omniture

SMIT Menjadi Peneraju bagi CI Plus 2.0 CAM

SMiT
2021-11-10 07:45 136

HONG KONG, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- SMIT Holdings Limited ("SMIT", kod saham HKEX: 02239), pembekal global yang terkemuka bagi peranti CAM (Modul Akses Bersyarat), mengumumkan bahawa platform CAMnya berjaya lulus Pensijilan CI Plus 2.0 CAM.

SMIT CI Plus 2.0 CAM
SMIT CI Plus 2.0 CAM

Berdasarkan kepada SoC yang direka sendiri, SMIT melaksanakan teknologi CAS yang terjamin dan canggih serta teknologi CI Plus yang terkini pada faktor bentuk USB sebagai generasi baharu CAM untuk pengendali Pay-TV. Faktor bentuk USB merupakan perubahan paling ketara untuk CI Plus 2.0. Lantaran antara muka sejagat yang terkenal ini, pelanggan sudah biasa dengan pemasangannya yang mudah. Memandangkan ia biasanya dilengkapi di televisyen, penyesuaian perkakasan televisyen untuk slot CI tidak lagi diperlukan di sesetengah kawasan dan CI Plus 2.0 dapat menyediakan produk dengan integrasi pantas, terjamin dan berkesan kos bagi menyampaikan perkhidmatan yang bernilai daripada pengendali kepada pelanggan tanpa STB. CI Plus 2.0 CAM tidak lagi kelihatan seperti kad PCMCIA dan membawakan penyesuaian perumah yang lebih fleksibel bagi memenuhi keperluan OEM Pengendali.

Produk CAM mempunyai kelebihannya yang tersendiri untuk pasaran Pay TV berbanding dengan STB seperti lebih bersepadu dengan televisyen, kurang kabel, kurang kawalan jarak jauh, penampilan kecil untuk logistik, penjimatan tenaga dan sebagainya. Tambahan pula, apabila digabungkan dengan teknologi HbbTV, ia memungkinkannya untuk menyediakan perkhidmatan hibrid dan UI seperti STB dan pengalaman pengguna.

"Kami amat berbangga dengan adanya CI Plus 2.0 CAM pertama yang tersedia di rak pengendali. Ia akhirnya melangkah ke era baharu untuk produk CAM, bersama-sama TV pintar terhubung," ulas Brenda Bai, Naib Presiden S&M daripada SMIT, "Kami bersedia untuk menyampaikan produk kompak, canggih, terjamin dan menarik ini ke pasaran mulai saat ini."

Source: SMiT
Related Stocks:
HongKong:02239 HongKong:2239
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Telecommunications Telecommunications Equipment