omniture

Pengeluar kenderaan elektrik e.GO Mobile mengumumkan pelancaran perkhidmatan Pertukaran Bateri pintar - "e.Pit"

Next.e.GO Mobile SE
2021-11-03 19:21 27

- Penyelesaian ini menjadikan e.GO sebagai satu-satunya BEV bandar yang menawarkan pertukaran bateri pintar.

- Inisiatif ini menyokong tumpuan Syarikat untuk memanfaatkan inovasi bagi memperkukuh jejak ekologi kenderaan elektrik yang banyak dipengaruhi oleh penggunaan bateri yang besar.

- Perkhidmatan unik ini bertujuan untuk memberikan ketenangan fikiran dan keselesaan kepada para pelanggan e.GO jika terdapat keperluan tidak dirancang atau yang muncul sekali-sekala dan memerlukan pemanduan pada jarak yang lebih jauh.

AACHEN, Jerman, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Next.e.GO Mobile SE, pengilang bebas dari Jerman bagi kenderaan elektrik bandar yang inovatif dan lestari, hari ini mengumumkan pelancaran penyelesaian pertukaran bateri pintarnya sebagai sebahagian daripada misi syarikat untuk menggalakkan kitaran hayat yang lestari dalam mobiliti bandar.

e.GO Battery Swap, Aachen, Germany
e.GO Battery Swap, Aachen, Germany

Pelanggan yang mungkin perlu berhadapan dengan keadaan yang tidak dijangka dan memerlukan perjalanan yang lebih lama daripada biasa, boleh menggunakan ciri-ciri pintar yang terbina dalam e.GO Life ini untuk menukar bateri yang hampir habis dengan bateri yang telah dicas sepenuhnya di stesen pertukaran bateri e.GO yang terpilih – "e.Pit". Mereka boleh mengambil semula bateri asal mereka - yang telah dicas sepenuhnya – di stesen yang sama ketika dalam perjalanan pulang atau pada waktu lain kemudian, dalam masa selewat-lewatnya sebulan. Pelanggan kekal sebagai pemilik bateri asal mereka dan sentiasa dihubungkan melalui aplikasi e.GO menggunakan ID bateri mereka yang unik. Perkhidmatan ini akan disediakan kepada semua pelanggan e.GO tanpa sebarang kos untuk kuota pertukaran tahunan mereka. Prosedur pertukaran ini mengambil masa kira-kira 60 minit, lebih cepat daripada pengecasan penuh di mana-mana pusat pengecasan awam yang standard. Syarikat berusaha untuk mengurangkan lagi tempoh pertukaran ini ke arah matlamatnya untuk mencapai tempoh menghampiri 30 minit pada masa akan datang.

Dua stesen pertukaran pertama di kilang Aachen dan Zülpich (rakan kongsi perkhidmatan Pardemann) telah beroperasi sepenuhnya setakat hari ini. Hentian seterusnya dalam program ini ialah Düsseldorf dan Hamburg dengan lebih banyak lagi hentian yang sedang dirancang.

Ucapan penghargaan setulus hati! 

"Di e.GO, kami tidak menganggap Pertukaran Bateri sebagai suatu ciri pintar atau bidang perniagaan lain semata-mata. Dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi, inilah cara kami menunjukkan penghargaan seikhlas hati kami kepada para pelanggan dan pengguna e.GO yang memilih untuk bertindak secara bertanggungjawab, menjaga jejak ekologi BEV dan membantu menggalakkan mobiliti bandar yang lestari. Adalah menjadi tanggungjawab kami memberi keselesaan kepada mereka," kata Ali Vezvaei, Pengerusi Lembaga Pengarah Next.e.GO Mobile SE.

Sila Hubungi:
Next.e.GO Mobile SE
Perhubungan Awam
T +49 241 51030 166
presse@e-go-mobile.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1676985/e_GO_BatterySwap.jpg?p=medium600

 

 

Source: Next.e.GO Mobile SE
Keywords: Alternative Energies Auto Environmental Products & Services Utilities Conservation/Recycling New products/services