omniture

Rakuten TV Dan VICE Studios Meneroka Kesan Rantaian Blok Dalam Kehidupan Harian Kita Dengan Siri Dokumentari Asal yang Baharu

DigitalBits Foundation; Rakuten TV; VICE Studios
2021-10-31 09:49 64

Siri asal ini akan menampilkan episod yang mengikuti perjalanan DigitalBits, Rantaian Blok untuk jenama dan sejauh mana teknologi ini telah mula digunakan oleh syarikat-syarikat ternama 

LONDON, 31 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Rakuten TV dan VICE Studios bakal menghasilkan siri dokumentari baharu yang meneroka pelbagai teknologi baru muncul berlainan yang akan mengubah kehidupan harian kita tidak lama lagi. Siri 5 episod yang menarik ini akan meneroka 5 topik utama; Lab Grown Meat, Space Cleaners, Cyborgs, Nuclear Fusion dan Blockchain.

Namun, bagaimana pula dengan masa depan ekonomi? Hal ini telah pun terjadi dalam bidang yang dikenali umum sebagai 'mata wang kripto'. Dalam episod Blockchain, penerbitan asal yang akan datang akan menyelami konsep baharu yang berkembang dengan pantas ini, yang juga dikenali sebagai wang maya serta penggunaannya.

Untuk episod ini, Rakuten TV dan VICE Studio akan menyorot pelbagai penggunaan teknologi rantaian blok, dengan menelusuri perjalanan DigitalBits dan bagaimana ia menjadi Rantaian Blok kepada jenama-jenama di seluruh industri termasuk sukan dan hiburan, barangan mewah, kewangan dan lain-lain.

Teresa López, Ketua Kandungan di Rakuten TV berkata: "Kami komited untuk menceritakan kisah yang menggambarkan nilai-nilai kami: pemerkasaan, optimisme dan inovasi. Siri dokumentari ini akan membawakan pengguna kami dengan 5 kisah tentang bagaimana inovasi meningkatkan kehidupan dan masyarakat kita. Ahli ekosistem DigitalBits yang inovatif dihubungkan dengan sempurna kepada penceritaan yang akan dibangunkan dalam projek ini."

Dan Bowen, Penerbit Eksekutif VICE Studios berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Rakuten TV dalam projek yang unik ini untuk memberikan pemahaman baharu tentang Rantaian Blok kepada khalayak di seluruh dunia."

Al Burgio, Pengasas rantaian blok DigitalBits berkata: "Industri rantaian blok dan mata wang kripto telah meningkat secara eksponen. Kami berbesar hati dengan penglibatan Rakuten TV dan VICE Studios, dua syarikat media terkemuka yang mengiktiraf kemunculan industri ini dan kisah jenama-jenama yang telah mula menerima rantaian blok DigitalBits."

Rantaian blok akan mempunyai impak yang ketara terhadap ekonomi serta cara pelanggan dan jenama menggunakan atau menjual produk. Oleh sebab itu, Rakuten TV dan DigitalBits Foundation sedang mempertimbangkan untuk meneroka potensi kerjasama pada masa hadapan.

Siri dokumentari ini diterbitkan oleh Dan Bowen. Ia akan ditayangkan di Rakuten TV pada tahun 2022, tersedia secara percuma dan eksklusif pada platform tersebut di 43 buah negara di Eropah.

Nota kepada editor:

  • Siri ini belum mempunyai tajuk pada masa ini

Tentang Rakuten TV 

Rakuten TV ialah platform penstriman dan video atas permintaan pertama di Eropah yang menggabungkan perkhidmatan TVoD (Video atas Permintaan dengan Transaksi), SVoD (Video atas Permintaan dengan Langganan), AVoD (Video atas Permintaan dengan Pengiklanan) dan FAST (Penstriman TV Disokong Iklan Percuma) yang menyampaikan kandungan sejagat dan memudahkan pengalaman hiburan.

Perkhidmatan TVoD menawarkan pengalaman sinematik asli dengan keluaran terkini yang boleh dibeli atau disewa dengan audio dan video yang berkualiti tinggi. Perkhidmatan SVoD membolehkan langganan kepada perkhidmatan premium Starzplay. Tawaran yang disokong oleh pengiklanan ini terdiri daripada perkhidmatan AVoD dan FAST. Perkhidmatan AVoD menampilkan lebih 10,000 judul yang tersedia atas permintaan, termasuk filem, dokumentari dan siri dari Hollywood serta studio tempatan dan juga katalog Rakuten Stories dengan kandungan Asal dan Eksklusif. Perkhidmatan FAST terdiri daripada lebih 90 saluran linear percuma daripada rangkaian global, penyiar terkemuka Eropah dan kumpulan media serta saluran bertema platform sendiri dengan susunan kandungan yang terkini.

Rakuten TV tersedia di 43 wilayah Eropah dan kini menjangkau lebih 90 juta isi rumah melalui butang kawalan jarak jauhnya yang berjenama dan aplikasi prapasang dalam peranti TV Pintar.

www.rakuten.tv 

Rakuten TV merupakan sebahagian daripada Rakuten Group, Inc., salah sebuah syarikat perkhidmatan Internet terkemuka di dunia yang memberi tumpuan kepada e-dagang, teknologi kewangan, kandungan digital dan komunikasi. Rakuten merupakan rakan kongsi rasmi FC Barcelona, NBA, Golden State Warriors, Davis Cup dan Spartan Race.

Tentang Vice Studios 

VICE Studios ialah bahagian penerbitan dan pengedaran global dalam VICE Media Group yang menyampaikan program asal bertaraf premium yang merangkumi pelbagai dokumentari, skrip dan filem. Dengan pasukan pembangunan dan penerbitan di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Eropah, Asia Pasifik dan Amerika Latin, VICE Studios meneroka pelbagai budaya, menyampaikan kisah-kisah dan individu yang popular serta menarik tumpuan khalayak terhadap perkara yang tidak dijangka di seluruh dunia.

VICE Studios juga mempunyai kumpulan edaran dan pelesenan baharu VICE, dengan katalog program selama lebih 1000 jam yang dicipta di seluruh VICE Media Group, merangkumi pelbagai genre daripada dokumentari, gaya hidup hingga kepada Buletin VICE.

Penerbitan asal terbaru VICE Studios termasuk Flee, pemenang World Cinema Documentary Grand Jury Prize di Sundance 2021, dokumentari bersiri enam bahagian Pride for FX, sebuah dokumentari bersiri 'American Gladiators' dengan ESPN, Tell Me Lies for Hulu, Moments Like This Never Last yang ditayangkan pada DOCNYC. Dilancarkan pada tahun 2017, penerbitan VICE Studios termasuk Jim & Andy, penerbitan Chris Smith yang dicalonkan untuk anugerah Emmy: The Great Beyond and Fyre: The Greatest Party that Never Happened (Netflix); menampilkan filem terkenal The Report lakonan Adam Driver dan Annette Bening (Amazon); Diego Osorno's 1994 (Netflix), Dark Side of the Ring (VICE TV), AKA Jane Roe (FX) dan Satanic Verses (BBC).

Source: DigitalBits Foundation; Rakuten TV; VICE Studios
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Television Blockchain