omniture

QS mendedahkan universiti-universiti terbaik di Asia

QS Quacquarelli Symonds
2021-11-03 00:10 67

LONDON, 2 November 2021 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds, organisasi pemikir pengajian tinggi global yang juga merupakan pakar rujuk bagi penyusunan portfolio kedudukan universiti, hari ini mengeluarkan edisi tahunan yang ke-14 bagi senarai institusi pengajian tinggi terbaik di Asia. National University of Singapore dinobatkan sebagai universiti terbaik di benua Asia untuk tahun keempat berturut-turut.

Kedudukan Universiti Dunia QS: Asia 2022 terdiri daripada 687 buah universiti, termasuk empat puluh penyertaan baharu dan merupakan perbandingan yang bebas dan paling meluas bagi sistem pengajian tinggi di rantau ini. Kedudukan ini mengambil kira sebelas petunjuk prestasi universiti utama yang merekod kedudukan akademik, kebolehpasaran siswazah, kualiti penyelidikan dan produktiviti, pengantarabangsaan dalam kampus dan kepelbagaian bagi setiap kerjasama antarabangsa institusi.

Kedudukan Universiti Dunia QS: Asia 2022 - 10 Terbaik

2022

2021

Universiti

Lokasi

1

1

National University of Singapore

Singapura 

2

7

Peking University 

China (Tanah Besar) 

3= 

4

University of Hong Kong 

Hong Kong S.A.R. 

3= 

3

Nanyang Technological University 

Singapura 

5

2

Tsinghua University 

China (Tanah Besar) 

6

5

Zhejiang University 

7

6

Fudan University 

8

9

Universiti Malaya

Malaysia 

9

8

Hong Kong University of Science and Technology 

Hong Kong S.A.R. 

10

10

Shanghai Jiao Tong University 

China (Tanah Besar) 

QS Quacquarelli Symonds 2004-2021 www.TopUniversities.com

Sorotan:

  • 687 buah universiti yang ditampilkan ini boleh ditemui di 18 lokasi di seluruh Asia.
    Lokasi yang paling banyak diwakili ialah Tanah Besar China (126 universiti disenaraikan), diikuti oleh India (118), Jepun (108), Korea Selatan (88), Pakistan (47), Taiwan (46), Malaysia (36), Indonesia (33), Thailand (23), Filipina (15), Vietnam (11), Hong Kong S.A.R. (9), Sri Lanka (6), Singapura (3), Brunei (2), Macau S.A.R. (2) dan Mongolia (1).
  • Peking University meningkat ke tempat ke-2 – kedudukan tertingginya dalam sejarah penyenaraian tersebut.
  • University of Hong Kong meningkat satu kedudukan ke atas yang dikongsi bersama pada tempat ke-3 dengan Nanyang Technological University, Singapura yang mengekalkan kedudukannya seperti tahun lalu.
  • Universiti Malaya (tempat ke-8) mencapai kedudukan tertingginya sejak senarai ini dimulakan dan 24 buah universiti di Malaysia turut meningkatkan kedudukan mereka.
  • Jepun mempunyai lebih banyak universiti pada kedudukan 50 terbaik (11 buah universiti) berbanding lokasi lain.
  • Institusi terbaik di Korea Selatan ialah Korea University (tempat ke-13).
  • Tujuh daripada sepuluh universiti terbaik di Asia bagi kategori produktiviti penyelidikan ialah dari India. Walau bagaimanapun, kualiti penyelidikan India tidak sepadan dengan kuantitinya dan kapasiti pengajaran serta skor kebolehpasaran di India menurun.

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan QS berkata: "Keputusan pada tahun ini menunjukkan ciri-ciri pengajian tinggi Asia yang sangat kompetitif dan dinamik. Universiti-universiti terbaik di China terus berkembang maju, manakala institusi pengajian tinggi di Jepun kekal pada tahap yang sama – dan Malaysia terus meningkat."

Kedudukan lengkap boleh didapati di www.TopUniversities.com.
Butiran metodologi boleh didapati di sini . 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1503777/QS_World_University_Rankings_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Survey, Polls & Research