- Pendaftaran Pengunjung dan Akhbar Kini Dibuka
LONDON, 19 Ogos 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan para penceramah untuk Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih 2013 yang akan berlangsung tahun ini di Metropolitan Pavilion di New York pada 15 dan 16 Oktober, dengan mesyuarat tambahan untuk yang dijemput sahaja yang akan diadakan pada 14 dan 17 Oktober. Kelas percuma yang sangat popular 'Pemecut Wang Mudah Alih' sekali lagi akan diadakan sebelum sesi persidangan utama pada 15 dan 16 Oktober.
"Setiap tahun, kita lihat perkhidmatan mudah alih semakin mengubah cara kita menjalani kehidupan kita, baik peribadi mahupun dalam perniagaan, dan sudah jelas kita sedang bergerak menuju dunia yang hampir semua orang dan semua benda dalam kehidupan kita akan dihubungkan secara mudah alih," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Di Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih 2013, kita bakal melihat dan mengalami NFC mudah alih yang menyediakan hubungan penting kehidupan digital kita melalui telefon pintar kita dan dunia terhubung di sekeliling kita, sambil ia menjadi alat utama untuk membawa dompet kita, pengenalan diri, kunci, muzik, buku, foto, tiket, kad kesetiaan, surat, jadual perjalanan dan lebih banyak lagi."
Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih akan sekali lagi mengumpulkan pemain global utama dan akan menumpukan terhadap kemajuan terkini dan inovasi terbaharu di NFC dan perkhidmatan perdagangan mudah alih. Acara tahunan ini akan membawakan sesi persidangan selama dua hari yang menumpukan terhadap pengaturan kedudukan terkini dan kejayaan terbaharu dalam sektor NFC dan wang mudah alih. Acara itu akan mempamerkan produk dan perkhidmatan terbaharu yang sedang membentuk masa hadapan perdagangan mudah alih dan akan menawarkan pengunjung peluang untuk saling berkenalan dan menerokai potensi sektor teknologi ini.
Diterajui eksekutif industri dan pakar perdagangan mudah alih, program persidangan ini akan menangani inovasi dan pembangunan terbaharu dalam arena NFC dan wang mudah alih.
Tema yang akan ditangani semasa program persidangan itu termasuklah hubungan kerjasama dan usaha sama, landskap dompet mudah alih, landskap peruncitan, peluang wang mudah alih dalam pasaran yang belum diterokai, model perniagaan baharu dalam pasaran memuncul dan pemecah pasaran untuk wang mudah alih.
Penceramah ucapan dasar yang telah dipastikan termasuklah:
Pendaftaran Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih 2013 Kini Dibuka
Pendaftaran untuk Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih 2013 kini sudah dibuka; untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih, termasuk butiran pendaftaran kehadiran, sebagai pempamer atau penaja, sila lawati www.nfcmobilemoneysummit.com.
Visa ialah Penaja Acara Platinum untuk Sidang Kemuncak NFC & Wang Mudah Alih 2013. Visa juga menaja My MMS, gerbang rangkaian sosial acara itu, serta resepsi rangkaian yang terbuka untuk semua pengunjung pada 15 Oktober.
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dengan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian untuk industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com