omniture

LEGOLAND® California Resort Dan Ferrari Umum Tayangan Perdana Dunia Tentang Tarikan Interaktif Baharu Yang Dibina Berdasarkan Kreativiti Kanak-Kanak!

LEGOLAND California
2021-11-10 06:45 26

Build and Race yang Membolehkan Kanak-Kanak Membina, Menguji dan Berlumba, akan Dibuka pada Musim Bunga 2022!

CARLSBAD, California, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- LEGOLAND® Parks, peneraju global dalam hiburan keluarga dan Ferrari iaitu jenama kereta sport mewah yang paling terkenal di dunia, mengumumkan bahawa tarikan interaktif "Build and Race" (Bina dan Lumba) LEGO® Ferrari yang pertama di dunia akan tiba di LEGOLAND® California Resort pada musim bunga 2022. Menampilkan model Ferrari F40 bersaiz sebenar yang dibangunkan oleh LEGO® Group, Build and Race meletakkan para tetamu di tempat duduk pemandu sambil mereka meneruskan perjalanan ke "garaj" dan ke "litar lumba" dengan menggunakan kreativiti dan imaginasi mereka untuk membina, menguji dan berlumba dengan Ferrari LEGO mereka sendiri.

 

"Ferrari terkenal dengan pembuatan kereta yang unik dari segi prestasi, inovasi dan reka bentuk, menetapkan piawaian untuk kemewahan dan kecemerlangan dalam dunia automotif. Kami mempunyai jutaan para tetamu muda yang boleh mendapat ilham daripada perkara ini bagi mencipta kereta unik mereka sendiri dalam kemudahan ujian dan perlumbaan yang unik ini," kata Presiden LEGOLAND California Resort, Kurt Stocks.

"Kami teruja untuk membina hubungan sedia ada kami dengan LEGO Group melalui penggabungan jenama kami yang terkemuka dalam tarikan hiburan terbaharu ini.  Pengalaman Build and Race ini direka bentuk untuk menarik kedua-dua golongan peminat Ferrari dan LEGO pada semua peringkat usia yang selaras dengan strategi Ferrari untuk menjangkau para peminatnya yang lebih muda," kata Pengarah Hiburan Berasaskan Lokasi & E-Sukan Ferrari, Annabel Rochfort.

Build and Race menampilkan tiga zon yang direka untuk menjadi interaktif dan memberi inspirasi.  Petugas pit LEGO akan menyambut para tetamu apabila mereka memasuki tarikan tersebut, berkongsi fakta menyeronokkan tentang Ferrari, sejarah perlumbaan dan mempamerkan anugerah dan peralatan perlumbaan LEGO yang bertema. Ketika di dalam garaj, tetamu berpeluang untuk duduk dalam model Ferrari F40 bersaiz sebenar yang dibina oleh LEGO Group serta mengambil gambar mereka. Perjalanan diteruskan dengan para tetamu yang berpeluang memanfaatkan kreativiti mereka dan membina kereta Ferrari LEGO mereka sendiri untuk berlumba di salah sebuah daripada tiga buah litar lumba yang merangkumi zon ujian, trek ujian stereng dan trek ujian kelajuan. Setiap trek menawarkan halangan, cabaran dan peluang yang berbeza untuk mencipta masa terpantas. Zon binaan DUPLO® menawarkan peluang kepada tetamu yang lebih muda untuk mendorong imaginasi serta mereka bentuk ciptaan mereka sendiri daripada bata yang lebih besar! Patung mini mekanik dan petugas LEGO akan mendorong dalam inspirasi pembinaan sepanjang pengalaman ini.

Akhir sekali, apabila para tetamu telah menghasilkan kenderaan mereka sendiri, berlumba dengannya melalui halangan dan mendengar deruman enjin, mereka akan dapat mencipta sendiri kereta perlumbaan digital Ferrari. Para tetamu boleh mengimbas kenderaan mereka secara digital dan menambahbaik lagi Ferrari mereka dengan patung mini pemandu kereta lumba mereka. Setelah selesai, kereta tersebut akan ditayangkan secara digital pada litar lumba LEGO berdasarkan Pista di Fiorano (litar lumba persendirian yang dimiliki oleh Ferrari khas untuk tujuan pembangunan dan ujian) dan para tetamu boleh bersaing dengan kereta lain secara digital untuk pusingan perlumbaan yang terpantas!

Build and Race akan dimasukkan dalam bayaran masuk ke LEGOLAND California Resort. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.LEGOLAND.com/California.

The world’s first LEGO® Ferrari “Build and Race” interactive attraction is coming to LEGOLAND® California Resort in spring of 2022.
The world’s first LEGO® Ferrari “Build and Race” interactive attraction is coming to LEGOLAND® California Resort in spring of 2022.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1682400/LEGOLAND_California_Ferrari__v13a.mp4 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1682401/LEGOLAND_California_Landscape.jpg?p=medium600

Source: LEGOLAND California
Related Links:
Keywords: Auto Entertainment Hotels and Resorts Transportation Travel Broadcast feed announcements Children-related news New products/services