- Keupayaan Pembayaran B2B Rapyd Disburse kini merangkumi lebih 200 buah negara demi membantu platform rentas sempadan memperkemas pembayaran kepada para pengedar, penjual dan pembekal
- Sistem lejar dompet tanpa label Rapyd memudahkan keupayaan penyelesaian antara pembeli dan pembekal rentas sempadan dalam platform dan perniagaan ekosistem B2B yang terkemuka.
SINGAPURA dan LONDON, 9 November 2021 /PRNewswire/ -- Rapyd, sebuah syarikat global bagi Teknologi Kewangan sebagai Perkhidmatan, hari ini mengumumkan pengukuhan baharu kepada Platform Pembayaran dan Pungutan miliknya yang terkemuka dalam industri, menyampaikan infrastruktur serba lengkap baharu kepada firma B2B untuk membuat pembayaran kepada para pembekal dan penjual sementara mendapat bayaran daripada para pelanggan di seluruh dunia dengan lebih cekap.
Rapyd telah memperluas keupayaan platform Disburse miliknya di lebih 200 buah negara, membolehkan organisasi membuat bayaran keluar dalam mata wang perdagangan global yang terkemuka termasuk USD, EUR, GBP dan SGD di mana-mana sahaja di dunia, di samping mata wang serantau dan tempatan yang utama. Selain itu, para pelanggan Rapyd kini boleh membuat bayaran menggunakan Pembayaran Masa Nyata (RTP) di lebih 50 buah negara di seluruh dunia yang menyediakan lebih kawalan dan ketelusan terhadap masa bayaran keluar.
Bagi memperluas lagi tawaran penerimaan pembayaran B2B, para pelanggan Rapyd kini juga boleh menggunakan Akaun Maya untuk menerima pembayaran dalam mata wang tempatan pilihan mereka di Singapura dan Eropah.
"Pandemik ini mempercepat keperluan setiap perniagaan yang besar dan kecil untuk menyertai ekosistem digital dalam perdagangan, perolehan dan tenaga kerja, sama ada melalui platform ekonomi gig untuk mencari dan membayar pekerja, platform perdagangan B2B untuk bekalan, ataupun pasaran e-Dagang B2B rentas sempadan untuk penjualan di seluruh dunia. Kini kami dapat memberikan perkhidmatan kepada perusahaan B2B rentas sempadan dengan penyelesaian pembayaran yang paling fleksibel dan serba lengkap di mana-mana sahaja," ulas Joel Yarbrough, Pengarah Urusan dan Naib Presiden Asia Pasifik Rapyd Ventures. "Platform Rapyd yang unik membolehkan kami memberikan perkhidmatan kepada kedua-dua Perusahaan dan PKS, sama ada memproses urus niaga bernilai besar di kawasan tempatan dan rentas sempadan yang biasa dilaksanakan dalam perdagangan global, ataupun urus niaga yang bernilai lebih rendah dan lebih pantas, yang biasa didapati dalam pembayaran pengguna dan PKS."
E-Dagang B2B dalam Laman Web dan melalui pasaran telah menjana hampir 4 kali ganda hasil yang sama dengan rakan niaga yang bersemuka dengan pengguna di seluruh dunia dan e-Dagang B2B semakin berkembang semasa pandemik ini. Saiz pasaran e-Dagang B2B global diunjurkan untuk mencapai nilai $20.9 trilion menjelang 2027, berkembang pada Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 17.5% dari 2020 hingga 2027, menurut Grand View Research[1] .
Dengan Rapyd, para pembeli dan penjual B2B bukan sahaja mempunyai kaedah pembayaran dan bayar keluar yang paling banyak di Asia dan di seluruh dunia berbanding dengan mana-mana penyedia lain, malah, kini boleh memanfaatkan suatu penyelesaian bersepadu berasaskan awan untuk memberikan perkhidmatan kepada rangkaian negara, mata wang, jenis perniagaan dan saiz urus niaga yang terluas.
Tentang Rapyd
Rapyd merupakan cara terpantas untuk mendayakan pembayaran tempatan di mana-mana sahaja di dunia dan membolehkan syarikat-syarikat di seluruh dunia mengakses pasaran dengan lebih cepat daripada sebelumnya. Melalui penggunaan rangkaian pembayaran dan platform teknologi kewangan sebagai perkhidmatan Rapyd yang tiada tandingan, syarikat perniagaan dan para pengguna boleh melaksanakan transaksi tempatan dan rentas sempadan dalam mana-mana pasaran. Platform Rapyd menyatukan pelbagai sistem pembayaran di seluruh dunia dengan menggabungkan lebih 900 kaedah pembayaran di lebih 100 buah negara. Para pelabur Rapyd terdiri daripada Stripe, General Catalyst, Oak HC/FT, Coatue, Tiger Global, Durable Capital, Latitude, Target Global, Fidelity Management and Research Company, Altimeter Capital, BlackRock Funds dan Tal Capital. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat yang mempercepat revolusi teknologi kewangan sebagai perkhidmatan ini, sila layari www.rapyd.net, sila baca blog kami, atau ikuti kami melalui LinkedIn dan Twitter.
[1] https://www.grandviewresearch.com/industry-analysis/business-to-business-b2b-e-commerce-market
Hubungan Media:
Headline Media
Raanan Loew
raanan@headline.media
1-347-897-9276