omniture

UST Ditauliahkan sebagai 'Great Place to Work' di Malaysia

UST
2021-11-09 22:36 69

~Pentauliahan ini mengiktiraf penumpuan UST dalam menyampaikan pengalaman pekerja yang cemerlang~ 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 November 2021 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah ditauliahkan sebagai Great Place to Work (Syarikat Hebat untuk Bekerja) di Malaysia bagi tahun 2021-2022. Pengiktirafan berprestij ini hanya berdasarkan maklum balas daripada pekerja, pengalaman mereka bekerja di UST dan perjalanan keseluruhan kerjaya mereka dengan syarikat tersebut. Sebahagian besar kakitangan UST telah menilai kedudukan UST dan kepemimpinannya lebih tinggi daripada purata yang diperolehi syarikat-syarikat lain yang berpangkalan di Malaysia. Pentauliahan GPTW telah dijalankan melalui Tinjauan Trust Index© dan penilaian budaya dalam kalangan para pekerja oleh Great Place to Work® (GPTW).

Great Place to Work ialah entiti global bagi membangunkan, menyokong dan mengenal pasti budaya berkepercayaan tinggi dan berprestasi tinggi di tempat kerja. Sejak penubuhannya pada tahun 1992, ia telah menjalankan jutaan tinjauan terhadap para pekerja di seluruh dunia dan mengenal pasti ciri-ciri tempat kerja yang luar biasa. Tahun demi tahun, kira-kira 10,000 buah organisasi mendaftar untuk mendapat tauliah sebagai Great Place to Work.

Pentauliahan ini merupakan sesuatu yang istimewa kerana UST Malaysia merupakan majikan ketiga di Malaysia yang diperakui oleh GPTW. Kakitangan UST memuji pasukan kepemimpinan UST atas kemahiran pengurusan pekerja, penggalakan DEI dan sokongan mereka terhadap inovasi. Para pekerja juga memuji persekitaran kerja yang selamat dan sihat, perasaan bangga mereka kerana bekerja dengan syarikat ini, penghormatan yang ditunjukkan oleh pasukan kepemimpinan serta peluang besar yang menyokong pembangunan peribadi dan profesional.

"Kami komited untuk membangunkan persekitaran yang holistik bagi para pekerja kami, yang inklusif dan didorong dengan peluang-peluang pertumbuhan," kata Michael Adamson, Naib Presiden Kanan – Operasi Sumber Manusia Global, UST. "Diiktiraf sebagai 'Great Place to Work' merupakan suatu penghormatan besar dan pengesahan sebenar terhadap usaha yang telah ditunjukkan oleh setiap kakitangan di UST. Kami teruja kerana UST diiktiraf sebagai 'Great Place to Work' di pelbagai negara yang kami beroperasi. Pengiktirafan ini menjadi bukti terhadap komitmen UST untuk membangunkan tenaga kerja yang ramai, yang menarik dan mengekalkan bakat terbaik sambil kami memberikan hasil perniagaan yang cemerlang kepada para pelanggan global kami."

"Mendapat pentauliahan daripada GPTW merupakan suatu penghormatan serta pengesahan terhadap budaya kerja kami yang bersemangat dan berprestasi tinggi, malah kami teruja kerana ini merupakan nilai tambah kepada para pekerja kami yang bekerja di Malaysia," kata Amar Chhajer, Ketua Negara bagi UST Malaysia merangkap Pengarah Kanan APAC, UST. "UST merupakan tempat yang hebat untuk bekerja kerana komitmen kami terhadap kesungguhan, integriti, kepemimpinan dan peningkatan berterusan ke arah membina tenaga kerja yang berdaya tahan. Setiap kakitangan yang bekerja di UST mengamalkan nilai panduan kami pada setiap hari walaupun melalui saat yang mencabar ini. Kami amat berbangga dengan ahli pasukan kami yang bijak dan kreatif, malah kami teruja kerana kami dinilai sebagai antara tempat kerja teknologi terbaik di negara ini," tambah beliau.

Walaupun berjuang dengan masa yang sukar ini, UST telah menunjukkan amalan bakat terbaik dan meneruskan budayanya yang memenangi anugerah dengan pentauliahan terbaharu ini di Malaysia. Pada tahun 2021, UST telah diperakui oleh Great Place to Work® di A.S., UK, India dan Mexico. UST turut dinobatkan sebagai Majikan Terbaik 2021 di Lapan Buah Negara - AS, United Kingdom, India, Mexico, Sepanyol, Filipina Singapura dan Malaysia oleh Top Employers Institute (TEI), sebuah lagi pihak berkuasa global yang mengiktiraf kecemerlangan dalam amalan kakitangan di tempat kerja.

Syarikat ini, baru-baru ini telah mengumumkan rancangan pengambilan pekerjanya secara besar-besaran kepada lebih 10,000 orang pekerja di seluruh dunia, termasuk Malaysia, untuk menyokong permintaan perniagaan globalnya, mempercepat transformasi digital syarikat dan meningkatkan ekonomi digital.

Bermula pada tahun 2010 di Malaysia, UST mempunyai dua buah pusat penghantaran kejuruteraan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dengan lebih 1,000 orang pekerja. Pada tahun lepas, UST turut mengumumkan pelancaran Infinity Labs syarikat ini yang pertama di Asia Tenggara yang bermatlamat untuk mendorong inovasi kepada pelanggan mereka di rantau ini. UST dan OutSystems baru-baru ini mengumumkan para pemenang cabaran pembelajaran digital untuk para pelajar di Malaysia dengan menganugerahkan tawaran pekerjaan bersyarat daripada UST. Syarikat ini komited untuk menyokong ekosistem inovasi yang semakin meningkat di Asia Tenggara dan berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan. Penampilan UST yang semakin berkembang di Malaysia memperkukuh komitmennya kepada negara ini, dengan perancangan untuk memanfaatkan dan menyediakan peluang kepada bakat tempatan Malaysia yang berminat dalam membangunkan kemahiran digital yang penting untuk ekonomi masa hadapan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pentauliahan UST, sila layari GPTW.

Untuk maklumat lanjut tentang kerjaya di UST, sila layari https://www.ust.com/careers atau Pekerjaan di halaman LinkedIn UST.

Tentang UST 

Selama lebih 20 tahun, UST telah bekerjasama dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia untuk memberi impak yang sebenar melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh para pekerja dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga kepada operasi. Melalui pendekatan yang tangkas, kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah yang mampu dibuktikan di masa depan, kami meletakkan inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 26,000 orang pekerja di 25 buah negara, kami memberikan kesan tanpa sempadan—melibatkan berbilion-bilion nyawa dalam proses ini. Sila layari kami di ust.com.

Hubungan Media, UST: 
Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857

Neha Misri
+91-9972631264
media.relations@ust.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600

Source: UST
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research