![]() |
3,681 siswazah daripada 464 buah universiti di 70 buah negara telah menghantar penyertaan yang menjadikan edisi ke-7 Global Grad Show sebagai yang terbesar setakat ini
Alexa pemantau jantung ; Perisian penyahkodan penyakit generasi seterusnya; Tekstil dan bahan pembangunan penyembuhan kendiri; Robot yang menjana semula ekosistem darat dan laut; Stereng untuk memantau kesihatan; Peranti yang boleh dipakai untuk ibu bapa berhubung dengan bayi dalam inkubasi; Kereta penapis asbut; Bola yang mengesan tanda-tanda hidupan dalam lingkungan 5 meter radius
- Global Grad Show: Pameran projek para siswazah yang menyeluruh
- Mendedahkan penyelesaian yang paling berpotensi bagi cabaran alam sekitar dan sosial yang kompleks
- Siswazah dari 464 buah universiti, termasuk Harvard, Stanford dan Oxford hingga kolej tempatan di Bhutan, Jamaica dan Congo menghantar idea mereka
- Program ini dilengkapkan dengan laluan pembangunan syarikat pemula yang membantu penyelesaian yang berpotensi tinggi memasuki pasaran
- Projek ini mencerminkan kebimbangan kolektif terhadap kesihatan mental dan fizikal, bekalan makanan, kehidupan bandar, etika dan kebajikan komuniti
- Masa depan planet menjadi keutamaan pemikiran para pemimpin dan rakyat di seluruh dunia
- 150 buah projek daripada siswazah terbijak di dunia ini menunjukkan laluan bagi membantu menyelesaikan masalah
DUBAI, UAE, 8 November 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini menyaksikan pendedahan 150 buah projek akademik yang amat inovatif untuk meningkatkan kehidupan, menyokong komuniti dan melindungi planet ini. Sebagai sebahagian daripada edisi terbesar Global Grad Show setakat ini, penyertaan yang disenarai pendek telah dipilih daripada 2,600 penyertaan dari 70 buah negara, menggariskan kebimbangan utama yang dikongsi di peringkat antarabangsa daripada penjagaan bayi hinggalah bandar-bandar sifar bersih dan menggambarkan skala usaha – serta pendekatan bersama – yang diperlukan untuk menangani isu-isu ini.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/English/8982451-global-grad-show-unveils-150-game-changing-ideas-to-change-the-world/
Global Grad Show yang kini merupakan tahun ketujuhnya, menyokong bakat akademik yang paling berpotensi di dunia dalam bidang kesan sosial dan alam sekitar. Projek-projek yang disenarai pendek ini menjadi gambaran tentang perkara yang diberi tumpuan oleh para siswazah di seluruh dunia pada tahun lalu, menonjolkan beberapa cabaran utama di dunia dan idea-idea yang paling memberangsangkan bagi menanganinya. Penyelesaian ini berselang-seli antara teori dan praktikal, kompleks dan mudah yang dihasilkan daripada Oxford, Imperial College London dan institusi 'Ivy League' hinggalah kolej-kolej di Indonesia, Mexico dan Oman.
Inisiatif ini yang dianjurkan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kebudayaan & Kesenian Dubai dan A.R.M Holding, menawarkan peluang kepada semua pelajar yang menjadi peserta untuk menyertai Program Keusahawanan yang merupakan sebuah laluan pembangunan selama 4 bulan untuk membawa pemikiran membangunkan usaha niaga dan peluang kepada pemohon yang ingin membawa projek mereka ke peringkat seterusnya.
Pameran maya dengan 150 projek dalam edisi tahun ini tersedia di www.globalgradshow.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1679877/Global_Grad_Show_Logo.jpg?p=medium600