omniture

Cambridge Quantum dan Deutsche Bahn Netz AG Memanfaatkan Algoritma Kuantum Terkini untuk Mengoptimumkan Jadual Perjalanan Kereta Api

Cambridge Quantum
2021-11-12 01:27 59

CAMBRIDGE, England, 11 November 2021 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum (CQ) dan Deutsche Bahn Netz AG (DB) hari ini mengumumkan sebuah kerjasama untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh komputer kuantum untuk memperbaiki penjadualan semula kereta api sebagai sebahagian daripada  rancangan transformasi jangka panjang DB iaitu Digitale Schiene Deutschland, bagi mendigitalkan infrastruktur dan sistem kereta api DB menggunakan teknologi generasi seterusnya untuk mencapai kapasiti rangkaian kereta api yang lebih tinggi serta penggunaan yang optimum.

Gabungan algoritma optimum kombinatorik CQ yang terkini iaitu Filtering Variational Quantum Eigensolver (F-VQE) - baru-baru ini menunjukkan bahawa ia dapat mengatasi algoritma kuantum terkemuka - dan dengan kepakaran penyelidikan operasi DB ini, pasukan dapat mengoptimumkan semula jadual kereta api secara realistik selepas simulasi kelewatan dibuat dan kini sedang mengenal pasti bidang lain untuk kajian berterusan. Kerjasama ini membuktikan bahawa inovasi bagi kedua-dua algoritma kuantum dan pemodelan khusus domain boleh memberikan maklumat visi jangka panjang untuk rangkaian pengangkutan yang lebih pantas dan lebih hijau.

Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Cambridge Quantum berkata, "Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Deutsche Bahn untuk meneroka dan menunjukkan penggunaan pemproses Noisy Intermediate Scale Quantum ("NISQ") hari ini bagi menyelesaikan masalah sebenar dalam sektor pengangkutan dan logistik. Inisiatif penyelidikan dan pembangunan Deutsche Bahn dalam bidang ini sangat penting dan kami yakin apabila komputer kuantum mula meningkat dari semasa ke semasa kelak, usaha dan iltizam kami ini akan mendorong sumbangan yang bermakna ke arah masa depan yang lebih bersih dan lebih hijau."

Michael Küpper, Ketua Sistem Pengurusan Trafik dan Kapasiti Digitale Schiene Deutschland berkata, "Kerjasama dengan CQ merupakan suatu contoh yang sempurna tentang bagaimana Deutsche Bahn bekerjasama sebagai rakan kongsi penyedia industri dan menggabungkan kepakaran unik kami ke arah matlamat yang tidak akan dapat dicapai seorang diri. Melalui kerjasama dengan CQ, kami berupaya menyelaraskan rancangan penyelidikan dan pembangunan kami dengan baik dan mengambil langkah pertama dalam mentakrifkan masa depan sistem penjadualan kereta api dengan kelebihan kuantum. Kami teruja untuk terus bekerjasama dengan CQ bagi menangani beberapa cabaran utama dan menyumbang ke arah bidang penyelidikan algoritma kuantum NISQ yang semakin berkembang."

Tentang DB 

Sebagai anak syarikat Deutsche Bahn AG, DB Netz AG bertanggungjawab terhadap infrastruktur kereta api.

DB Netz AG ialah penyedia perkhidmatan kepada 420 buah syarikat yang terlibat dalam perusahaan kereta api (RU) pada masa ini menggunakan rangkaian laluan sejauh hampir 33,300 km. Rangkaian kereta api Jerman merupakan yang paling lama di seluruh Eropah. DB Netz AG memastikan akses tanpa diskriminasi terhadap infrastrukturnya. Prestasi perkhidmatan kereta api bukan-DB-Group dalam rangkaian ini telah meningkat dengan baik selama bertahun-tahun. DB Netz bertanggungjawab terhadap pengendalian infrastruktur kereta api yang cekap (rangkaian jarak jauh dan konurbasi, rangkaian serantau, pembinaan kereta api dan kemudahan baik pulih).

Digitale Schiene Deutschland ialah sebuah inisiatif sektor DB AG, Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Digital Persekutuan Jerman (BMVI) dan persatuan pengangkutan lain yang berkaitan, untuk pemodenan dan pendigitalan asas infrastruktur kereta api melalui pengenalan teknologi keselamatan dan kawalan digital yang konsisten. Selain itu, Digitale Schiene Deutschland sedang mengusahakan pendigitalan sistem kereta api secara meluas. Untuk tujuan ini, suatu sistem seni bina akan memperincikan tugas-tugas sistem kereta api secara individu dan cara ia digabungkan untuk berfungsi bersama-sama.

Tentang CQ 

Ditubuhkan pada 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQ merupakan peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. CQ mempunyai pejabat di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun. Pada 8 Jun 2021, CQ mengumumkan penggabungan dengan Honeywell Quantum Solutions yang dijangka akan dimuktamadkan pada suku keempat tahun 2021. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi CQ di http://www.cambridgequantum.com dan di LinkedIn.

Akses kod sumber untuk lambeq, TKET pengikatan Python dan utiliti di GitHub.

 

 

Source: Cambridge Quantum
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Railroads and Intermodal Transportation Transportation Licensing/marketing agreements