omniture

Venture Global dan Sinopec Umum Perjanjian Jual Beli LNG yang Bersejarah

Venture Global LNG
2021-11-05 21:46 128

Venture Global bersedia untuk menjadi pengeksport LNG Amerika yang terbaik ke China

ARLINGTON, Virginia, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG dan China Petroleum & Chemical Corp. (Sinopec) hari ini mengumumkan menandatangani dua Perjanjian Jual Beli (SPA) selama 20 tahun untuk membekalkan LNG yang berjumlah 4 juta tan setahun (MTPA) daripada kemudahan eksport LNG Plaquemines Venture Global di Plaquemines Parish, Louisiana. Selain itu, UNIPEC yang merupakan anak syarikat Sinopec telah bersetuju untuk membeli LNG sebanyak 3.5 juta tan (MT) daripada kemudahan LNG Calcasieu Pass Venture Global untuk tempoh yang lebih pendek. Ini menjadi perjanjian bekalan LNG tunggal yang terbesar yang pernah ditandatangani oleh sebuah syarikat AS dan akan menggandakan jumlah import LNG AS ke China sebanyak dua kali.

Venture Global and Sinopec Announce Historic LNG Sales and Purchase Agreements
Venture Global and Sinopec Announce Historic LNG Sales and Purchase Agreements

"Venture Global berbangga dapat menyertai kerjasama jangka panjang yang baharu dan menarik ini dengan Sinopec serta bakal menjadi pengeksport LNG AS terbesar ke China," kata Mike Sabel, Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global LNG. "Pengumuman pada hari ini akan mempercepat usaha sama kami untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menyediakan bekalan tenaga yang selamat, boleh dipercayai dan menjimatkan kos ke China. Bermula dari hari pertama, Venture Global menjalankan misi untuk memacu peralihan bahan api daripada arang kepada gas asli di seluruh dunia dan kami teruja untuk melengkapkan Sinopec dengan bekalan LNG AS yang besar bagi mencapai misi tersebut dan membantu China dalam peralihan tenaganya."

"Sinopec telah mengusahakan pembangunan rendah karbon, hijau, selamat, bertanggungjawab dan lestari serta mengharapkan pertumbuhan perniagaan gas asli syarikat ini yang berkualiti tinggi," kata Ma Yongsheng, Presiden Sinopec Corp. "Kami komited untuk meningkatkan kapasiti dalam menyediakan tenaga bersih dan memenuhi aspirasi orang ramai untuk kehidupan yang lebih baik. Menandatangani Perjanjian Jual Beli LNG ini mencerminkan misi bersama Sinopec dan Venture Global dalam menggalakkan peralihan tenaga global yang juga penting dalam mencapai matlamat keneutralan dan puncak pelepasan karbon." 

KLIK DI SINI  untuk melihat video ucapan dan majlis menandatangani perjanjian. 

Tentang Venture Global LNG

Venture Global ialah sebuah syarikat penyedia jangka panjang berkos rendah untuk LNG A.S. yang akan diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Venture Global pada masa ini, sedang membina atau membangunkan beberapa kemudahan eksport di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dengan harga berpatutan kepada dunia.

Tentang Sinopec 

China Petroleum & Chemical Corporation (selepas ini dirujuk sebagai "Sinopec Corp.") ialah sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham China dan antarabangsa dengan operasi huluan, pertengahan dan hiliran bersepadu di sepanjang rantaian nilai perniagaan minyak dan gas. Pemegang saham terbesarnya, China Petrochemical Corporation ("Sinopec Group") merupakan syarikat penapisan minyak terbesar di dunia dan syarikat bahan kimia kedua terbesar di dunia serta merupakan antara 5 Syarikat Fortune 500 terbaik sejak beberapa tahun yang lalu. Sinopec mencapai 20 juta pelanggan setiap hari melalui 30,000 stesen minyak miliknya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1679096/Venture_Global_LNG_Sinopec_Agreement.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg?p=medium600

Source: Venture Global LNG
Keywords: Chemical Gas Oil/Energy Utilities Contracts