- Syarikat merancang menggunakan dana tersebut untuk kesemua fungsi utama seperti produk, teknologi, operasi dan pelbagai lagi
PANJIM, India, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- BrightChamps, sebuah platform global kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran generasi seterusnya baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul $63 juta untuk menjadi salah sebuah syarikat pemula Teknologi Pendidikan yang paling pesat berkembang dan mencapai nilai hampir setengah bilion dolar dalam masa kira-kira setahun.
Pusingan pelaburan ini menyaksikan sumbangan daripada pelbagai syarikat pelaburan utama di seluruh lokasi geografi, seperti Premji Invest - pelabur ekuiti swasta yang terkenal, GSV Ventures - firma Modal Usaha Niaga berfokuskan Teknologi Pendidikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Binny Bansal - seorang pelabur dan Pengasas Bersama Flipkart, 021 Capital yang berpangkalan di Bangalore dan BEENEXT yang berpangkalan di Singapura.
Diasaskan oleh Ravi Bhushan pada bulan Julai tahun lalu, BrightChamps berhasrat untuk memperkasakan kumpulan kanak-kanak berusia 6 hingga 16 tahun di seluruh dunia dengan kemahiran hidup generasi seterusnya yang penting melalui program pembelajaran langsung yang dibuat dengan teliti dan mahir bagi melengkapkan kurikulum sekolah, merangsang bakat terpendam kanak-kanak dan mempersiapkan mereka ke arah kejayaan masa depan yang selaras dengan kebolehan dan kecenderungan semula jadi mereka.
Dalam tempoh kurang daripada 10 bulan penubuhannya, syarikat tersebut telah berjaya memantapkan kedudukan kepemimpinannya di pasaran di lebih 10 buah negara dengan kadar tempahan yang luar biasa. Pada masa ini, lebih seratus ribu pelajar berdaftar mengikuti pembelajaran langsung selama lebih 6 juta minit setiap bulan pada platform tersebut. Para pelajar ini dibimbing dengan teliti oleh hampir seribu orang tenaga pengajar dalam talian di serata dunia. Bahagian yang paling unik dalam perjalanan BrightChamps ialah pertumbuhan yang mendatangkan keuntungan ini telah dicapai buat julung-julung kalinya oleh syarikat, tanpa menggunakan sebarang modal luar setakat ini. Perjalanan yang luar biasa ini mencetuskan ulasan daripada Binny Bansal, Pengasas Flipkart, "Dengan pertumbuhan perniagaannya yang luar biasa serta pasukan pemimpin dan pendidik yang bersemangat, BrightChamps berada pada kedudukan yang baik untuk muncul sebagai peneraju global dalam industri Teknologi Pendidikan."
Ravi Bhushan, pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BrightChamps mengulas, "BrightChamps telah dikonsepsikan dengan satu pemikiran – Apakah yang diperlukan oleh golongan remaja pada masa hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam dunia moden yang dinamik dan cepat berubah ini?
Kami merasakan bahawa terdapat keperluan yang besar untuk mewujudkan kurikulum yang unik yang boleh mengisi jurang sistem pendidikan semasa sambil diselaraskan dengan keupayaan pembelajaran kanak-kanak mengikut keperluan usia mereka. Kami kagum dengan maklum balas positif yang kami terima setakat ini daripada ibu bapa dan pelajar di pelbagai negara."
Baru-baru ini, BrightChamps telah mencapai kemajuan besar di Asia Tenggara. Para guru dan ibu bapa di sini sedang mengikuti tempo pembelajaran awal yang pantas untuk para pelajar mereka dengan mengguna pakai kurikulum yang canggih ini. Syarikat tersebut berjaya memecahkan halangan bahasa dengan melantik guru tempatan yang berkelayakan dan menyediakan kurikulum alaf baharu mereka dalam bahasa vernakular. Ini membuatkan Hero Choudhary, Pengarah Urusan BEENEXT- firma Modal Usaha Niaga yang berpangkalan di Singapura memberi ulasan, "BrightChamps sedang membina sebuah syarikat yang benar-benar global dan pelaksanaan superlatif mereka telah memecahkan semua halangan geografi dalam masa yang singkat, yang belum pernah terjadi dalam sejarah ekosistem teknologi pendidikan."
Kini dengan lebih banyak kuasa yang diperolehi, syarikat ini akan turut berkembang ke bidang vertikal lain yang berkaitan, dengan melancarkan lebih banyak kursus dan akan turut mengambil alih syarikat baharu di pasaran terdekat.
Tentang BrightChamps
BrightChamps ialah platform pembelajaran langsung global untuk kanak-kanak di seluruh dunia dalam kumpulan umur 6 hingga 15 tahun untuk mempelajari Kemahiran Hidup Generasi Seterusnya yang penting seperti pengaturcaraan, kecerdasan buatan, pemikiran reka bentuk, literasi kewangan dan banyak lagi melalui model pembelajaran langsung miliknya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat kami, sila layari www.brightchamps.com
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1681527/Ravi_Bhushan_BrightChamps.jpg?p=medium600
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1681524/Founding_Team_BrightChamps.jpg?p=medium600