omniture

FII Institute Mengumumkan Pelaburan dalam AZmed, Membantu Menangani Kekurangan Pakar Radiologi Global

FII Institute
2021-10-29 17:21 19

RIYADH, Saudi Arabia, 29 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Future Investment Initiative (FII) Institute telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 juta EUR di AZmed, pembangun aplikasi diagnostik didayakan Kecerdasan Buatan yang boleh membantu menangani kekurangan pakar radiologi di seluruh dunia.

FII Institute & AZmed logos
FII Institute & AZmed logos

Pelaburan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada pusingan pelaburan terkini AZmed yang bernilai 3.5 juta EUR, menambahkan komitmen Institut ini untuk memangkin penyelesaian dunia nyata global yang berkaitan, dalam lima bidang tumpuan: Kecerdasan Buatan dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian. AZmed ialah sebuah syarikat teknologi perubatan yang membangunkan aplikasi diagnostik didayakan AI untuk imej perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif AZmed, Julien Vidal menyatakan bahawa syarikat tersebut sedang menangani masalah kekurangan pakar radiologi global yang telah dikenal pasti. "Matlamat kami adalah untuk menjadi rakan teknologi yang dipercayai oleh setiap doktor yang menganalisis imej perubatan di mana-mana sahaja di dunia," kata beliau. "Kami teruja untuk bekerjasama dengan FII Institute yang akan memberikan nilai strategik kepada AZmed melalui hubungan dengan pakar penjagaan kesihatan dan AI dalam rangkaiannya serta rakan ke pasaran di Amerika Syarikat dan rantau MENA."

Pengumuman pelaburan AZmed ini didedahkan semasa Ulang Tahun ke-5 FII, platform utama Institut yang berlangsung pada minggu ini di Riyadh. Platform ini bertumpu pada tema "Melabur dalam Kemanusiaan" serta perbincangan yang boleh memberikan manfaat terbesar kepada seluruh umat manusia terutamanya dalam era pasca COVID.

Ketua Pegawai Eksekutif FII Institute, Richard Attias mengalu-alukan pelaburan tersebut dan menyatakan bahawa AZmed sesuai dengan misi Institut untuk memberikan impak terhadap penjagaan kesihatan, AI dan pendidikan. "Kami sangat teruja untuk menyokong syarikat yang memberi tumpuan kepada teknologi penyelamatan nyawa. Penambahbaikan produk dan perkhidmatan bagi pakar radiologi, merupakan isu penting dalam pengkhususan ini dan kita perlu melegakan tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia yang telah pun mengalami kekurangan sumber yang terhad."

Produk pertama syarikat tersebut, Rayvolve, ialah alat pengesanan keabnormalan dada dan keretakan yang dikuasakan AI dan terkemuka di pasaran, yang pertama menerima Pensijilan CE dalam bidangnya, memastikan produk mematuhi semua syarat-syarat kesihatan, keselamatan, prestasi dan alam sekitar di Eropah yang berkuat kuasa.

Ini menandakan pelaburan keempat FII Institute yang diumumkan dengan Interstellar Lab, sebuah syarikat teknologi angkasa yang mereka bentuk biokubah gegelung tertutup untuk mengekalkan kehidupan di Bumi, Bulan dan Marikh; Lilium, sebuah pesawat berkuasa elektrik yang mengurangkan kesan karbon dalam perjalanan serantau; dan agroteknologi Red Sea Farms yang membolehkan aktiviti bercucuk tanam menggunakan cahaya matahari dan air masin dalam cuaca padang pasir yang mencabar. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://fii-institute.org/en

Tentang FII Institute  

FII Institute ialah sebuah yayasan global bukan berkeuntungan dengan cabang pelaburan dan satu agenda: Impak Terhadap Kemanusiaan. Komited terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), kami memupuk minda paling pintar dan mengubah idea menjadi penyelesaian dunia nyata dalam lima bidang fokus: AI dan Robotik, Pendidikan, Penjagaan Kesihatan dan Kelestarian. 

Kami berada pada kedudukan yang tepat pada masa yang tepat – apabila pembuat keputusan, pelabur dan generasi belia yang terlibat bersatu dalam aspirasi, bertenaga dan bersedia untuk perubahan. Kami memanfaatkan tenaga tersebut ke dalam tiga teras – THINK, XCHANGE, ACT – dan melabur dalam inovasi yang membawa perubahan di seluruh dunia. 

Sertai kami untuk memiliki, mencipta bersama dan merealisasikan masa depan yang lebih cerah dan lebih lestari untuk umat manusia.

https://fii-institute.org/en 

Tentang AZmed 

AZmed memudahkan diagnostik X-ray yang dihasilkan daripada kecerdasan buatan. Ia membantu para doktor menjimatkan masa dan mengkhususkan sumber untuk pemeriksaan yang mengancam nyawa. AZmed merupakan syarikat Perancis pertama yang mengkomersialkan perisian radiologi dikuasakan AI.

Teknologi pembelajaran mendalam yang dibangunkan oleh AZmed disepadukan sepenuhnya ke dalam aliran kerja doktor, menjadikannya mudah digunakan tanpa perlu melakukan sebarang perubahan dalam amalan kerja mereka.

Penyelesaian AZmed telah digunakan di lebih 250 buah pusat. Lebih 2,500 orang doktor menggunakan penyelesaian AZmed setiap hari di 12 buah negara yang berbeza.

https://azmed.co 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1672880/FII_Institute_and_AZmed_logos.jpg?p=medium600

Source: FII Institute
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Financing agreements