omniture

Greg Norman Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LIV Golf Investments

LIV Golf Investments
2021-11-01 02:34 36

NORMAN MENANDATANGANI PERJANJIAN PENTING SELAMA 10 TAHUN DENGAN ASIAN TOUR SEBAGAI TINDAKAN PERTAMANYA DALAM URUS NIAGA YANG MEWAKILI KOMITMEN BERJUMLAH LEBIH $200 JUTA

WEST PALM BEACH, Florida, 1 November 2021 /PRNewswire/ -- Bekas pemain nombor satu dunia dan ahli Balai Kemasyhuran Golf Dunia, Greg Norman, telah diumumkan hari ini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi sebuah syarikat yang baru ditubuhkan iaitu LIV Golf Investments, satu tindakan yang akan menggerakkan beberapa perkembangan penting untuk golf profesional di seluruh dunia.

Tindakan urus niaga pertama yang dilakukan Norman adalah mengumumkan siri permainan utama baharu yang melibatkan 10 acara yang akan diadakan setiap tahun melalui Asian Tour dalam tempoh 10 tahun akan datang, mewakili komitmen berjumlah lebih $200 juta untuk menyokong peluang bermain dan dana hadiah. Tindakan tersebut menunjukkan salah satu pelaburan terbesar dalam sejarah golf profesional.

Siri tersebut akan ditambah kepada jadual Asian Tour mulai tahun 2022 dan seterusnya, dengan acara baharu di seluruh Asia, Timur Tengah dan Eropah. Ia telah direka untuk memacu penglibatan yang lebih besar dalam kalangan peminat, menarik minat komersial baharu dan membantu menstabilkan golf profesional, susulan satu tempoh perubahan dan ketidaktentuan yang masih berterusan di seluruh dunia.

"Ini hanyalah permulaan," ulas Norman. "LIV Golf Investments telah memperoleh satu komitmen modal utama yang akan digunakan untuk mewujudkan peluang baharu tambahan dalam sukan golf profesional di seluruh dunia. Kami akan menjadi penyokong yang memberi kerjasama dan menghormati permainan pada setiap peringkat dan pengumuman pada hari ini bersama-sama dengan Asian Tour adalah contoh pertama dalam hal tersebut.

"Saya telah menjadi penyokong yang tegar dan sangat percaya dalam membangun dan memainkan golf di Asia selama lebih empat dekad. Asian Tour ialah sebuah program yang sangat besar dan kami berkongsi hasrat untuk mengembangkan siri-siri ini serta mengungkap potensinya yang kami percaya, masih belum diterokai. Kami melihat promosi bagi acara baharu ini sebagai langkah pertama yang penting dalam menyokong pasaran baru muncul, mewujudkan satu platform baharu yang penuh dengan peluang permainan sekali gus mencipta laluan pemain yang berharga."

LIV Golf Investments telah ditubuhkan dengan kumpulan syarikat di AS, UK, diikuti dengan pejabat-pejabat di Asia. Beberapa orang pegawai pengurusan eksekutif berprofil tinggi (C-Suite) telah pun dilantik, dengan pengumuman lanjut yang akan menyusul dalam masa terdekat. PIF, salah satu dana kekayaan berdaulat yang terbesar di dunia dengan portfolio pelaburan antarabangsa yang pelbagai, merupakan pemegang saham majoriti dalam syarikat baharu tersebut. Perancangan sudah dimulakan untuk memperkenalkan rakan kongsi pelaburan selanjutnya, yang berkongsi minat dan kepercayaan tentang bagaimana peluang baharu dalam sukan golf profesional boleh mencipta manfaat yang meluas untuk para peminat dan pemain.

"Ini merupakan satu-satunya perkembangan terbesar dalam sejarah Asian Tour dan satu pencapaian penting untuk sukan golf profesional," kata Cho Minn Thant, Pesuruhjaya dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Tour. "Peluang ini akan menjamin peluang permainan baharu yang belum pernah wujud sebelum ini, mencipta laluan bagi pemain baharu, membolehkan kami bersaing secara komersial dengan sukan lain dan meningkatkan agenda sosial kami.

"Kami amat teruja dengan prospek yang dibawa oleh pengumuman penting hari ini untuk permainan amatur, memberikan inspirasi baharu kepada pemain yang bercita-cita tinggi melalui tahap baharu pertandingan profesional peringkat tinggi di rantau ini."

Siri ini akan ditambah sebagai tunjang utama Asian Tour bagi acara yang sudah tetap untuk dirangkum dalam satu musim yang mengandungi 25 acara, yang dijangka akan mewakili gabungan dana hadiah yang memecahkan rekod, pada tahun 2022. Setiap satu daripada 10 acara baharu tersebut akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia, dengan perancangan untuk menarik bakat antarabangsa menerusi kategori kelayakan terbuka tanpa mengambil kira ahli gabungan Asian Tour agar peluang tersedia kepada pemain seramai yang mungkin.

Pengumuman hari ini merupakan susulan kepada permulaan kerjasama baharu selama 10 tahun antara Asian Tour dan Golf Saudi, penganjur Saudi International yang dibiayai oleh SoftBank Investment Advisers, yang akan menyaksikan acara tersebut sebagai kejohanan utama Asian Tour, menampilkan peningkatan dana hadiah yang mengagumkan bernilai $5 juta. Saudi International tidak akan menjadi salah satu daripada 10 acara baharu yang akan ditampilkan sebagai sebahagian daripada siri baharu tersebut tetapi akan menyediakan syarat-syarat pengecualian yang dipertingkatkan. 

Isyarat selanjutnya yang menunjukkan peningkatan kemakmuran Asian Tour juga muncul baru-baru ini dengan pengumuman yang menyatakan bahawa permainan kompetitif akan dimulakan semula tidak lama lagi selepas penangguhannya akibat pandemik COVID-19. Musim 2020/21 yang ditunda ini akan diakhiri dengan perancangan dua kejohanan baharu di Thailand pada bulan November dan Disember 2021, serta dua lagi kejohanan yang dirancang untuk diadakan di Singapura pada Januari 2022.

Siri baharu 10 acara tersebut akan berlangsung sepanjang tahun 2022, dengan semua acara padangnya menyumbang kepada kedudukan mengikut Urutan Merit (Order of Merit). 

Butiran lanjut tentang siri baharu ini, termasuk pendedahan jenama dan nama siri akan menyusul dalam masa terdekat. 

Tentang Asian Tour 
Sebagai badan rasmi untuk sukan golf profesional di Asia, Asian Tour menerajui pembangunan golf profesional di seluruh rantau, meningkatkan kerjaya ahlinya di samping mengekalkan komitmen terhadap integriti permainan. Asian Tour, melalui keahliannya dalam Persekutuan Antarabangsa PGA Tours, merupakan satu-satunya jelajah golf profesional pan-Asia yang diiktiraf di Asia. Asian Tour diiktiraf secara rasmi oleh Official World Golf Ranking dan menyediakan acaranya dengan mata kedudukan yang berharga untuk para peserta diiktiraf di peringkat dunia. Ia juga merupakan ahli gabungan kepada The R&A. Rakan Kongsi Asian Tour termasuklah Rolex (Penjaga Masa), Habitat for Humanity (Rakan Kongsi Pembangunan Lestari), Titleist (Rakan Web) dan FootJoy (Pembekal Jelajah). Ibu pejabat korporat Asian Tour berpangkalan di Sentosa, yang menempatkan Asian Golf manakala Sentosa Golf Club merupakan sebahagian daripada rangkaian harta tanah eksklusif di bawah Asian Tour Destinations. Asian Tour juga mempunyai pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Tentang LIV Golf Investments 
LIV Golf Investments ialah sebuah syarikat yang baru ditubuhkan, dengan kumpulan syarikat di AS dan UK, diikuti dengan pejabat-pejabat di Asia. Tugasnya adalah untuk meningkatkan kesihatan golf profesional secara holistik pada skala global dan menyokong para pemegang taruh sedia ada untuk membantu mengungkap potensi sukan tersebut yang belum diterokai. Greg Norman merupakan Ketua Pegawai Eksekutif pertama dan yang mengasaskan LIV Golf Investments. PIF, salah satu dana kekayaan berdaulat yang terbesar di dunia dengan portfolio pelaburan antarabangsa yang pelbagai, merupakan pemegang saham majoriti dalam LIV Golf Investments.

Source: LIV Golf Investments
Keywords: Retail Sports Personnel announcements Future Events