omniture

Risen Energy umum pertunjukan perdana modul PV dengan rangka keluli aloi berkekuatan tinggi

Risen Energy Co., Ltd
2021-11-11 21:15 189

NINGBO, China, 11 November 2021 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd, pengeluar Tahap 1 yang terkemuka bagi produk fotovolta solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan keluaran modul PV yang unggul dengan rangka keluli aloi berkekuatan tinggi.

Sebagai respons kepada permintaan yang berterusan terhadap pengurangan jejak karbon, baik daripada pelanggan mahupun kerajaan, Risen Energy telah membangunkan sistem rangka ganti bagi mengurangkan jejak karbon yang wujud dalam aluminium. Dengan menggunakan keluli aloi bersalut dengan misi yang dioptimumkan, lengkap dengan pengurangan penggunaan tenaga yang ketara semasa pengeluaran keluli berkenaan, Risen Energy telah membawakan hasil yang mengagumkan baik untuk kebingkasan mahupun ketahanan dalam produk yang tiada tandingan ini.

Baru-baru ini, Majlis Negara China mengeluarkan Panduan Bekerja untuk Kemuncak Karbon Dioksida dan Keneutralan Karbon dalam Pelaksanaan Penuh dan Setia Falsafah Pembangunan Baharu. Panduan ini menyatakan bahawa China merancang untuk meningkatkan bahagian bahan api bukan fosil dalam campuran penggunaan tenaga primer kepada kira-kira 25 peratus menjelang tahun 2030, yang mana pada ketika itu jumlah kapasiti terpasang bagi kuasa angin dan solar dijangka melebihi 1200GW di samping menegaskan semula matlamat kemuncak karbon dan keneutralan karbon.

Di COP26, 136 negara menyatakan ikrar sifar-bersih; 90% daripada ekonomi global dilindungi oleh komitmen sifar-bersih. Kini, dengan lebih daripada 35 pemimpin dunia komited terhadap Agenda Terobosan (Breakthrough Agenda), kerajaan-kerajaan di seluruh dunia akan membantu peningkatan yang tinggi dan mempercepatkan perlumbaan menuju emisi sifar dan menunaikan janji Perjanjian Paris.

Mandat keneutralan karbon meletakkan tanggungjawab ke atas sektor fotovolta untuk beralih kepada bahan-bahan mentah dengan emisi karbon lebih rendah dan pengurangan tenaga yang sedikit. Pemprosesan keluli jauh mengatasi aluminium elektrolitik yang setara dari segi emisi karbon dan pengurangan penggunaan tenaga; 13,500kWj kuasa terma diperlukan untuk menghasilkan satu tan aluminium yang bersamaan dengan 11.2 tan karbon dioksida (CO2) manakala demikian juga, 4,500kWj kuasa dan 1.8 tan CO2 yang sepadan diperlukan untuk menghasilkan satu tan keluli.

"Apapun kepercayaan anda" jelas En. Sun, presiden Risen Energy Co., Ltd. "pencemaran alam sekitar dan emisi karbon dioksida memberi kesan kepada kita semua. Sememangnya tidak cukup baik untuk kita mengisytiharkan bahawa kita membawa impak pengurangan unsur-unsur ini dengan menyediakan dan menggunakan modul PV solar, kita perlu melakukan lebih banyak lagi. Beralih kepada modul yang dibina dengan unik ini merupakan satu langkah dalam hala tuju yang betul."

Dengan hanya menukarkan aluminium kepada sebarang jenis keluli bukanlah satu tindakan yang mudah. Isu rintangan kakisan, kekuatan dan kosmetik kesemuanya perlu dipertimbangkan dan dinilai. Rangka keluli aloi berkekuatan tinggi kelihatan sama, untuk semua tujuan praktikal, seperti yang diperbuat daripada aluminium, namun ia dapat mengatasi prestasi dari segi kekuatan, kakisan dan rintangan cuaca disebabkan oleh penggunaan salutan zink-aluminium-magnesium tahan kakisan serta teknologi rawatan permukaan yang unik daripada Risen Energy. Selepas lebih daripada setahun berusaha dalam ujian keandalan dan pengoptimuman reka bentuk, siri modul Tiran yang dinaik taraf sepenuhnya daripada Risen Energy telah menerima pensijilan IEC daripada organisasi pengujian dan pensijilan bebas TÜV SÜD, lalu menunjukkan bahawa siri yang dinaik taraf ini memenuhi keperluan pelbagai senario aplikasi dalam sistem penjanaan kuasa PV sepenuhnya.

Aplikasi rangka keluli aloi berkekuatan tinggi ini merupakan langkah yang penting dalam usaha berterusan Risen Energy untuk memudahkan pengoptimuman dan transformasi gred-industri sebagai respons kepada trend industri dan matlamat negara ini untuk mencapai keneutralan karbon. Bagi pelanggan mahupun pengguna akhir, prestasi rangka keluli aloi berkekuatan tinggi dipatenkan secara eksklusif daripada syarikat ini menonjol daripada yang lain.

Jangka Hayat Lama, Kekuatan Tinggi, Emisi Karbon Rendah.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services