omniture

Peruncit dan Pengeluar Barangan Pengguna Terkemuka Melancarkan Tindakan Mengubah Landskap Pengeluaran kepada 'Positif Hutan' menjelang 2030

The Consumer Goods Forum
2021-11-10 23:40 73

Gabungan Tindakan Positif Hutan bersepakat mencapai hasrat penglibatan landskap untuk membantu menghentikan penebangan hutan dan memajukan strategi positif hutan

- Gabungan Tindakan Positif Hutan bagi Forum Barangan Pengguna melancarkan fasa pertama dalam strategi untuk mengubah kawasan yang setara dengan saiz jejak asas pengeluaran yang digabungkan bagi Gabungan kepada positif hutan menjelang 2030

- Gabungan serta 20 ahlinya komited untuk melabur dalam inisiatif peringkat tempatan memacu hasil 'positif alam semula jadi, iklim positif dan masyarakat positif'

PARIS dan GLASGOW, Scotland, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- Forum Barangan Pengguna (CGF) Gabungan Tindakan Positif Hutan melancarkan strategi bercita-cita tinggi pada hari ini untuk mendorong transformasi perubahan posistif hutan di wilayah tempat komoditi utama Gabungan dihasilkan dan disumberkan menjelang 2030. Penglibatan dalam landskap ini merupakan elemen utama Teori Perubahan Gabungan, melengkapkan tumpuannya pada pengurusan rantaian bekalan mampan dan pembangunan perniagaan positif hutan di seluruh rantaian nilai global. Dengan bekerjasama dengan pihak berkepentingan tempatan, organisasi dan kerajaan untuk menyokong inisiatif ini, Gabungan berusaha untuk menggunakan pengaruhnya sebagai 20 peruncit dan pengilang terkemuka dunia untuk memangkin perubahan yang lebih meluas dalam rantaian bekalan komoditi, landskap pengeluaran dan bidang kuasa di seluruh dunia.

Dengan memanfaatkan pengaruh ini, ahli Gabungan berusaha untuk mengubah kawasan secara kolektif yang setara dengan saiz jejak asas pengeluaran yang digabungkan bagi Gabungan menjelang 2030. Setiap ahli Gabungan komited untuk melabur dalam inisiatif peringkat tempatan memacu pemuliharaan hutan, pemulihan ekosistem dan keterangkuman komuniti dalam pengeluaran empat komoditi utama Gabungan: minyak sawit, soya, kertas, pulpa dan pembungkusan berasaskan serat, dan daging lembu.

Strategi ini akan bermula dengan "Fasa Pembelajaran" hingga 2023 dengan semua ahli Gabungan melabur dalam sekurang-kurangnya satu program yang dipilih daripada Portfolio Inisiatif Landskap Gabungan iaitu "Belajar Melalui Tindakan" setiap tahun. Pada masa ini portfolio ini mengandungi 20 program yang memacu hasil positif hutan di enam negara: Mexico, Brazil, Chile, Rusia, Indonesia dan Malaysia. Inisiatif ini dipilih berdasarkan Prinsip Tindakan Kolektif Gabungan yang boleh didapati di di sini.

Gabungan menggunakan jejak asas pengeluarannya — anggaran neutral untuk mewakili kesan dan manfaat Gabungan dalam pengeluaran komoditi — untuk menentukan saiz hasratnya. Pada masa ini Gabungan membuat pengiraan saiz jejaknya di seluruh komoditi tumpuannya dengan kerjasama 3Keel dan dengan panduan pakar organisasi seperti Dana Hidupan Liar Dunia, inisiatif Rangka Kerja Kebertanggungjawapan dan Pemuliharaan Alam Sekitar. Setelah Pengiraan dan metodologi ini selesai, ia akan dikeluarkan dan dijangka dikemas kini secara berkala.

Hasrat Landskap ini adalah hasil kerja ahli Gabungan Positif Hutan CGF yang berdedikasi diketuai oleh pengilang PepsiCo dan peruncit Tesco dengan sokongan Penaja bersama Peringkat Lembaga CGF Gabungan, Alexandre Bompard, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi, Carrefour, dan Grant F. Reid, Ketua Pegawai Eksekutif, Mars, Incorporated. Gabungan itu disokong oleh Perikatan Hutan Tropika dan Proforest sebagai rakan kongsi strategik dan teknikal.

Pelancaran strategi landskap Gabungan dilaksanakan selepas Jim Andrew, Ketua Pegawai Kelestarian PepsiCo, berkongsi butiran tentang hasrat Gabungan semasa Dialog Panel Hari Alam Semula Jadi FACT pada Persidangan Iklim Tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) ke-26 di Glasgow. Pelancaran ini juga berikutan inisiatif lebih 100 kerajaan untuk menamatkan penebangan hutan menjelang 2030, ikrar yang dialu-alukan oleh Forum Barangan Pengguna dan Gabungan Positif Hutan.

Ken Murphy, CEO, Tesco, dan Ahli Lembaga Pengarah CGF, berkata, "Semua ahli Gabungan Tindakan Positif Hutan berada pada tahap berbeza dalam perjalanan positif hutan mereka, namun kita semua berkongsi matlamat yang sama untuk menghentikan penebangan hutan dan menyokong orang ramai dan komuniti yang menganggap habitat penting ini sebagai rumah mereka. Pelancaran hasrat landskap kolektif kami adalah hasil daripada pembelajaran selama berbulan-bulan, perkongsian amalan terbaik dan penglibatan pihak berkepentingan. Kami kini ternanti-nantikan untuk mengubah pembelajaran ini menjadi tindakan yang akan memberi kesan langsung dan mampan terhadap geografi tempat komoditi kami berasal."

Ramon Laguarta, CEO, PepsiCo, dan Ahli Lembaga Pengarah CGF, berkata, "Sebagai syarikat barangan pengguna, kita semua bergantung pada iklim yang stabil dan ekosistem semula jadi yang berkembang pesat. Menghubungkan perniagaan kita secara langsung dengan kesihatan hutan dunia, mata pencarian masyarakat dan kelestarian planet kita adalah satu kepentingan utama. Melalui perubahan strategik perniagaan hujung ke hujung kami, pep+ (PepsiCo Positive), kami telah mempercepatkan usaha kami untuk menjadikan sistem makanan lebih mampan, regeneratif dan inklusif. Kami berbangga untuk bekerjasama dengan ahli Gabungan kami, dan dengan bekerja bersama-sama kami akan membantu membina masa depan yang lebih kukuh dan lebih mampan untuk kita semua."

Alexandre Bompard, CEO dan Pengerusi, Carrefour, dan Penaja bersama Gabungan, berkata, "Sebagai ahli Gabungan Tindakan Positif Hutan, kami menyedari bahawa kami perlu bertindak di luar rantaian bekalan individu kami untuk membuka masa depan positif hutan. Sekadar mengurangkan kesan negatif kita terhadap hutan adalah tidak mencukupi. Oleh sebab itu, kami menyokong inisiatif tempatan yang bekerja secara langsung di kawasan yang terlibat, dalam persekitaran dan komuniti yang paling terjejas akibat penebangan hutan. Melalui strategi kolektif ini, kami membina norma industri baharu untuk menjadikan visi kami tentang masa depan positif hutan satu kenyataan."

Grant F. Reid, CEO, Mars, Incorporated, dan Penaja bersama Gabungan, berkata, "Kerjasama dan skala adalah penting untuk kejayaan Gabungan Tindakan Positif Hutan dan strategi baharu ini menunjukkan komitmen bersama kami terhadap tindakan progresif ke arah masa depan positif hutan. Bekerja bersama-sama pihak tempatan yang berkepentingan, masyarakat madani dan kerajaan, kami akan mengenal pasti penyelesaian yang berkesan dan memainkan peranan kami dalam mempercepatkan usaha untuk menghapuskan penebangan hutan di kawasan-kawasan geografi utama."

Ahli CGF yang menyertai pengumuman pada hari ini terdiri daripada tujuh peruncit — Carrefour, Jerónimo Martins, METRO AG, Sainsbury's, Sodexo, Tesco dan Walmart — dan 13 pengeluar — Asia Pulp and Paper (APP), Sinar Mas, Syarikat Colgate-Palmolive, Danone, Essity, General Mills, Grupo Bimbo, Mars, Incorporated, Mondelēz International, Nestlé, P&G, PepsiCo, Reckitt dan Unilever.

Lebih banyak lagi di www.tcgfforestpositive.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1279200/The_Consumer_Goods_Forum_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Retail Environmental Issues