omniture

Xinhua Silk Road: Ekspo Makanan Antarabangsa (Huai'an) China bermula, tonjolkan kerjasama industri makanan RCEP

Xinhua Silk Road
2021-11-03 20:01 214

BEIJING, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Makanan Antarabangsa (Huai'an) China Keempat bermula pada Khamis lalu di Jiangsu Huai'an, timur China, mengetengahkan kerjasama industri makanan dalam kalangan anggota RCEP.

Foto menunjukkan Ekspo Makanan Antarabangsa (Huai'an) China Keempat bermula Khamis lalu di Huai'an, Wilayah Jiangsu, timur China.
Foto menunjukkan Ekspo Makanan Antarabangsa (Huai'an) China Keempat bermula Khamis lalu di Huai'an, Wilayah Jiangsu, timur China.

Bertemakan "pembangunan mesra alam dan inovatif menghubungkan kehidupan mengikut fesyen dan makanan", ekspo ini boleh diakses oleh peserta-peserta dari dewan pameran dalam talian dan aktiviti-aktiviti yang ditampilkan di luar talian seperti pameran bertema, persidangan tahap tinggi dan acara merasa makanan serta menarik minat lebih 350 syarikat domestik dan asing untuk mempamerkan teknologi baharu, pencapaian baharu dan produk baharu.

Menurut Chen Zhichang, ketua parti Huai'an, ekspo ini akan memberikan wawasan profesional dan antarabangasa serta peluang pameran kepada peserta dan pempamer.

Semasa berlangsungnya ekspo ini, mesyuarat meja bulat pertama berhubung kerjasama industri makanan dalam kalangan negara-negara anggota RCEP telahpun diadakan, memfokuskan kepada penghapusan halangan perdagangan, peningkatan kemudahan perdagangan, pengurangan tarif dan kos perdagangan serta penambahbaikan kerjasama antarabangsa.

Sementara itu, China Chamber of International Commerce memperkenalkan cadangan untuk mendorong kerjasama industri makanan dan meningkatkan kemudahan perdagangan antara anggota-anggota RCEP.

Huai'an akan mengeratkan lagi kerjasama ekonomi dan perdagangan, berintegrasi secara aktif dalam aliran ekonomi antarabangsa berdasarkan kepada mekanisme RCEP dan membangunkan ekspo ini menjadi acara yang berpengaruh untuk pameran, faedah bersama dan saling menguntungkan, kata Shi Zhijun, pemangku datuk bandar Huai'an.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324566.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Publishing/Information Service Trade show news