omniture

76% penjual dalam talian optimis akan pertumbuhan masa depan menjelang musim festival membeli belah, kajian Lazada mendedahkan

Lazada Group
2021-11-09 10:00 255

Indeks Keyakinan Perdagangan Digital Lazada mendedahkan bahawa penjual dalam talian meningkatkan kapasiti kakitangan dan tahap inventori untuk bersiap sedia menghadapi pertumbuhan yang dijangkakan

Untuk melihat infografik penemuan ini, sila klik di sini.

SINGAPURA, 9 November 2021 /PRNewswire/ -- Lebih daripada tiga perempat (76%) penjual dalam talian Asia Tenggara berkata mereka optimis mengenai pertumbuhan masa depan mereka walaupun dengan persekitaran operasi yang mencabar, menurut laporan Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (DCCI) terkini Lazada. Kajian ini menunjukkan bahawa perniagaan berusaha untuk meningkatkan inventori dan tahap kakitangan mereka tatkala mereka bersiap sedia sempena festival membeli belah dalam talian akhir tahun ini iaitu 11.11 dan 12.12.

Jumlah ini juga meningkat daripada optimisme pertumbuhan 70% yang dilaporkan dalam separuh pertama tahun ini apabila Lazada mengeluarkan keputusan kajian DCCI pertamanya pada bulan Ogos. Kajian ini merupakan yang pertama seumpamanya yang berusaha untuk memetakan trend dalam perdagangan digital dengan mengindeks sentimen dan tahap keyakinan penjual dalam talian di Asia Tenggara.

"Kami gembira melihat momentum positif yang berterusan dan kebingkasan dalam kalangan penjual dalam talian Asia Tenggara, walaupun dengan ketidaktentuan ekonomi pada masa ini. Didorong oleh optimisme yang kukuh, penjual dalam talian sedang giat berusaha untuk mengupah lebih ramai kakitangan pada suku keempat. Hasil kajian kami amat memberansangkan, yang menunjukkan bahawa industri perdagangan global yang semakin berkembang ini bertindak sebagai pemangkin yang hebat untuk membuka peluang penciptaan pekerjaan dan mendorong pemulihan ekonomi tempatan," kata Magnus Ekbom, Ketua Pegawai Strategi Lazada Group.

Dijalankan pada penghujung suku ketiga tahun 2021 dengan 900 penjual mengambil bahagian, tinjauan ini menonjolkan bahawa 4 daripada setiap 5 penjual (79%) yang disoal selidik mendedahkan bahawa mereka meningkatkan tahap inventori mereka dengan hampir separuh daripada mereka yang disoal selidik (47%) ingin menambah kiraan kakitangan mereka untuk tempoh ini. Peningkatan tahap inventori dan kakitangan dijangka memberi kesan yang positif ke atas ekonomi tempatan di Asia Tenggara pada masa ramai yang sedang mencari pekerjaan. Khususnya, keputusan ini menonjolkan ke arah pemulihan industri peruncitan secara beransur-ansur dengan penjual dalam talian lebih optimis mengenai jualan dalam tempoh ini (suku keempat) berbanding jualan mereka untuk suku ketiga, apabila 73% berkata mereka meningkatkan tahap inventori dan 40% memikirkan untuk meningkatkan tahap kakitangan. 

Optimisme ini menyusuli suku ketiga yang memberangsangkan dengan 52% penjual melaporkan mereka menyaksikan pertumbuhan mantap menerusi jualan dalam talian mereka, walaupun dengan sekatan pandemik yang semakin ketat di pelbagai peringkat di seluruh rantau. Berkemungkinan disebabkan oleh sekatan yang lebih ketat dikenakan untuk menghalang varian Delta dan keperluan untuk pengguna memperoleh barangan isi rumah secara dalam talian, penjual FMCG merupakan antara kategori-kategori penjual yang menyaksikan prestasi mantap dalam suku ketiga dengan 61% penjual melaporkan peningkatan jualan sebanyak lebih 10%, berbanding suku sebelumnya apabila 53% penjual berkata jualan mereka meningkat sebanyak lebih 10%. Penjual dalam kategori elektronik (76%) dan barangan am (79%) melaporkan mereka berasa lebih positif mengenai permintaan masa depan untuk produk mereka berbanding apa yang mereka rasakan dalam suku ketiga.

Raymond Yang, Ketua Pegawai Operasi Lazada Group, berkata: "Penemuan ini mengetengahkan kepentingan jualan mega akhir tahun dan acara membeli belah seperti 11.11 yang berlangsung pada minggu ini. Bagi kebanyakan jenama dan penjual, ia merupakan pencapaian penting yang menetapkan garis dasar yang baharu bagi mencapai pertumbuhan. Ia merupakan peluang untuk berinteraksi semula dengan pelanggan setia dan memperoleh pelanggan baharu. Walaupun kita telah menyaksikan banyak kempen dua-angka setiap bulan pada tahun lalu, ia tidak menggantikan festival membeli belah seperti 11.11 yang masih dialu-alukan oleh banyak peniaga sebagai rangsangan yang amat diperlukan untuk mendorong jualan sebelum tahun ini berakhir."

Menjelang akhir tahun 2021, dianggarkan bahawa lebih 350 juta pengguna di Asia Tenggara akan menjadi pengguna digital, pertumbuhan yang besar berbanding 280 juta pengguna digital sebelum berlakunya pandemik ini pada tahun 2019[1]. Ini membawa peluang yang besar untuk penjual dalam talian di Asia Tenggara menggamit perhatian pengguna digital yang baharu ini dan seterusnya mendorong jualan. Apa yang penting, musim festival membeli belah merupakan waktu untuk penjual menggiatkan usaha pembinaan jenama mereka menjelang tahun baharu dan pemulihan runcit secara ansur apabila sekatan dilonggarkan.

Indeks Keyakinan Perdagangan Digital (DCCI) mengukur keyakinan perniagaan berdasarkan tinjauan yang menanda aras pandangan penjual dalam talian di Asia Tenggara (Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Singapura). Dalam suku ketiga tahun 2021, Lazada menyoal selidik 900 penjual mengenai prestasi jualan dalam talian semasa mereka dan harapan mereka untuk perniagaan perdagangan digital mereka pada masa depan. Indeks ini berjulat daripada 0 hingga 100, dengan 0 menandakan "sangat pesimistik" dan 100 menandakan "sangat optimistik" dalam spektrum.

Untuk melihat dapatan penuh, sila kunjungi https://www.lazada.com/en/press-release/

Latar Belakang Lazada Group 

Ditubuhkan pada tahun 2012, Lazada Group ialah platform eDagang yang terkemuka di Asia Tenggara. Kami mempercepatkan kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian logistik dan pembayaran terbesar di rantau ini, Lazada merupakan sebahagian daripada kehidupan harian pengguna kami di rantau ini dan kami menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan kepada 300 juta pembeli belah menjelang tahun 2030. Sejak tahun 2016, Lazada merupakan platform unggulan Asia Tenggara daripada Alibaba Group yang dikuasakan oleh infrastruktur teknologinya yang bertaraf dunia.


 

Source: Lazada Group
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Web Site