omniture

Hypefast Muncul daripada Mod Sembunyi sebagai Kumpulan Jenama-jenama Natif E-Dagang Terbesar di Asia Tenggara

Dengan lebih 25 jenama dalam portfolionya dan mencapai keuntungan penuh
Hypefast
2021-11-10 07:25 100

JAKARTA, Indonesia, 10 November 2021  /PRNewswire/ -- Hypefast, kumpulan jenama-jenama natif e-dagang terbesar Asia Tenggara (SEA), hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengembangkan portfolionya kepada lebih daripada 25 jenama dan telah mencapai keuntungan penuh.

Hypefast Muncul daripada Mod Sembunyi sebagai Kumpulan Jenama-jenama Natif E-Dagang Terbesar di Asia Tenggara
Hypefast Muncul daripada Mod Sembunyi sebagai Kumpulan Jenama-jenama Natif E-Dagang Terbesar di Asia Tenggara

Hypefast bekerjasama dengan jenama-jenama natif e-dagang yang berpangkalan di SEA yang terunggul dan meluaskan jenama-jenama ini dengan pesat dengan memberi sokongan modal, pasukan runcit terbaik dalam kelas serta ekosistem dan infrastruktur runcit terpusat. Syarikat ini memperoleh jenama-jenama dan dalam masa yang sama mengekalkan pengasas-pengasas jenama asal untuk mengekalkan kerelevanan yang mantap dengan pelanggan tempatan. Salah satu pemerolehan terbaharu ialah jenama bayi & kanak-kanak dari Indonesia yang telah berkembang daripada $3 juta kepada hampir $8 juta pendapatan dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Dilancarkan pada Januari 2020, Hypefast mempelopori model perniagaan kumpulan jenama-jenama e-dagang di Asia Tenggara. Wawasan untuk memulakan Hypefast datangnya daripada proksimiti pasukan pengasas ini dengan jenama-jenama e-dagang tempatan dan pergelutan yang dihadapi oleh jenama-jenama ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Achmad Alkatiri, dahulunya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Indonesia di Lazada dan sebelum itu di Shopee Indonesia.

"Terdapat sangat sedikit alasan yang menghalang jenama-jenama SEA berkembang menjadi USD EBITDA yang bernilai berjuta-juta. Jenama-jenama ini telahpun mendapat akses kepada pengeluar yang cekap kos dan pasaran yang besar dengan penembusan e-dagang yang mantap. Paling penting, pengasas-pengasas tempatan ini memahami keperluan dan keinginan komuniti pengguna tempatan jauh lebih baik daripada pesaing-pesaing antarabangsa dari segi gaya, saiz, kesesuaian, estetika dan titik harga," kata Achmad Alkatiri, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hypefast.

Alkatiri menyambung, "Saya memulakan Hypefast selepas menghabiskan masa lebih daripada enam tahun bekerjasama erat dengan pengasas-pengasas jenama tempatan dan melihat susah payah mereka dalam menilai bakat yang tepat, modal, skala dan kecekapan operasi - kesemuanya saling berkaitan antara satu sama lain. Hypefast teruja untuk memperluas ekosistem jenama-jenama e-dagang tempatan di Asia Tenggara bersama-sama pengasas-pengasas jenama tempatan hebat yang menjadi rakan kongsi kami."

Tidak seperti strategi 'peroleh pantas dan peroleh banyak' yang dilaksanakan oleh pengagregat jenama dalam pasaran-pasaran lain, Hypefast memberi tumpuan khusus terhadap kualiti dan bukannya kuantiti. Hypefast melakukan lebih banyak usaha yang signifikan selepas pemerolehan, bagi menyampaikan pertumbuhan melalui pasukan runcit hujung ke hujungnya, teknologi, proses yang cekap, tinjauan pasaran, ekonomi skala serta pengoptimuman operasi bahagian belakang yang terpusat.

Setakat ini, Hypefast telah memperoleh lebih daripada $22 juta ekuiti dan modal hutang daripada pelabur-pelabur SEA dan global terunggul untuk membawa syarikat ini selangkah lebih hampir dengan visi keseluruhannya. Pelabur-pelabur hari ini terdiri daripada Monk's Hill Ventures, Jungle Ventures dan Strive.

"Hypefast berada di barisan hadapan eCommerce 2.0 di Asia Tenggara - satu peralihan ke arah pembelian bertumpukan jenama dan penjual. Pengguna digital yang semakin sofistikated di Asia Tenggara mengambil berat tentang siapakah yang menjual dan siapa lagi yang membeli.  Hypefast membangunkan platform digital terulung yang akan memperkasa pemilik dan usahawan jenama baru muncul di Asia Tenggara untuk meningkatkan dengan pesat perniagaan mereka." Kuo-Yi Lim, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan di Monk's Hill Ventures.

Yash Sankrityayan, Prinsipal di Jungle Ventures berkata, "Jungle berbangga dapat melabur dalam Hypefast beberapa kali sejak menerajui pusingan benih mereka pada awal tahun 2020. Keterujaan kami terus meningkat ekoran pasukan pengasas berpacu-misi Hypefast memfokuskan secara mendalam untuk mencipta kumpulan jenama-jenama yang besar dengan kerjasama begitu banyak pengasas jenama tempatan yang hebat dan kreatif. Lantaran matlamat yang diselaraskan inilah kami percaya bahawa pengurusan Hypefast telahpun dapat bekerjasama dengan pesat bersama lebih daripada 25 jenama."

Ketika ini, Hypefast mempunyai lebih daripada 200 ahli pasukan di seluruh Indonesia, Singapura, Malaysia dan Thailand untuk menyokong perniagaan ini dengan mendorong pertumbuhan jenama merentas saluran dan juga pasaran.

Latar Belakang Hypefast

Hypefast ialah pelopor dan kumpulan terbesar bagi jenama-jenama natif e-dagang di Asia Tenggara.  Hypefast bekerjasama dengan jenama-jenama natif e-dagang utama yang berpangkalan di Asia Tenggara dan memberikan skala hiper kepada jenama-jenama dengan membawakan sokongan modal, pasukan runcit terbaik dalam kelasnya, dan ekosistem dan infrastruktur runcit berpusat. Hypefast ditubuhkan oleh Achmad Alkatiri yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Lazada Indonesia dan kini mempunyai lebih 200 ahli pasukan di seluruh Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.hypefast.id/

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
media@hypefast.id / vinda@hypefast.id

Vinda Karuna
+6285669066663
Pengurus Perhubungan Awam, Hypefast

 

 

Source: Hypefast
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Corporate Expansion Venture Capital Financial Technology