omniture

UNO Technologies umum kerjasama dengan Aetos Pharma percepatkan lagi transformasi teknologi rawatan kesihatan Malaysia

UNO Technologies Pte Ltd
2021-11-05 14:30 61

SINGAPURA, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- UNO Technologies, sebuah firma Teknologi Perubatan ("teknologi perubatan") berkembang pesat yang berpangkalan di Singapura, baru-baru ini mengumumkan pengembangannya ke dalam pasaran Malaysia. Sebagai sebahagian daripada strategi serantaunya, UNO akan bekerjasama dengan Aetos Pharma, pesaing baharu farmaseutikal Malaysia yang berkembang pesat, untuk bersama-sama mendorong transformasi digital dalam sektor rawatan kesihatan swasta Malaysia.

UNO Tech and Aetos Pharma accelerating Malaysia's healthcare tech transformation
UNO Tech and Aetos Pharma accelerating Malaysia's healthcare tech transformation

Malaysia memiliki industri perubatan yang berkembang pesat dengan tahap pelaburan yang semakin meningkat baik dalam sistem rawatan kesihatan awam mahupun swasta. Kerajaan Malaysia menawarkan bayaran perubatan bersubsidi tinggi kepada rakyatnya dan dalam masa yang sama masih menjamin kualiti penjagaan yang diberikan. Dengan pandemik yang mengganggu pergerakan dan kehidupan harian. Malaysia turut mempercepatkan transformasi digital industri rawatan kesihatannya dengan memanfaatkan teknologi yang terkini. Pendigitan bukan sahaja mengurangkan kos rawatan kesihatan, tetapi juga meningkatkan kecekapan dan meningkatkan kualiti penjagaan buat pesakit.

Syarikat pemula dan ekosistem teknologi Malaysia ini berada di puncak gelombang inovasi yang baharu dengan peningkatan minat oleh syarikat-syarikat gergasi modal teroka (VC) dan teknologi global. Ini diperkukuhkan lagi oleh inisiatif 'MyDigital' nasional Kerajaan yang bertujuan untuk mentransformasikan negara berkenaan menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang didorong secara digital dan penerajui serantau bagi ekonomi digital.

Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan Malaysia UNO Technologies – Sistem Pengurusan Klinik UNO (UNO CMS) akan menjadi produk pertama yang disediakan kepada pengamal perubatan dan perniagaan. UNO CMS ialah platform hujung-ke-hujung yang mendigitkan aliran kerja klinikal dan operasi. Penyelesaian ini menyediakan data yang tepat, mutakhir dan boleh diambil tindakan untuk membantu doktor, klinik dan individu membuat keputusan yang lebih bijak. Ia juga membantu pentadbir klinik mengurus dan mengoptimumkan perniagaan mereka dengan alat pintar dan proses yang cekap. Ketahui lebih lanjut mengenai UNO CMS (https://www.unotech.io/clinic-management-system-software)

UNO telah bekerjasama erat dengan pengamal perubatan sejak tahun 2015 dan kini memperluaskan kehadirannya di rantau Asia Tenggara. Langkah pertama daripada pengembangan ini adalah untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pengusaha yang dominan dalam pasaran rawatan kesihatan Malaysia – memangkinkan pengembangan UNO ke negara-negara S.E.A yang lain.

Latar Belakang Aetos Pharma 

Aetos Pharma (Aetos Pharma Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat borong farmaseutikal yang berpangkalan di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2019, Aetos Pharma ialah pengedar dan pemborong untuk produk farmaseutikal seperti ubat-ubatan, peranti perubatan dan produk OTC. Pelanggan Aetos Pharma sebahagian besarnya terdiri daripada hospital swasta, klinik dan rangkaian farmasi di Malaysia.

Latar Belakang UNO Technologies 

UNO Technologies (UNO Technologies Pte Ltd) ialah perniagaan Teknologi-Perubatan (Med-Tech) Berfokuskan Asia dengan ibu pejabatnya terletak di Singapura. Sejak tahun 2015, UNO menyediakan pelanggan mereka dalam sektor rawatan kesihatan di seluruh wilayah ini dengan penyelesaian perisian yang pintar dan boleh diskala. UNO percaya untuk memanfaatkan teknologi bagi mengubah cara golongan profesional rawatan kesihatan dan syarikat-syarikat menghubungkan pesakit dan pemegang kepentingan mereka. Dengan alat analitik data, beberapa penyelesaian rawatan kesihatan akan berkembang melalui seni bina API (antara muka pengaturcaraan aplikasi) terbuka UNO untuk berintegrasi dengan penyelesaian berasaskan web yang lain dengan lancar agar dapat berkembang menjadi ekosistem penyelesaian berasaskan web untuk industri rawatan kesihatan secara menyeluruh.

 

Source: UNO Technologies Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts Data Analytics