omniture

Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2021 Berusaha Hidupkan Semula Kuasa Hubungan Insan

Mulai 15-16 November di Marina Bay Sands di Singapura, pemimpin-pemimpin perniagaan global akan berhimpun untuk membincangkan cara membina masa depan yang lebih mampan, saksama dan inklusif
Milken Institute
2021-11-12 14:41 222

SINGAPURA, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Asia Milken Institute tahunan ke-8 akan dibuka pada hari Isnin, 15 November 2021 di Pusat Ekspo & Konvensyen Marina Bay Sands. Tahun ini, Sidang Kemuncak Asia ini akan menggabungkan komponen maya, fizikal dan holografi. Tema tahun ini ialah "Kuasa Hubungan Insan" dan ia berdasarkan kepada kepercayaan bahawa hubungan yang autentik dan komitmen yang dihasratkan menjurus kepada kemajuan yang berkekalan. Lebih daripada 300 eksekutif industri dari lebih 20 negara akan berhimpun secara peribadi selama dua hari untuk bertukar-tukar idea dan memajukan tindakan bermakna bagi mengukuhkan matlamat bersama umat manusia dan menjamin masa depan kita bersama.

Para hadirin boleh menantikan program yang interaktif dan menarik ini menerusi sesi peribadi, siaran langsung dan beberapa perbincangan meja bulat peribadi khusus-topik sepanjang acara ini. Meneruskan kejayaan Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2020, acara tahun ini akan menampilkan dua panel hibrid, membawakan Pengerusi Milken Institute, Michael Milken dan bekas Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin, melalui hologram untuk perbualan secara langsung di pentas di Dewan Tari-Menari Utama Marina Bay Sands.

Sepanjang Sidang Kemuncak ini, hadirin akan berpeluang untuk mendapatkan pandangan daripada pemimpin dalam kerajaan, kewangan, teknologi, perniagaan dan akademik. Mereka terdiri daripada: Gan Kim Yong, Menteri untuk Perdagangan dan Industri Singapura; Bill Winters, Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered; Jean Hynes, Ketua Pegawai Eksekutif Wellington Management; Lawrence H. Summers, Presiden Emeritus Harvard University dan bekas Setiausaha Perbendaharaan AS; Jean Lemierre, Pengerusi BNP Paribas; Simon Birmingham, Menteri Kewangan Australia; dan Sue Brake, Ketua Pegawai Pelaburan, Future Fund Management Agency. Di samping itu, Sidang Kemuncak ini akan disertai oleh beberapa rakan media termasuk BBC News, CNBC dan Caixin Global.

"Sepanjang lapan tahun yang lalu, kami telah mencapai kemajuan besar dalam berperanan sebagai perhubungan untuk menghimpunkan pemimpin global dan serantau untuk membincangkan penyelesaian kolaboratif untuk isu-isu kritikal yang menjejaskan rantau Asia Pasifik," kata Laura Deal Lacey, Pengarah Eksekutif Milken Institute Asia Center. "Kini lebih daripada sebelum ini, kami komited untuk menghimpunkan pemimpin kerajaan, eksekutif kanan perniagaan, penginovasi dan ahli teknologi di Asia dan dunia untuk bertukar-tukar idea dan pandangan, tatkala rantau ini bangkit daripada pandemik ini."

Sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak Asia, Milken Institute melancarkan siri esei digital yang dikenali sebagai The Power of Ideas (Kuasa Idea), satu koleksi esei yang merangsang fikiran mengenai masa depan Asia dan impak global rantau ini. Siri tahun ini menampilkan sumbangan daripada pemimpin perniagaan global termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Franklin Templeton, Jenny Johnson; Ketua Pegawai Eksekutif WorldQuant University, Daphne Kis; Presiden Dole Sunshine Company, Pier Luigi Sigismondi; serta ahli-ahli akademik seperti Thomas Coffman, Dekan Duke-NUS Medical College; dan Dr. Donald Li, Presiden World Organization of Family Doctors.

Untuk agenda dan senarai lengkap penceramah di Sidang Kemuncak Asia, kunjungi www.asia-summit.org. Sila arahkan pertanyaan media dan pendaftaran kelayakan kepada Yeen Chong di ychong@milkeninstitute.org.

Latar Belakang Milken Institute 

Milken Institute ialah badan pemikir tidak berpihak yang bukan berasaskan keuntungan yang membantu orang ramai membina kehidupan bermakna yang melaluinya mereka dapat menikmati kesihatan dan kesejahteraan, melanjutkan pendidikan yang efektif dan mendapat pekerjaan serta mengakses sumber yang diperlukan untuk mencipta peluang yang semakin berkembang untuk diri mereka dan masyarakat mereka yang lebih luas. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.milkeninstitute.org.

Latar Belakang Milken Institute Asia Center 

Milken Institute Asia Center meluaskan jangkauan dan kesan daripada program, acara dan kajian Milken Institute ke rantau Asia-Pasifik. Kami mengenal pasti peluang untuk memanfaatkan jaringan global Institut ini untuk mengatasi cabaran serantau serta untuk mengintegrasikan perspektif rantau ini kepada pembangunan penyelesaian untuk cabaran global yang berterusan.

Sidang Kemuncak Asia Milken Institute

Sidang Kemuncak Asia Milken Institute membawakan semangat bercita-cita tinggi Persidangan Global utama Milken Institute ke Singapura. Sidang Kemuncak Asia ini mengumpulkan lebih 1,800 Ketua Pegawai Eksekutif, pegawai kanan kerajaan, eksekutif kewangan peringkat tinggi, pelabur institusi dan dermawan dari serata dunia untuk mengatasi cabaran dan mencadangkan penyelesaian yang boleh diusahakan.

Source: Milken Institute
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Trade show news Future Events