omniture

Pembayaran Digital akan Terajui 162% Pertumbuhan dalam Perbelanjaan eDagang Di Seluruh Asia Tenggara menjelang 2025

2C2P
2021-11-05 16:27 151

SINGAPURA, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Asia Tenggara sedang mengalami transformasi kewangan yang didorong oleh pembayaran digital, menurut laporan IDC baharu yang dijalankan oleh platform pembayaran global 2C2P. Didorongkan oleh trend pengguna dan runcit yang berubah-ubah serta pilihan pembayaran yang lebih inklusif, perbelanjaan e-dagang akan meningkat sebanyak 162% untuk mencecah US$179.8 bilion menjelang tahun 2025 di seluruh rantau ini, dengan pembayaran digital menyumbang sebanyak 91% daripada transaksi.

IDC InfoBrief, "How Southeast Asia Buys and Pays: Driving New Business Value for Merchants" ("Bagaimana Asia Tenggara Membeli dan Membayar: Mengalakkan Nilai Perniagaan Baharu untuk Peniaga"), mendedahkan mengenai kerumitan ekosistem pembayaran Asia Tenggara yang terpecah-pecah untuk membantu perniagaan membuat keputusan yang lebih bermaklumat dan merebut peluang. Ia menjejaki trend baru muncul seperti dompet mudah alih, pembayaran domestik (pilihan perbankan waktu sebenar dan dalam talian) serta Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL) berserta pilihan tradisional seperti kad dan tunai. Laporan ini menganggarkan bahagian pasaran pilihan pembayaran yang berubah-ubah antara tahun 2019 dan 2025 bagi membantu perniagaan menyusun strategi untuk berkembang merentas sempadan.

"Wujudnya peluang untuk memanfaatkan pertumbuhan pembayaran digital ini dan menyediakan perkhidmatan kewangan yang terjamin dan andal bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah-ubah di rantau ini. Pembayaran digital bukan lagi sesuatu yang bagus untuk dimiliki tetapi harus dimiliki serta merupakan bahagian yang penting dalam strategi perniagaan setiap syarikat," kata Aung Kyaw Moe, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 2C2P. "Kebolehan perniagaan untuk optimalkan keupayaan dan operasi pembayaran mereka mengikut jangkauan geografi akan turut menentukan sejauh mana mereka kekal berdaya saing, tangkas, dan berjaya di seluruh rantau ini."

Trend pengguna dan runcit yang berubah-ubah telah mendorong pertumbuhan ekonomi digital Asia Tenggara yang pesat dengan lebih 400 juta pengguna e-dagang dijangkakan menjelang tahun 2025. Ini telah menghasilkan peningkatan persaingan dan kolaborasi oleh sektor-sektor awam dan swasta bagi menawarkan pembayaran yang diperlukan oleh perniagaan infrastruktur untuk mendekati pengguna ini. Pilihan pembayaran utama yang mendapat kelebihan nampaknya ialah dompet mudah alih, pembayaran domestik dan BNPL.

"Landskap pembayaran Asia Tenggara sangat terpecah-pecah dan sistem pembayaran serta penerimaan selain peraturannya boleh berbeza-beza dari satu pasaran ke pasaran yang lain. Bagi membantu perniagaan memahami dan mengemudi kerumitan rantau ini, kami telah menyusun panduan yang komprehensif ini untuk landskap pembayaran rantau ini yang membawakan tinjauan pembayaran serantau dan tempatan," kata Michael Araneta, Naib Presiden Bersekutu, Ketua Penyelidikan dan Perundingan, IDC Financial Insights Asia-Pacific. "Kami berharap agar dapatan dalam laporan ini akan memperhalusi strategi perniagaan dalam mengharungi gelombang digital dan akhirnya menonjolkan US$276 bilion ekonomi digital Asia Tenggara."

Hubungi:
Sylvia McKaige
Sylvia.mckaige@salweengroup.com

Source: 2C2P
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Financial Technology