omniture

Quectel terima kelulusan ASPICE CL2 dengan keupayaan R&D perisian automotif terkemuka

Quectel
2021-11-10 23:42 189

SHANGHAI, 10 November 2021 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal yang bertaraf global bagi modul IoT dan komunikasi automotif serta antena, berjaya memperoleh sijil Peningkatan Prestasi Perisian Automotif dan Pembendungan Penentuan Keupayaan Tahap 2 (ASPICE CL2) pada 4 November. Kelulusan ASPICE CL2 memperakui bahawa keupayaan pembangunan perisian syarikat dalam industri automotif ini mematuhi standard antarabangsa dan Quectel telah mencapai tahap maju di seluruh dunia.


Standard SPICE Automotif, dibangunkan secara bersama oleh pengeluar-pengeluar automobil Eropah yang utama, telah diterima oleh pasaran global dengan tujuan untuk meningkatkan dan menilai proses pembangunan perisian. Standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini turut diterima pakai oleh jenama-jenama automotif terkemuka sebagai ambang kemasukan dalam pemilihan pembekal.

Ketika ini, pasaran automotif menghadapi salah satu transformasi yang terbesar dalam sejarahnya. Perisian menjadi semakin penting secara beransur-ansur dalam merealisasikan ciri-ciri baharu pada kenderaan pintar, manakala pengeluar automotif mempunyai permintaan yang semakin meningkat terhadap pengurusan kualiti perisian. Justeru itu, Quectel telah menyelaraskan dan mengoptimumkan proses, teknologi dan alatan pembangunan perisiannya mengikut keperluan ASPICE yang ketat bagi memastikan bahawa ia menyediakan pelanggan automotifnya dengan perisian yang andal dalam proses yang standard dan cara yang mampan.

Min Wang, Pengurus Besar Perniagaan Automotif di Quectel, mengulas: "Kami telah memfokuskan kepada industri kenderaan terhubung selama bertahun-tahun dan telah mengumpul pengalaman yang luas dalam projek-projek pengeluaran besar-besaran. Melepasi penilaian ASPICE merupakan satu lagi pencapaian penting buat kami kerana ia bukan sahaja mengukuhkan keupayaan pembangunan dan pengurusan perisian kami, tetapi akan memberi sokongan padu dalam membangunkan produk automotif yang unggul dan canggih. Apa yang lebih penting ialah kelulusan ASPICE CL2 akan memberi keyakinan kepada rakan-rakan kongsi automotif kami yang terkenal di seluruh dunia dengan bekerjasama bersama Quectel dan pastinya akan membantu kami meluaskan lagi pasaran global."

Latar Belakang Quectel 

Kesungguhan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami mencipta modul dan antena selular dan GNSS berkualiti tinggi yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang cemerlang. Pasukan global kami yang semakin berkembang dengan lebih 3000 ahli profesional membantu kami mengurangkan masa pembangunan dan memastikan penyampaian produk kami yang pantas ke pasaran. Tersenarai di Shanghai Stock Exchange (603236.SS), kepimpinan antarabangsa kami dikhususkan untuk memajukan IoT ke serata dunia. Untuk maklumat lanjut: www.quectel.comLinkedInFacebook dan Twitter.

Source: Quectel
Related Stocks:
Shanghai:603236
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Transportation