omniture

G&W Electric Mengumumkan Pemutus Litar Teros™ Serba Baharu untuk Pengasingan Kerosakan Berarus Tinggi

G&W Electric
2021-11-10 04:47 37

Penyelesaian pintar serba baharu ini meningkatkan kebolehpercayaan, ketahanan, mengurangkan risiko gangguan grid dan boleh disepadukan dengan mudah ke dalam grid elektrik sedia ada

BOLINGBROOK, Illinois, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- G&W Electric, sebuah syarikat pembekal peralatan kuasa elektrik global sejak tahun 1905, hari ini mengumumkan pelancaran Pemutus Litar Teros™ miliknya yang tersedia untuk pasaran di luar A.S. dan Kanada. Mampu berfungsi dengan pelbagai konfigurasi dalam mana-mana aplikasi, pemutus litar Teros yang baharu ini direka untuk meningkatkan kebolehpercayaan sistem dan ketahanan grid. Pemutus litar baharu ini menyediakan perlindungan arus berlebihan disebabkan kerosakan sementara pada talian pengedaran atas dan mengurangkan gangguan sistem jangka panjang.

"Kebolehpercayaan grid memberi kesan kepada semua orang—di seluruh dunia—daripada isi rumah yang biasa hinggalah keseluruhan kilang dan sistem telekomunikasi. Kesannya bukan sahaja menyusahkan, tetapi mempengaruhi ekonomi," kata John Mueller, Pengerusi merangkap Pemilik G&W Electric. "Untuk mengurangkan gangguan dan menguruskan perkhidmatan elektrik yang boleh dipercayai dengan lebih baik, penambahbaikan yang dibuat dalam teknologi pemutus litar adalah penting untuk memastikan pengurangan gangguan kuasa yang meluas. Hari ini, pemutus litar merupakan sesuatu yang perlu ada bagi kebolehpercayaan grid syarikat utiliti."

Pemutus litar Teros baharu ini menawarkan pelbagai manfaat dan sesuai dengan kebanyakan konfigurasi walaupun terdapat pelbagai perbezaan keperluan yang besar antara sesebuah negara dengan negara yang lain. Tidak memerlukan minyak atau SF6, Pemutus Litar Teros ini menghapuskan keperluan untuk penyelenggaraan rutin dan meningkatkan keselamatan kakitangan. Dengan dielektrik yang kukuh dan dikawal secara elektronik, Teros telah diuji di lapangan untuk pertukaran beban dan perlindungan arus berlebihan yang boleh dipercayai. Sama ada ingin meningkatkan atau menambah keupayaan dan sistem grid, Teros menawarkan reka bentuk kemudahan yang sedia digunakan untuk tapak bagi sistem elektrik baharu dan sedia ada.

"Dengan populasi yang semakin meningkat dan permintaan yang lebih tinggi terhadap kuasa yang boleh dipercayai berserta pembinaan baharu, pergantungan pada teknologi dan kesan perubahan iklim, syarikat utiliti berusaha keras untuk menjimatkan perbelanjaan dan kesulitan yang dihadapi para pengguna akibat gangguan yang kerap," tambah Mueller. "Pemutus litar telah menjadi penyelesaian pasaran global kepada pengembangan dan pemodenan rangkaian pengedaran untuk kuasa yang boleh dipercayai yang dipertingkatkan."

Sistem Teros direka untuk mengurangkan jumlah, kekerapan dan tempoh gangguan pada sistem atas, termasuk talian pengedaran utama, litar cawangan pengedaran dan substesen. Reka bentuk Teros yang sedia digunakan di tapak, ringan dan padat ini menyediakan semua pendakap, penggalak dan pengubah voltan yang diperlukan bagi pemasangan yang mudah. Selain itu, pemutus litar baharu ini sedia untuk automasi grid kuasa yang memudahkan keperluan terhadap automasi masa depan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cabaran ketahanan grid yang dihadapi di seluruh dunia, sila muat turun kertas putih terkini G&W Electric bertajuk "Reclosers: Safeguarding Electrical Grid Reliability, reducing system outages and increasing reliability by providing quality overcurrent protection on overhead lines" (Pemutus Litar: Melindungi Kebolehpercayaan Grid Elektrik, mengurangkan gangguan sistem dan meningkatkan kebolehpercayaan dengan menyediakan perlindungan arus berlebihan yang berkualiti pada talian atas).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pemutus Litar Sistem Teros, sila layari www.gwelectric.com/teros.

Tentang G&W Electric

Sejak tahun 1905, G&W Electric telah membantu memperkasakan dunia dengan penyelesaian dan produk grid kuasa yang inovatif. Bermula dengan pengenalan peranti pemutus kabel yang boleh disambung semula yang pertama pada awal tahun 1900an, G&W Electric mula membina reputasi untuk penyelesaian yang direkayasa secara inovatif bagi memenuhi keperluan pereka sistem. Dengan komitmen yang berterusan terhadap kepuasan pelanggan, G&W Electric mempunyai reputasi di seluruh dunia untuk produk berkualiti dan perkhidmatan yang unggul. Untuk maklumat lanjut tentang G&W Electric, sila layari laman web baharu syarikat ini di www.gwelectric.com. Ikuti G&W Electric di Twitter @GW_Electric dan di LinkedIn.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1600848/GW_Electric_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: G&W Electric
Keywords: Electrical Utilities Utilities New products/services