omniture

Pemimpin Kemampanan Global Memperdebatkan Isu Penentuan Industri di Ecobuild Asia Tenggara

Ecobuild Southeast Asia
2013-08-23 20:07 142

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Ogos 2013 /PRNewswire/ --

Stephane Pouffary daripada UNEP dan Orivaldo Barros daripada BRE menjadi tarikan program di PWTC, Kuala Lumpur 17-19 September

Ecobuild Asia Tenggara, Acara Rekaan, Pembinaan dan Alam Bina Mampan yang menerajui, telah mengumumkan program persidangan dan seminar yang bermutu tinggi.

Antara tarikan program Ecobuild Asia Tenggara ialah Stephane Pouffary, Pengerusi Lembaga Penasihat dan Ketua Pegawai Eksekutif, Program Alam Sekitar Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu -- Bangunan dan Iklim Mampan (UNEP-SBCI), Pengasas dan Presiden Kehormat ENERGIES 2050 dan Orivaldo Barros, Ketua Hal Ehwal Antarabangsa, BRE.

Stephane Pouffary bakal menangani teknologi tenaga boleh diperbaharui, polisi tenaga, petunjuk tenaga dan pengaturan kedudukan serta ramalan pasaran dalam sesi beliau "Masa Hadapan Tenaga Berkarbon Rendah" pada hari Selasa 17 September.

"Bandar mampan dan bangunan mampan merupakan gergasi pendam yang perlu diketengahkan dalam agenda kebangsaan serta antarabangsa," kata Pouffary semasa memberi pratonton sesi beliau.

"Berikutan jangka hayat bangunan dan susunan Bandar, kegagalan untuk bertindak sekarang ke atas kecekapan tenaga dan teknologi karbon rendah akan mengepung tenaga yang merosakkan dan impak karbon bagi tahun-tahun mendatang dengan kesan signifikan ke atas penggunaan sumber."

Orivaldo Barros, BRE akan bercakap tentang BREEAM, Bangunan dan Prasarana bagi Perubahan, dan Inovasi untuk alam bina pada 17, 18 dan 19 September masing-masing.

"Kemampanan adalah penting bagi rantau di mana pertumbuhan dan kemajuan ekonomi dijangka akan melebihi purata global," kata Barros. "Alatan dan standard Pertubuhan Penyelidikan Bangunan (BRE), berdasarkan sains dan bukti teguh, berada dalam kedudukan yang sesuai bagi membantu Kerajaan dan sektor swasta seluruh rantau mencapai tahap kemampanan dan prestasi tertinggi."

Ecobuild Asia Tenggara akan berlangsung pada 17-19 September 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.

Ecobuild Asia Tenggara dibawakan oleh (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) CIDB dengan program persidangan, sesi debat dan seminar teknikal selama tiga hari yang bakal menangani topik yang menjadi tumpuan agenda kemampanan, termasuk: BIM, Prasarana & Pembinaan Karbon Rendah untuk Ketahanan Iklim, perancangan pengangkutan Mampan dan bersepadu, Memahami dan memberi kuantiti terhadap faedah menyepadukan kemampanan ke dalam perancangan bandar. Pakar industri daripada Atkins, Faithful & Gould, Carbon Trust, Fosters and Partners, RICS dan Perbadanan Pembinaan Bangunan akan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bagi memacu kemampanan dan ketahanan dalam pembangunan prasarana dan bandar urban di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut lawati: http://www.ecobuildsea.com

Nota kepada Editor

  • Tentang Ecobuild

Ecobuild ialah jenama acara global yang dimiliki oleh UBM yang menghubungkan rekaan mampan dengan profesional pembinaan. Ia mempunyai edisi khusus Di UK, India, China dan Asia Tenggara.

  • Tentang UBM plc

UBM plc ialah syarikat media perniagaan global yang meneraju. Kami memaklumkan pasaran dan mengumpulkan para pembeli dan penjual dunia dalam acara, dalam talian, dalam cetakan dan menyediakan mereka dengan maklumat yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan yang berjaya. Kami fokus untuk berkhidmat kepada komuniti komersil profesional, daripada doktor hinggalah pembangun permainan, daripada wartawan hinggalah pedagang barangan kemas, daripada petani hinggalah ahli farmasi seluruh dunia. Kakitangan kami yang seramai 6,000 orang di lebih 30 buah negara dibentuk menjadi pasukan pakar yang berkhidmat untuk komuniti ini, yang membantu mereka menjalankan perniagaan dan pasaran mereka dengan berkesan dan cekap. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.ubm.com

  • Tentang UBM Built Environment

UBM Built Environment ialah peneraju penyedia maklumat B2B UK yang berkhidmat kepada komuniti pembinaan, aspek dalaman dan hartanah komersil. Jenama penerajunya termasuklah Barbour ABI, Building, Building Design, BSEC, Decorex International, Ecobuild INTERIORS UK, Property Week, The Sleep Event dan KBB. Dengan pasukan yang terdiri daripada lebih 300 orang berpusat di London, Ascot, Chester dan Abu Dhabi -- ditambah dengan sambungan pada operasi UBM dari Sao Paulo hingga ke Shanghai - UBM Built Environment mempunyai rekod prestasi terbukti bagi memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk pelanggan, dengan diterajui pemimpin dan editor komersil yang memenangi anugerah.

Sumber: Ecobuild Asia Tenggara

Source: Ecobuild Southeast Asia
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Trade show news