omniture

Oracle Mengesahkan Komitmen kepada Singapura dengan Pembukaan Rantau Awan Oracle

Oracle
2021-11-10 03:54 41

Melabur sebanyak USD3 juta untuk membantu syarikat pemula mempercepat inisiatif digital dan menawarkan latihan dan pensijilan awan percuma untuk mengembangkan kumpulan bakat IT Singapura

SINGAPURA, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- Oracle hari ini mengumumkan pembukaan Rantau Awan Oracle Singapura. Rantau baharu Singapura ini akan menyokong permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan perusahaan di Asia Tenggara dan meluaskan jangkauan Oracle kepada 33 rantau awan di seluruh dunia; memacu pemulihan ekonomi rantau ini dan menyumbang kepada ekonomi digitalnya.

Infrastruktur awan akan menyokong inisiatif inovasi dan digital Singapura. Untuk mempercepat proses ini, Oracle menawarkan 100 pemula dengan USD30,000 setiap satu dalam kredit Awan Oracle untuk tempoh dua tahun akan datang. Oracle juga menyediakan latihan dan pensijilan Infrastruktur Awan Oracle (OCI) secara percuma hingga 31 Mac 2022. Latihan percuma tersebut akan membantu mengembangkan kumpulan bakat IT Singapura dan memudahkan perniagaan memperoleh atau membangunkan para profesional mahir yang diperlukan untuk berkembang dan berinovasi dengan pantas.

"Kami mengalu-alukan langkah Oracle untuk mempercepat syarikat pemula di Singapura. Inisiatif ini menunjukkan keyakinan yang dimiliki oleh komuniti perniagaan antarabangsa di Singapura, sebagai tempat perniagaan yang mantap yang boleh bekerjasama dengan komuniti usahawan yang bertenaga untuk mengubah, berinovasi dan berkembang," kata Cik Jacqueline Poh, Pengarah Urusan, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura.

"Para pelanggan bertukar kepada Oracle kerana OCI yang berprestasi tinggi, dengan keselamatan terbina dalam dan kosnya yang rendah. Kami telah menyaksikan pertumbuhan tiga angka dalam perniagaan tahun lepas dan mahu membantu pelanggan berinovasi dan memodenkan, sambil membantu mereka menangani keperluan pemastautin data dalam negara," kata Garrett Ilg, Presiden, Asia Pasifik dan Jepun, Oracle. "Dengan pembukaan rantau awan baharu dan inisiatif untuk menyokong inovasi dan pertumbuhan tempatan, kami mengesahkan komitmen kami terhadap Singapura dan seluruh rantau ini. Ketersediaan OCI akan membantu meningkatkan kepantasan inovasi, memperkasakan syarikat pemula dan meningkatkan kemahiran rakyat Singapura."

OCI membantu pelanggan mengalihkan beban kerja dan platform data penting mereka yang sedia ada kepada awan dan membina aplikasi natif awan baharu serta mendapat manfaat daripada prestasi yang unggul, kos yang lebih rendah dan keupayaan keselamatan terbina dalam. Para pelanggan juga akan mempunyai akses kepada rangkaian lengkap aplikasi awan Oracle serta Pangkalan Data Autonomi Oracle, memberi mereka peluang dan pilihan untuk mencipta seni bina yang paling sesuai dengan keperluan perniagaan mereka.

Memenuhi Permintaan untuk Hibrid dan Berbilang Awan

Dr. Glen Duncan, Pengarah Penyelidikan Bersekutu – Datacenter, IDC: "Permintaan perusahaan untuk perkhidmatan awan awam akan berterusan di Singapura dan di seluruh ASEAN. Seni bina pusat data dominan telah menjadi persekitaran berbilang awan hibrid yang diperluas daripada teras kepada pinggir. Perusahaan kini menuntut perkhidmatan awan daripada rakan kongsi global/serantau/tempatan mereka yang lestari, selamat dan berprestasi tinggi menggunakan kecerdasan, dasar dan automasi berasaskan mesin. Data dan perkhidmatan juga hendaklah boleh diurus sepenuhnya dan telus untuk menyokong pematuhan dengan undang-undang berdaulat dan privasi kerajaan negara yang semakin ketat."

Beban kerja yang kompleks memerlukan pelbagai pilihan penggunaan hibrid dan berbilang awan. Strategi Oracle adalah untuk bertemu pelanggan di mana-mana sahaja mereka berada, membolehkan pelanggan menyimpan data dan perkhidmatan yang mereka perlukan. Pelanggan boleh menggunakan Oracle Cloud sepenuhnya dalam pusat data mereka sendiri dengan Wilayah Terpilih dan Exadata Cloud@Customer yang menempatkan perkhidmatan awan dari jarak jauh di pinggir dengan Roving Edge Infrastructure atau merentasi persekitaran berbilang awan antara OCI dan Microsoft Azure melalui perkongsian strategik. Gabungan ini memberikan pengguna kerajaan dan perusahaan satu set pilihan yang luas tetapi konsisten untuk menangani semua keperluan beban kerja.

Rantau Singapura akan memanfaatkan pelanggan di seluruh rantau ASEAN dengan akses kepada rangkaian rakan kongsi yang luas yang membolehkan sambungan terus dan peribadi melalui OCI FastConnect.

Ketersediaan Tinggi, Perlindungan Bencana

Seni bina generasi OCI yang seterusnya akan menyediakan asas berprestasi tinggi dan berdaya tahan untuk perkhidmatan awan, manakala reka bentuk rangkaian fizikal dan maya akan memaksimumkan prestasi dan keselamatan. Sebagai contoh, setiap rantau awan Oracle mengandungi sekurang-kurangnya tiga domain kesalahan yang mengumpulkan perkakasan yang membentuk pusat data logik untuk ketersediaan dan ketahanan yang tinggi terhadap kegagalan perkakasan dan rangkaian.

Kelestarian 

Oracle komited terhadap kelestarian dan telah berikrar untuk memperkasakan semua Rantau Awan Oracle di seluruh dunia dengan sebanyak 100 peratus tenaga boleh baharu menjelang tahun 2025. Semua Rantau Awan Oracle menggunakan pengurusan tenaga dan teknologi penyejukan terkini untuk meminimumkan kesannya terhadap alam sekitar. Sebagai sebahagian daripada inisiatif Awan bersih tenaga boleh baharu, Oracle mengguna semula atau mengitar semula 99.6 peratus perkakasan yang telah usang dalam TKY'21 sambil mematuhi sepenuhnya amalan privasi dan keselamatan data Oracle.

Jejak Oracle Cloud Sedang Berkembang Secara Global

Sebagai sebahagian daripada pengembangan jejak rantau awan Oracle yang dirancang untuk menyokong permintaan pelanggan yang tinggi terhadap perkhidmatan Awan Oracle di seluruh dunia, sepanjang tahun akan datang, Oracle akan membuka rantau awan tambahan dengan lokasi-lokasi baharu di seluruh Eropah, Timur Tengah, Asia Pasifik dan Amerika Latin.

Rantau awan yang akan datang termasuk Milan (Itali), Stockholm (Sweden), Sepanyol, Johannesburg (Afrika Selatan), Mexico dan Colombia. Rantau kedua akan dibuka di Arab Saudi, Perancis, Israel dan Chile. Oracle merancang untuk mempunyai sekurang-kurangnya 44 rantau awan menjelang akhir tahun 2022, meneruskan salah satu pengembangan terpantas bagi mana-mana penyedia awan utama.

Untuk mendapatkan siaran lengkap, sila klik di sini.

Tentang Oracle
Oracle menawarkan satu rangkaian aplikasi bersepadu serta infrastruktur autonomi yang selamat melalui Awan Oracle. Untuk maklumat lanjut tentang Oracle (NYSE: ORCL), sila lawati kami di https://www.oracle.com.

Sila dapatkan video korporat, logo dan aset jenama lain Oracle dalam Hab Kandungan Media kami: https://www.oracle.com/news/tools-resources.html.

Tanda Dagangan
Oracle, Java dan MySQL ialah tanda dagangan berdaftar Oracle Corporation.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/467598/Oracle_Logo.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Oracle
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Corporate Expansion