omniture

Ekspo Antarabangsa West Lake ke-15 akan diadakan pada bulan Oktober

Hangzhou West Lake Expo Organizing Committee
2013-08-15 09:37 119

HANGZHOU, China, 15 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- Hangzhou, ibu negeri wilayah timur China Zhejiang, dijadualkan menganjurkan Ekspo Antarabangsa West Lake ke-15 pada bulan Oktober, ketika pameran, forum dan aktiviti santai dijangka akan menarik kehadiran 10 juta pelawat dan mencipta peluang perniagaan untuk kira-kira 50,000 eksekutif dan ahli perniagaan.

Menurut Jawatankuasa Penganjur Ekspo Antarabangsa West Lake, acara itu, yang dianjurkan bersama oleh kerajaan perbandaran Hangzhou, Pentadbiran Sukan Awam China, Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China dan Kerajaan Wilayah Zhejiang, menyasarkan untuk mencapai pusing ganti perdagangan sebanyak 10 bilion yuan (kira-kira US$1.6 bilion), dan menarik pelaburan langsung asing sebanyak US$1 bilion.

Hangzhou terkenal dengan West Lake, sebuah tasik dan kawasan pinggiran tasik yang indah dan dimasukkan ke dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2011. Tapak utama untuk acara ini terletak di pusat bandar – bandar yang dikenali dengan landskap semula jadi mengagumkan dan tarikan budaya yang beraneka – sementara acara kecil akan dijalankan serentak di 15 tapak yang lebih kecil yang terletak di hentian persiaran popular sepanjang kawasan Muara Sungai Yangtze.

Ekspo itu, yang mempunyai misi teras untuk merangsang pembangunan ekonomi dan teknologi, akan menumpukan terhadap inovasi yang sedang berlaku di dalam dan di sekitar Hangzhou serta untuk sektor riadah dan pelancongan, teknologi dan maklumat, perdagangan dan pelaburan, budaya dan kreatif, e-dagang, hartanah dan automotif. Program ekspo ini akan menyediakan peluang tempatan untuk eksekutif dan ahli perniagaan dari seluruh dunia, dalam sebuah langkah bagi membantu pembangunan sosial dan ekonomi di rantau ini.

Para pelawat dan pempamer akan mempunyai peluang untuk menikmati sajian lazat, mendengar muzik merdu, melihat lakonan pentas budaya rakyat tempatan serta peluang untuk melihat dan mengalami persembahan dan pameran lain yang menarik di acara itu.

Ekspo Antarabangsa West Lake mula diadakan pada tahun 1929 dan telah menjadi acara tahunan sejak ia dilancarkan semula pada tahun 2000.

Mulai 2000 ke 2012, ekspo itu mencapai jumlah pusing ganti perdagangan sebanyak 155 bilion yuan (kira-kira US$25.4 bilion), menarik pelaburan langsung asing sebanyak US$11.4 bilion dan menerima kunjungan 188 juta pelawat.

Ekspo ini dijangka akan menyumbang kira-kira 0.5% kepada KDNK tahunan Hangzhou.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.xh-expo.com/

Source: Hangzhou West Lake Expo Organizing Committee
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Leisure/Travel/Hotels Travel Trade show news