![]() |
DUBLIN dan CAPE TOWN, Afrika Selatan, 2 November 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat angin dan solar global, Mainstream Renewable Power ("Mainstream"), hari ini mengumumkan bahawa dua belas projeknya telah memenangi status pembida pilihan dalam Pusingan ke-5 Program Perolehan Pengeluar Kuasa Bebas Tenaga Boleh Dibaharui (REIPPPP) Afrika Selatan. Projek angin dan solar ini yang mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 1.27 GW, mewakili separuh daripada jumlah peruntukan dalam Pusingan ini, yang paling kompetitif setakat ini dengan hampir 4 kali terlebih langganan.
Kemenangan ini menjadikan Mainstream sebagai syarikat yang paling berjaya dalam sejarah program perolehan tenaga boleh dibaharui Afrika Selatan, dengan lebih 2.1 GW tenaga telah dianugerahkan setakat ini. Ini termasuk 850 MW aset penjanaan angin dan solar yang telah pun disampaikan kepada operasi komersial dalam Pusingan 1, 3 dan 4 REIPPPP. Mainstream telah mencapai beberapa kejayaan pertama kali dalam REIPPP termasuk membina substesen binaan sendiri yang pertama di Afrika Selatan serta memperoleh penutupan kewangan bagi projek yang pertama dan menyiapkan pembinaan dalam Pusingan 1, 3 dan 4.
Konsortium diterajui Mainstream yang dinamakan sebagai "Ikamva" yang bermaksud "masa depan" dalam bahasa Xhosa, akan menyampaikan enam buah projek angin di pesisir dan enam buah projek PV solar termasuk projek REIPPPP pertama di wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. Konsortium ini menyatukan pelbagai kepakaran dan diterajui oleh pasukan Mainstream yang 100% rakyat Afrika dengan lebih seratus orang profesional serta terdiri daripada Globeleq, Africa Rainbow Energy & Power, H1 Holdings dan badan amanah komuniti tempatan.
Dengan penganugerahan ini, Mainstream akan menggandakan saiz pasukan Afrika Selatannya dan akan secara aktif melantik seramai 100 orang Afrika Selatan lagi bagi menyokong kejuruteraan dan pembinaan 12 projek tersebut. Ini akan menjadikan Mainstream sebagai majikan yang mengkhusus kepada tenaga boleh dibaharui terbesar di Afrika.
Projek ini akan menghasilkan kira-kira 4,500 jam Gigawatt (GWh) tenaga elektrik hijau setiap tahun yang membantu mengelakkan hampir 5 juta tan CO2 setahun setelah beroperasi sepenuhnya. Ia akan menyediakan kuasa asli, kos rendah yang penting serta membantu menyampaikan peralihan yang adil ke arah matlamat tenaga dan iklim yang bersih kepada Afrika Selatan.
Kejayaaan ini menguatkan strategi Mainstream untuk membina skala sebenar di seluruh platform globalnya, dengan portfolio global syarikat tersebut kini berjumlah 16.2 GW. Ia merupakan pembuktian terbaru trajektori pertumbuhan dipercepat Mainstream berikutan pengambilalihan sebanyak 75% oleh Aker Horizons pada awal tahun 2021 serta pengumuman tentang platform Nazca Renovables 1 GW baharu di Chile pada bulan Julai.
Hein Reyneke, Pengurus Besar Afrika Mainstream berkata:
"Kami gembira kerana dipilih untuk menyumbang lebih banyak lagi kepada penyahkarbonan Afrika Selatan. Ia membuktikan kepercayaan terhadap rekod prestasi penghantaran yang cekap dan boleh dipercayai Mainstream bukan sahaja di sini, di Afrika Selatan tetapi juga di peringkat antarabangsa yang pada masa ini kami sedang membina sepuluh projek angin dan PV solar secara serentak, berjumlah 1.35 GW di Chile. Kejayaan terkini kami akan memberikan manfaat sosial, ekonomi dan alam sekitar yang besar kepada Afrika Selatan."
Sila hubungi:
Emmet Curley, Ketua Komunikasi & Kedudukan
Telefon: +353 86 2411 690
E-mel: emmet.curley@mainstreamrp.com
Nota kepada editor:
Maklumat projek:
Nama Projek |
Teknologi |
MW |
Wilayah |
Perbandaran |
Daerah |
Dwarsrug |
Angin |
124 |
Cape Utara |
Hantam |
Namakwa |
Beaufort West |
Angin |
140 |
Cape Barat |
Prince Alfred |
Karoo Tengah |
Trakas |
Angin |
140 |
Cape Barat |
Prince Alfred |
Karoo Tengah |
Waaihoek |
Angin |
140 |
KKwazulu-Natal |
Madlangeni |
Amajuba |
Sutherland |
Angin |
140 |
Cape Utara |
Karoo Hoogland dan Laingsburg |
Namakwa dan Karoo Tengah |
Rietrug |
Angin |
140 |
Cape Utara |
Karoo Hoogland |
Namakwa |
Kentani |
PV Solar |
75 |
Free State |
Tokologo |
Lejweleputswa |
Leliehoek |
PV Solar |
75 |
Free State |
Tokologo |
Lejweleputswa |
Klipfontein |
PV Solar |
75 |
Free State |
Tokologo |
Lejweleputswa |
Klipfontein 2 |
PV Solar |
75 |
Free State |
Tokologo |
Lejweleputswa |
Braklaagte |
PV Solar |
75 |
Free State |
Tokologo |
Lejweleputswa |
Sonoblomo |
PV Solar |
75 |
Free State |
Tokologo |
Lejweleputswa |
Jumlah |
1,274 |
Mainstream memiliki 100% projek yang dianugerahkan ini. Pada penutupan kewangan, pemilikan akan dipindahkan kepada konsortium ekuiti: Mainstream (25%), Globeleq (26%), Africa Rainbow Energy & Power (23.25%), H1 Holdings (23.25%) dan Badan Amanah Komuniti (2.5%).
Tentang Mainstream Renewable Power
Mainstream Renewable Power ialah sebuah syarikat terkemuka yang mengkhusus kepada tenaga boleh dibaharui dengan jejak global. Syarikat ini memberi tumpuan kepada memperluas rangkaian aset angin dan solarnya yang berkualiti tinggi di seluruh Amerika Latin, Afrika, Asia Pasifik serta sektor angin luar pesisir global yang berjumlah melebihi 16.2 Gigawatt (GW). Pada bulan Mei 2021, ia telah memeterai perjanjian untuk Aker Horizons mengambil kepentingan ekuiti sebanyak 75% dalam syarikat ini yang membolehkan Mainstream mempercepat pelan pengembangan globalnya.
Mainstream telah menyampaikan lebih 6.5 GW aset angin dan solar yang sedia bagi penutupan kewangan serta kini mempunyai lebih 1.4 GW (bersih) aset angin dan solar dalam pembinaan di seluruh Amerika Latin dan Afrika. Di Chile, "Platform Andes Renovables" 1.35 GW bagi aset angin dan solar yang dikontrak sepenuhnya iaitu milik penuh Mainstream, berada pada landasan untuk disiapkan pembinaannya bermula pada akhir tahun ini. Di Afrika, syarikat ini telah menyampaikan aset angin dan solar sebanyak 850 MW kepada operasi komersial di Afrika Selatan dan seterusnya, melalui usaha sama Lekela Power mempunyai 410 MW aset angin dalam pembinaan di Senegal dan Mesir.
Mainstream merupakan salah sebuah pembangun khusus angin luar pesisir yang paling berjaya di peringkat global. Ia telah berjaya mengasaskan Hornsea One (1.2 GW), loji tenaga angin luar pesisir operasi terbesar di dunia hari ini; dan membangunkan projek Hornsea 2 (1.4 GW) sebelum menjual projek ini dan seluruh Zon tersebut pada tahun 2015. Secara keseluruhan, ia telah membangunkan dan memenuhi 20% daripada kapasiti angin luar pesisir UK yang sama ada sedang beroperasi atau dalam pembinaan. Mainstream mengasaskan sepenuhnya projek angin luar pesisir, Neart na Gaoithe di Scotland, berjumlah 450 MW tenaga yang sedang dalam pembinaan. Pembangunan angin luar pesisir 1.4 GW milik syarikat ini di Soc Trang, Vietnam merupakan salah sebuah pembangunan tenaga boleh dibaharui terbesar di Asia Tenggara.
Mainstream telah mengumpul lebih EUR3.0 bilion dalam kewangan projek setakat ini dan mempunyai lebih 420 kakitangan di seluruh lima benua.
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/686512/Mainstream_Renewable_Power_Logo.jpg?p=medium600