omniture

3 Hong Kong Memilih Mobileum untuk Menyokong Perkhidmatan Perayauan Canggih

Mobileum
2021-11-02 09:00 17

Menyediakan pelanggan dengan pengalaman perayauan yang lancar dan menjimatkan kos

CUPERTINO, California, 2 November 2021 /PRNewswire/ -- Mobileum Inc. ("Mobileum"), penyedia global yang terkemuka dalam perkhidmatan perayauan berasaskan analisis dan rangkaian, keselamatan telekomunikasi, pengurusan risiko dan ujian serta pemantauan penyelesaian, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa 3 Hong Kong, cawangan mudah alih Hutchison Telecommunications Hong Kong Holdings Limited yang juga merupakan pelanggan setia Mobileum, sedang meningkatkan pengalaman perayauan pelanggannya dengan memanfaatkan Platform Kecerdasan Aktif Mobileum untuk memberikan perkhidmatan perayauan yang unggul. 3 Hong Kong menambah penyelesaian Berbilang Talian Mobileum untuk menyediakan pelanggan dengan fleksibiliti dan penjimatan kos yang lebih besar semasa perayauan.

Penyelesaian Berbilang Talian Mobileum membolehkan pelanggan yang sering mengembara ke luar kawasan untuk menyimpan beberapa nombor telefon dengan hanya satu penyedia, contohnya pelajar universiti yang rumahnya di Hong Kong tetapi menginap sementara di kampus universiti negara lain dan memerlukan nombor telefon tempatan di setiap destinasi.

"Mobileum amat berbesar hati dapat memperluas hubungan dengan 3 Hong Kong. Kerjasama yang semakin meningkat ini menunjukkan nilai penyelesaian Ujian dan Perayauan Mobileum serta komitmen kami untuk menyokong strategi pertumbuhan 3 Hong Kong. Kami berharap dapat membantu 3 Hong Kong membentuk masa depan pasarannya dengan melaksanakan strategi yang mempromosikan kejayaan, pertumbuhan dan keuntungan jangka panjang keseluruhan organisasi," kata Ron Haberman, Ketua Pegawai Produk Mobileum.

"3 Hong Kong teruja untuk bekerjasama dengan Mobileum sambil kami membina strategi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dengan perkhidmatan inovatif yang memenuhi ciri-ciri teknologi dan trend pasaran yang dinamik pada hari ini. Dengan penyelesaian baharu ini, kami dapat menyampaikan fleksibiliti dan kawalan kos yang diingini pelanggan. 3 Hong Kong berharap dapat memanfaatkan keupayaan ini untuk menyediakan keselesaan yang unik dan meningkatkan daya saing kami," kata Jonathan Cheng, Ketua Pembangunan Rakan Kongsi Antarabangsa Hutchison Telecommunications (Hong Kong) Limited.

Mobileum menyokong pengendali rangkaian mudah alih global dengan portfolio perayauan, keselamatan, penipuan dan risiko serta penyelesaian ujian yang lengkap di bawah platform Kecerdasan Aktifnya. 3 Hong Kong merupakan rakan kongsi strategik jangka panjang Mobileum. Kecerdasan Aktif Mobileum untuk Perayauan memberikan penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) dengan pandangan holistik di seluruh perniagaan perayauan mereka melalui satu set penyelesaian dengan analisis terbina dalam yang boleh diambil tindakan. Dengan menyediakan perspektif secara 360°, CSP boleh memantau prestasi perniagaan perayauan mereka dan menghimpunkan cadangan untuk meningkatkan prestasi perniagaan serta mengakses peluang pengewangan baharu.

Tentang Mobileum Inc. 

Mobileum ialah penyedia penyelesaian analitik Telekomunikasi yang terkemuka untuk perayauan, rangkaian teras, keselamatan, pengurusan risiko, ujian kesalinghubungan domestik dan antarabangsa serta kecerdasan pelanggan. Lebih 1,000 pelanggan bergantung pada platform Active Intelligence yang menyediakan penyelesaian analitik canggih dan membolehkan pelanggan menghubungkan rangkaian mendalam dan kecerdasan operasi dengan tindakan masa nyata yang meningkatkan hasil, menambah baik pengalaman pelanggan dan mengurangkan kos.  Beribu pejabat di Silicon Valley, Mobileum mempunyai pejabat global di Australia, Jerman, Greece, India, Portugal, Singapura, UK dan Emiriyah Arab Bersatu.

Ketahui lebih lanjut di www.mobileum.com  dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1431792/Mobileum_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Mobileum
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Contracts Data Analytics Financial Technology