omniture

Tetracore, Inc. Memperkenalkan Ujian PCR Masa Nyata Berlesen USDA Pertama untuk Pengesanan Virus Demam Babi Afrika dalam Seluruh Sampel Darah dan Limpa Babi

Tetracore, Inc.
2021-11-05 22:25 130

ROCKVILLE, Maryland, 5 November 2021 /PRNewswire/ -- Tetracore, Inc. (Tetracore) hari ini mengumumkan pelesenan Kit Ujian Diagnostik DNA Virus Demam Babi Afrika (ASFV) VetAlert™ mereka oleh Pusat Biologi Veterinar (CVB) Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Ia merupakan produk diagnostik berlesen USDA pertama bagi ASFV dan dihasilkan di Amerika Syarikat, yang penting untuk tindak balas pantas sekiranya berlaku wabak ASF.  Selain itu, Kit diagnostik ini menyediakan petugas pertama kesihatan haiwan dengan alat yang penting untuk mengurangkan potensi kesan bencana ekonomi dan kebajikan haiwan akibat wabak ASFV.

 

 

Kit ujian berprestasi tinggi DNA ASFV VetAlert telah dibangunkan oleh saintis Tetracore dan akan dikomersialkan serta dijual oleh Tetracore.

"Ia amat diketahui bahawa virus bermutasi dan berkembang serta atas sebab inilah, reka bentuk ujian PCR yang mapan perlu dinilai semula secara berkala bagi memastikan bahawa reka bentuk ujian kekal sesuai untuk tujuannya", kata Dr. Callahan, Pengurus Pembangunan Perniagaan merangkap Pegawai Perhubungan CVB USDA untuk Tetracore. Berdasarkan maklumat ini, Tetracore menilai jujukan virus ASFV kontemporari serta 24 genotip ASFV yang diketahui untuk mereka bentuk set prob primer baharu yang digabungkan dengan ujian asal kami untuk menghasilkan Kit Ujian DNA ASFV VetAlert dengan rPCR ASFV yang terkini.

Reka bentuk ujian yang dikemas kini ini telah disahkan dalam kajian dengan beberapa rakan kajian termasuk: (1) Centro de Investigación en Sanidad Animal, Instituto Nacional De Investigaciones Agrarias (CISA-INIA, Sepanyol); (2) The National Veterinary Institute (SVA, Sweden); (3) Sciensano (Belgium); serta makmal AS dan Antarabangsa yang lain, apabila ujian ini menunjukkan prestasi yang setara berbanding kaedah ujian rujukan yang digunakan oleh rakan kajian.

Tentang Tetracore, Inc.

Tetracore ialah sebuah syarikat bioteknologi yang khusus dalam pembangunan dan pengeluaran peranti dan asai diagnostik untuk pengesanan penyakit berjangkit. Ia terletak di Koridor Bioteknologi di Rockville, Maryland. Tetracore ditubuhkan pada 1998 oleh bekas penyelidik senjata biologi Suruhanjaya Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan saintis Institut Penyelidikan Perubatan Tentera Laut di Bethesda, Maryland.  Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tetracore.com atau hubungi kami di jkelly@tetracore.com.

®Tetracore ialah Tanda Dagangan Berdaftar dan VetAlert ialah Tanda Dagangan Tetracore, Inc.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/371337/Tetracore_Logo.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1678328/Vet_Alert_DNA_Logo_ID_96109cd3f66b_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Tetracore, Inc.
Related Links:
Keywords: Agriculture Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Corporate Expansion