omniture

Yutong Cadang Inisiatif Emisi Sifar-Bersih sebelum 2050 Menjelang COP26 dalam Dorongan Mesra Alam Bantu Dunia Capai Sasaran Karbon

Yutong Bus
2021-11-03 02:46 236

McGill's dan Pelican bekerjasama dengan Yutong untuk menawarkan perkhidmatan bas emisi sifar bermula dari hari pertama COP26 di Glasgow

LONDON, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Yutong Bus Co., Ltd. ("Yutong", SHA: 600066) mengumumkan cadangannya untuk Emisi Sifar-Bersih sebelum tahun 2050 menjelang COP26 yang berlangsung mulai 31 Oktober - 12 November di SEC di Glasgow yang akan menyaksikan sekumpulan 55 bas emisi sifar mantap yang dikilangkan oleh Yutong menyertai perkhidmatan bas Glasgow untuk menyediakan hubungan yang pantas dan mesra iklim kepada penduduk tempatan. Bersama-sama International Association of Public Transport, Pelican Bus & Coach, pengimport bas dan koc UK serta pengendali pengangkutan awam tempatan yang terkemuka, Yutong meneroka cara baharu secara bersama untuk menjimatkan tenaga dan mengurangkan Emisi karbon dalam bidang pengangkutan awam.

McGill's and Pelican partner with Yutong to offer zero-emission shuttle service starting from day one of COP26 in Glasgow.
McGill's and Pelican partner with Yutong to offer zero-emission shuttle service starting from day one of COP26 in Glasgow.

Dikendalikan oleh McGill's, pengendali bas dan koc milik persendirian yang begitu kukuh di UK, kumpulan bas ini mengandungi lima puluh lima bas E12 elektrik penuh Yutong yang dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih yang disesuaikan untuk pemandu dan penumpang British. Di bahagian dalam, bas elektrik yang dibina khas ini menampilkan teknologi pengurangan hingar NVH, tempat duduk ergonomik dan sistem bateri yang utama dalam industri daripada Yutong bagi menawarkan pengalaman menaiki bas yang selesa, selamat dan senyap.

"Urbanisasi akan meningkatkan permintaan terhadap pengangkutan lestari di seluruh dunia dalam menghadapi emisi tinggi daripada kenderaan persendirian iaitu kira-kira tiga perempat CO2 daripada pengangkutan penumpang bandar," ujar Philip Turner, Ketua Pembangunan Mampan International Association of Public Transport semasa majlis penyerahan berlangsung. "Pengangkutan awam merupakan cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kecekapan perjalanan selain penjimatan tenaga dan pengurangan emisi," yang bertepatan dengan perjalanan awam mesra alam yang diperjuangkan oleh Yutong.

"Yutong menjadi peneraju dalam membantu China dan dunia mencapai sasaran emisi dengan memperkenalkan inisiatif emisi sifar-bersih pertama dalam industri bas China. Ia menekankan penumpuan terhadap inovasi teknologi seperti tenaga baharu dan pemanduan berautonomi untuk menggiatkan penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan promosi serta penggunaan kenderaan komersial karbon-sifar dan pintar," kata Kent Chang, Pengarah Jualan Pengedaran Luar Negara Yutong. "Kami akan terus berusaha untuk menggalakkan transformasi pembuatan pintar, mempercepatkan pencapaian rantaian industri kenderaan komersial mesra alam dan memperjuangkan budaya pengangkutan awam."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Yutong Bus.

 

Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Green Technology Mining Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities Licensing/marketing agreements Trade show news