHAREit telah disenaraikan di kedudukan tinggi dalam pelbagai kategori dan wilayah, menduduki tempat #4 di seluruh dunia selepas Google, Facebook dan TikTok bagi senarai kedudukan volum bukan permainan untuk indeks IAP dalam kesemua kategori. SHAREit juga muncul sebagai penerbit berkembang terpantas #1 di Amerika Utara dan #2 di Amerika Latin selepas TikTok.
"Pandemik ini telah memaksa pengguna di seluruh dunia meluangkan lebih banyak masa dengan telefon bimbit mereka yang mana mereka mencari pilihan hiburan dan permainan. Ini telah mendorong penggunaan SHAREit dalam pasaran baharu dan mempercepatkan penerimaannya dalam pasaran sedia ada. Khususnya, dalam pasaran baru muncul seperti Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika, yang mana pengguna tidak mempunyai sambungan internet yang stabil umpamanya, melalui keupayaan luar taliannya, SHAREit menjadikan kandungan digital lebih mudah diakses dengan membolehkan mereka berkongsi aplikasi, muzik, video dan permainan bersama rakan mereka," kata Karam Malhotra, Rakan Kongsi dan Naib Presiden Global di SHAREit Group. "Kami teruja dapat menjadi antara 10 aplikasi berkembang terpantas terunggul di dunia dan dua pencapaian utama kami baru-baru ini telah mengetengahkan dengan baik kadar pertumbuhan dan nilai produk kami serta perkhidmatan platform pemasaran di seluruh dunia yang diiktiraf secara meluas oleh pengguna dan rakan kongsi kami. Saya berharap dapat membina pencapaian ini sekali gus mendorong lebih banyak rangkuman digital untuk mara ke hadapan."
Ciri utama SHAREit ialah pemindahan fail rakan kepada rakan jarak dekat yang membolehkan pengguna berkongsi gambar, muzik dan banyak lagi dengan peranti lain tanpa menggunakan internet aktif. SHAREit juga telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform kandungan digital sehenti, menyediakan pengguna dengan perkhidmatan permainan, penemuan kandungan dan penggunaan. SHAREit mempunyai pusat permainan khusus pada aplikasi yang menawarkan permainan HTML5, video permainan dan pilihan untuk memuat turun permainan yang hangat.
Pada masa akan datang, SHAREit akan berusaha untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan rakan kongsi globalnya dengan terus menambah baik produknya serta menyediakan penyelesaian pemasaran yang lebih terpelbagai dan tersuai.
Latar Belakang SHAREit Group
SHAREit Group ialah sebuah syarikat teknologi bertaraf global yang telah membangunkan rangkaian aplikasi yang pelbagai yang dipasang oleh hampir 2.4 bilion pengguna di seluruh dunia termasuk aplikasi teras SHAREit. Ini bermula daripada alat yang popular dalam bidang utiliti hinggalah aplikasi kandungan hiburan digital. Jaringan perniagaan SHAREit Group mencecah lebih 150 negara dalam 45 bahasa yang berbeza. SHAREit bertujuan untuk membantu jenama-jenama mencapai matlamat perniagaan mereka dan membantu pengguna mengakses kandungan digital yang lancar dengan kualiti setinggi mungkin.