omniture

Compliance Solutions Strategies Bekerjasama Dengan Grasp

Compliance Solutions Strategies
2021-11-04 09:00 19

Kerjasama ini membawa satu gabungan kehadiran pasaran tempatan dan liputan pematuhan kawal selia global yang unik kepada Afrika Selatan dan Afrika Sub-Sahara 

NEW YORK, 4 November, 2021 /PRNewswire/ -- Compliance Solutions Strategies ("CSS"), sebuah platform Teknologi Kawal Selia (RegTech) terkemuka yang menyediakan penyelesaian dipacu teknologi untuk mendayakan firma perkhidmatan kewangan memenuhi keperluan pematuhan kawal selia mandatori, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Grasp untuk mengembangkan kehadiran CSS ke Afrika. Gabungan kehadirannya dan kepakaran tempatan Grasp, bersama-sama dengan platform Pematuhan sebagai Perkhidmatan global CSS, akan membawa nilai yang unik kepada institusi kewangan di pasaran Afrika Selatan dan Sub-Sahara.

Kerjasama dengan Grasp mengukuhkan kedudukan CSS sebagai penyedia penyelesaian Teknologi Kawal Selia bertaraf dunia kepada pengurus aset institusi, penyedia perkhidmatan aset, dana lindung nilai dan syarikat insurans, dengan kehadiran yang diperluaskan ke Afrika. Pelanggan perkhidmatan kewangan di Afrika Selatan dan Afrika Sub-Sahara akan mendapat manfaat daripada akses kepada platform Teknologi Kawal Selia serba lengkap yang inovatif yang merangkumi pelbagai disiplin pematuhan global yang meliputi pelaporan dana, pelaporan transaksi dan pemantauan pelaburan.

"Kerjasama strategik kami dengan rakan kongsi teknologi bertaraf dunia seperti Grasp memperluaskan lagi jangkauan platform kawal selia serba lengkap global kami," kata Doug Morgan, Ketua Pegawai Eksekutif CSS. "Cadangan nilai kami yang dikongsi akan membantu firma pengurusan pelaburan di rantau ini memenuhi keperluan pematuhan wajib dan terus mendahului perubahan kawal selia di seluruh bidang kuasa."

"Grasp berbesar hati untuk mengumumkan kerjasamanya dengan CSS, peneraju global dalam teknologi dan perkhidmatan yang menyokong syarikat perkhidmatan kewangan dalam mengendalikan landskap kawal selia global yang kompleks," kata Chris Lourens, Pengarah Grasp. "Kami amat menyedari cabaran yang dihadapi oleh firma-firma dalam mengikuti perkembangan terkini keperluan kawal selia yang berubah-ubah. Kerjasama ini akan membolehkan kami menawarkan penyelesaian yang lebih berkesan untuk membolehkan pelanggan kami kekal patuh pada setiap masa."

Tentang CSS: 

CSS ialah rakan kongsi Teknologi Kawal Selia global yang dipercayai yang menyatukan penyelesaian dipacu teknologi inovatif secara unik untuk menyokong firma perkhidmatan kewangan mengendalikan laluan yang jelas dan strategik melalui ruang kawal selia global yang kompleks dan berpecah-pecah. Penyelesaian dan perkhidmatan kami membantu firma-firma menepati tarikh akhir kawal selia sambil mengoptimumkan data, operasi dan teknologi pematuhan. CSS meliputi rangkaian penuh disiplin pematuhan global yang merangkumi pelaporan dana, pelaporan transaksi, pemantauan pelaburan, pengurusan pematuhan, perkhidmatan pematuhan dan perkhidmatan terurus dengan suatu pendekatan pelengkap dan berpusat terhadap pengurusan strategik data kawal selia yang dipanggil RBOR (Buku Rekod Kawal Selia). Syarikat ini kini memberikan perkhidmatan kepada lebih 600 pelanggan perisian dalam perkhidmatan kewangan vertikal yang terdiri daripada dana lindung nilai, pengurus aset tradisional dan pentadbir dana termasuk institusi sisi belian dan jualan Peringkat 1. CSS mengekalkan jejak globalnya di seluruh Amerika Utara serta Eropah dengan pejabat perhubungan pelanggan di New York, London, Dublin, Amsterdam dan Stockholm. Untuk maklumat lanjut tentang CSS, sila layari: www.cssregtech.com

Tentang Grasp: 

Grasp ialah penyedia perkhidmatan khusus kepada industri pelaburan, dengan pasukan pengurusan yang mempunyai gabungan pengalaman melebihi 50 tahun. Dengan memanfaatkan kepakaran dan teknologi CSS, Grasp akan menyokong perniagaan pelaburan dari semua negara Afrika dengan menguruskan pematuhan mereka terhadap persekitaran kawal selia yang sentiasa berkembang dan kompleks. Untuk maklumat lanjut tentang Grasp, sila layari: http://www.graspregtech.co.za/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/748098/CSS_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Compliance Solutions Strategies
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financial Technology