omniture

Shanghai Electric Umum Rekod Masa Patah Balik Keretapi Metro Baharu yang Dicapai Menggunakan Sistem Isyarat TSTCBT®2.0 THALES SEC Transport

Shanghai Electric
2021-11-01 10:49 223

SHANGHAI, 1 November 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK: 02727, SSE: 601727) mengumumkan bahawa rekod untuk masa patah balik keretapi metro telah dipecahkan oleh sistem isyarat TSTCBTC®2.0 dalam demonstrasi langsung yang dijalankan oleh THALES SEC Transport (TST), syarikat usahasama Shanghai Electric bersama Thales. Rekod baharu dalam ujian yang disahkan adalah 86 saat, 26 saat lebih cepat berbanding purata masa patah balik keretapi yang beroperasi di Shanghai Metro Line 5.


"Walaupun 26 nampak seperti angka yang mudah, ia mewakili inovasi teknologi yang besar dalam transit rel bandar. Masa patah balik yang lebih pendek membolehkan kekerapan perkhidmatan rel yang lebih tinggi, laluan yang lebih pendek, serta peningkatan dalam kestabilan dan keselamatan, menjadikan keseluruhan sistem metro lebih cekap tenaga. Ia bukan hanya memenuhi keperluan untuk meningkatkan kapasiti operasi sistem rel bandar yang didorong oleh volum penumpang yang sentiasa meningkat bahkan juga menandakan pencapaian inovasi TST dalam pengisyaratan CBTC," kata Liu Huiming, Ketua Pegawai Teknologi TST.

Satu penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan pasaran dan pengguna China, TSTCBTC®20 yang dibangunkan oleh TST ialah sistem penghalang mudah alih bebas gangguan dengan kecekapan operasi yang lebih tinggi dan berkos rendah. Ia dapat meningkatkan kepadatan keberangkatan keretapi metro secara drastik dan membantu mereka beroperasi pada kelajuan tertinggi, memberikan kecekapan laluan metro ke tahap maksimum.

Sebagai sistem pengisyaratan pertama yang dilengkapi dengan senibina dua CBTC (Kawalan Keretapi Berasaskan Komunikasi, Communication Based Train Control) dengan lewahan penuh yang pernah dilancarkan di China, TSTCBTC®2.0 mewarisi faedah utama sistem isyarat CBTC SelTrac™, termasuk halangan bergerak sebenar, ATP/ATO dua hala dan kemampuan untuk menyediakan sokongan operasi yang fleksibel, manakala ketersediaan dan keandalan tinggi seni bina dua CBTCnya yang untuk benar-benar mengurangkan kos kitar hayat dan memudahkan penyelenggaraan.

Di samping menggunakan standard keselamatan tertinggi, TSTCBTC®2.0 menghapuskan keperluan untuk sistem sandaran tradisional, dengan itu, menghilangkan potensi risiko keselamatan yang ditimbulkan oleh pertukaran antara sistem yang berbeza. Diperakui oleh Bureau Veritas dan TÜV SÜD dan China Railway Construction Corporation (CRCC), sistem ini juga telah menerima Pensijilan China Urban Rail, menjadikannya produk CBTC pertama yang diperakui di China.

Kestabilan dan kecekapan tinggi TSTCBTC®2.0 telah diuji dan dibuktikan dalam operasi Shanghai Metro Line 5. Sejak ia ditauliahkan sebagai sistem pengisyaratan baharu untuk laluan metro dalam tahun 2018, ia telah membantu keretapi Shanghai Metro Line 5 mencapai Gred Automasi 3 (Grade-of Automation, GoA3) dengan gangguan operasi sifar.

Liu Huiming berkata dalam demonstrasi bahawa rekod baharu ini bermakna bahawa sistem isyarat CBTC dan teknologi RET yang "bertumpukan sumber" telah menjadi dua titik kejayaan penting apabila ia melibatkan peningkatan dan peralihan kapasiti pengangkutan.

Memanfaatkan pencapaian merintis dalam pembangunan pengangkutan rel bandar, Shanghai Electric akan terus mengambil langkah berani untuk meneroka aplikasi keretapi pintar serta sistem isyarat yang "bertumpukan sumber" generasi akan datang dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan transit rel bandar. Shanghai Electric komited untuk menjadi perintis dalam sistem isyarat CBTC rel bandar China, yang memberikan penyelesaian terkemuka di dunia untuk meningkatkan mobiliti urban.

Latar Belakang Shanghai Electric 

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE: 601727) terutamanya terlibat dalam reka bentuk, pengeluaran dan penjualan peralatan kuasa dan peralatan perindustrian. Ia memberi tumpuan pada perniagaan tenaga baharu, yang termasuk pengeluaran dan penjualan turbin angin dan komponen serta peralatan kuasa nuklear; perniagaan tenaga bersih, termasuk pengeluaran dan penjualan peralatan kuasa haba, peralatan transmisi dan pengedaran kuasa; peralatan perindustrian, termasuk penghasilan dan penjualan motor pengangkat dan elektrik; dan industri perkhidmatan moden, termasuk pengkontrakan pembinaan loji penjanaan kuasa, projek transmisi dan pengedaran kuasa serta perniagaan-perniagaan lain.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Construction/Building Electrical Utilities Machinery Mining/Metals Oil/Energy Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Transportation Trucking and Road Transportation Utilities