![]() |
RedHill menerima tranche pertama sebanyak $5 juta dalam tawaran persendirian saham terhad pada harga $6.04 setiap ADS, yang mewakili kadar 20% premium berdasarkan harga purata berwajaran volum (VWAP) selama 30 hari dagangan yang berakhir pada tarikh kuat kuasa
RedHill menyerahkan hak tawaran pertama kepada Kukbo untuk opaganib, RHB-107 (upamostat) dan Talicia® bagi Korea Selatan dan wilayah Asia yang lain
Proses penyerahan pakej data COVID-19 opaganib sedang berkembang maju di pelbagai wilayah termasuk A.S., EU, Amerika Latin dan lain-lain, lebih awal daripada syor kawal selia yang telah dirancang
TEL AVIV, Israel dan RALEIGH, North Carolina, 11 November 2021 /PRNewswire/ -- RedHill Biopharma Ltd. (Nasdaq: RDHL) ("RedHill" atau "Syarikat"), sebuah syarikat biofarmaseutikal khusus, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian strategik dengan Kukbo Co. Ltd. (Kospi: 001140) ("Kukbo"), sebuah syarikat perbadanan di Korea Selatan, untuk penjualan American Despository Shares ("ADS") atau Saham Depositori Amerika Redhill dalam sebuah tawaran persendirian bernilai hingga $10 juta pada kadar 20% premium bagi harga purata berwajaran volum ("VWAP"), menjelang 30 hari dagangan.
Pelaburan strategik Kukbo ke atas RedHill akan dibuat dalam dua tranche, dengan tranche pertama sebanyak $5 juta yang telah dibayar dan tranche kedua sebanyak $5 juta yang akan menyusul dalam masa enam bulan, tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat tertentu. Sebagai sebahagian daripada tranche pertama, RedHill akan menerbitkan 827,586 ADS pada harga pembelian bernilai $6.04, mewakili kadar 20% premium berdasarkan VWAP ADS RedHill di NASDAQ sepanjang 30 hari dagangan yang berakhir pada tarikh kuat kuasa. Semua ADS akan diterbitkan dengan sekatan pemindahan selama 180 hari.
Selain itu, di bawah terma perjanjian tersebut, RedHill telah bersetuju untuk memberi Kukbo hak tawaran pertama selama enam bulan untuk lesen yang berkaitan dengan satu atau lebih aset klinikal peringkat akhir RedHill yang merangkumi opaganib, RHB-107 (upamostat)[1] dan Talicia®, untuk satu atau lebih wilayah di Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Kukbo berhak memilih untuk tidak membeli ADS dalam tranche kedua jika tiada perjanjian pelesenan sedemikian dilaksanakan dalam tempoh enam bulan daripada penutupan tranche pertama.
Dror Ben-Asher, Ketua Pegawai Eksekutif RedHill berkata: "Kami sedang mengemukakan penyerahan pakej data COVID-19 opaganib kepada pengawal selia dengan pantas di beberapa wilayah termasuk A.S., EU dan lain-lain, lebih awal daripada syor kawal selia yang dirancang. Kami gembira dengan penyertaan Kukbo sebagai pelabur strategik yang komited dan berharap dapat menilai peluang-peluang untuk opaganib, RHB-107 dan Talicia di Korea Selatan serta wilayah-wilayah lain di Asia yang mempunyai keperluan perubatan belum dipenuhi yang tinggi."
"Ketika Kukbo meneruskan perancangan pengembangan strategiknya dalam sektor penjagaan kesihatan, kami percaya bahawa opaganib, RHB-107 dan Talicia RedHill, sekiranya diluluskan, mempunyai masa depan yang cerah di Korea Selatan dan negara-negara Asia yang lain dan ingin memanfaatkan kepakaran dan rangkaian tempatan kami di wilayah tersebut," kata Hyun Ha, Ketua Pegawai Eksekutif Kukbo.
Nexpedia Holdings Co., Ltd. dan Network 1 Financial Securities, Inc. memudahcarakan perkenalan antara kedua-dua pihak.
Sekuriti yang dijual dalam tawaran persendirian ini tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti") atau undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa lain dan tidak boleh ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat tanpa didaftarkan atau dikecualikan daripada syarat-syarat pendaftaran Akta Sekuriti atau negeri yang berkaitan atau undang-undang sekuriti bidang kuasa lain.
Siaran akhbar ini bukan suatu bentuk tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti ini dan tidak ada tawaran, pengumpanan atau jualan sekuriti ini di mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan, atau penjualan sedemikian menjadi tidak sah.
Tentang RedHill Biopharma
RedHill Biopharma Ltd. (Nasdaq: RDHL) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal khusus dengan fokus utama terhadap penyakit gastrousus dan penyakit berjangkit. RedHill mempromosikan ubat gastrousus, Movantik® untuk sembelit cetusan opioid pada orang dewasa,[2] Talicia® untuk rawatan jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori) pada orang dewasa[3] dan Aemcolo® untuk rawatan cirit-birit pelancong pada orang dewasa[4]. Program pembangunan klinikal peringkat akhir utama RedHill merangkumi: (i) RHB-204, dengan kajian Fasa 3 yang sedang dijalankan untuk penyakit mikobakteria tanpa tuberkulosis (NTM) pulmonari; (ii) opaganib (ABC294640), yang pertamadalamkelasnya, perencat selektif SK2 oral yang menyasarkan pelbagai petunjuk dengan program Fasa 2/3 global untuk COVID-19 dan kajian Fasa 2 untuk kanser prostat dan kolangiokarsinoma yang sedang dijalankan; (iii) RHB-107 (upamostat), perencat serina protease oral dalam kajian Fasa 2/3 A.S. sebagai rawatan untuk COVID-19 bergejala dan menyasarkan pelbagai jenis kanser serta penyakit keradangan gastrousus yang lain; (iv) RHB-104, dengan hasil positif daripada kajian Fasa 3 pertama untuk penyakit Crohn; (v) RHB-102 , dengan hasil positif daripada kajian Fasa 3 untuk gastroenteritis dan gastritis yang teruk serta hasil positif daripada kajian Fasa 2 untuk IBS-D; dan (vi) RHB-106, suatu penyediaan usus berkapsul. Maklumat lanjut tentang
Syarikat tersedia di https://www.redhillbio.com https://twitter.com/RedHillBio.
Tentang Kukbo Co. Ltd.
Kukbo Co., Ltd. ialah sebuah syarikat yang tersenarai di KOSPI Korea Selatan dengan sejarah selama 68 tahun. Kukbo Co., Ltd. menyediakan perkhidmatan logistik yang komprehensif yang dilengkapi dengan sistem pengurusan edaran bagi menjalankan sebuah pusat logistik bersepadu yang canggih serta infrastruktur seperti pengangkutan, penyimpanan dan pergudangan. Selain itu, Kukbo Co., Ltd. sedang membangunkan sistem yang direka bentuk untuk mencari laluan optimum melalui maklumat trafik masa nyata dan pengesanan lokasi kenderaan bagi memperkukuh kemampuan perniagaannya melalui pembangunan sistem yang canggih. Ketika Kukbo Co., Ltd. berkembang ke bidang perniagaan baharu, ia sedang meniti kejayaan menjadi sebuah syarikat global yang turut menjalankan pelbagai bidang perniagaan lain seperti pakaian sukan golf, pelitup muka dan barangan farmaseutikal. Laman web Kukbo tersedia di http://www.kukbo.com.
NOTA: Siaran akhbar ini disediakan untuk tujuan kemudahan dan merupakan versi terjemahan bagi siaran akhbar rasmi yang diterbitkan oleh Syarikat dalam bahasa Inggeris. Untuk siaran akhbar penuh dalam bahasa Inggeris termasuk penafian pernyataan berpandangan ke hadapan, sila layari: https://www.redhillbio.com/news/default.aspx
Hubungan syarikat: Adi Frish Ketua Pegawai Korporat & Pembangunan Perniagaan RedHill Biopharma +972-54-6543-112 |
Hubungan media: A.S.: Bryan Gibbs, Finn Partners +1 212 529 2236 UK: Amber Fennell, Consilium +44 (0) 7739 658 783 |
[1] Opaganib dan RHB-107 ialah ubat percubaan baharu dan tidak tersedia untuk edaran komersial.
[2] Maklumat preskripsi penuh untuk Movantik® (naloxegol) tersedia di: www.Movantik.com.
[3] Maklumat preskripsi penuh untuk Talicia® (omeprazole magnesium, amoxicillin dan rifabutin) tersedia di: www.Talicia.com.
[4] Maklumat preskripsi penuh untuk Aemcolo® (rifamycin) tersedia di: www.Aemcolo.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1334141/RedHill_Biopharma_Logo.jpg?p=medium600