Penyelesaian baru membolehkan OEM menyelesaikan masalah peralatan di mana-mana sahaja dan mengurangkan masa henti penyelenggaraan pelanggan
SINGAPURA, 12 November 2021 /PRNewswire/ -- Semasa berlakunya pandemik global, OEM telah menggunakan penyambungan jarak jauh ke peralatan pelanggan bukan sahaja untuk mengurangkan pendedahan di tempat kerja terhadap COVID-19, tetapi turut mengurangkan kadar bilangan perjalanan ke lokasi pelanggan, menservis peralatan dengan lebih cepat dan mengurangkan masa henti penyelenggaran. Kini, OEM dapat merealisasikan faedah-faedah akses jarak jauh dengan lebih mudah menggunakan penyelesaian akses jarak jauh baharu untuk peralatan industri daripada Rockwell Automation.
Pnyelesaian ini menghimpunkan semua keperluan OEM untuk mengakses dan menyokong peralatan dari jauh, termasuk:
Penyelesaian akses jarak jauh ini menggabungkan keupayaan keselamatan yang mantap termasuk pengesahan berbilang faktor dan protokol disulitkan. Input digital turut memberi kawalan sambungan jarak jauh kepada kakitangan di tapak agar ia hanya dibuat apabila diupayakan secara setempat.
Bagi memudahkan penggunaan, penyelesaian ini tidak memerlukan sebarang perubahan pada seni bina sedia ada selagi mana port Eternet tersedia.
"OEM yang telah menerima pakai akses jarak jauh untuk mengurangkan pelawat di tapak semasa pandemik ini menyedari bahawa ia juga dapat membantu mereka mengurangkan kos dan dapat memberi respon dengan lebih cepat terhadap keperluan pelanggan," kata Julie Nguyen, pengurus produk, Rockwell Automation. "Kini, permintaan terhadap akses jarak jauh semakin meningkat dan kami dapat membantu syarikat-syarikat melaksanakannya dengan keselamatan yang mantap dan pelaksanaan yang dipermudah."
Penyelesaian akses jarak jauh dapat meletakkan OEM untuk memenuhi keperluan sokongan jarak jauh masa kini dan masa depan. Penghala ini menyokong keperluan data hari ini dan port semua-gigabit menjadikannya bersedia untuk keupayaan sokongan jarak jauh yang lebih baharu, yang lebih banyak menggunakan jalur lebar seperti mana yang diperlukan.
Penyelesaian ini sangat sesuai untuk OEM yang ingin menyokong operasi jarak jauh dan sukar dicapai, seperti operasi yang terdapat dalam industri minyak dan gas serta perlombongan, logam dan simen. Penyelesaian ini juga dapat memudahkan sokongan dalam industri-industri seperti CPG yang mana OEM hari ini mungkin perlu menempuh perjalanan jarak jauh untuk memberi sokongan peralatan.
Di samping itu, OEM dapat menggunakan penyelesaian ini untuk memperbaharui cara mereka menyokong pelanggan seperti pentauliahan peralatan secara maya dan pengurusan perisian secara jarak jauh.
Penyelesaian baharu ini yang direka bentuk untuk OEM merupakan tawaran akses jarak jauh yang terkini daripada Rockwell Automation. Syarikat ini turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan akses jarak jauh untuk pengeluar termasuk pemantauan dan sokongan aplikasi jarak jauh 24/7 bagi membantu pelanggan menangani isu-isu penyelenggaraan dengan proaktif. Perkhidmatan pengesanan ancaman jarak jauh turut membantu pelanggan memantau, mengesan dan bertindak balas terhadap ancaman keselamatan siber pada tahap paling dalam bagi rangkaian trafik OT mereka.
Latar Belakang Rockwell Automation
Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industry automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi pengguna dengan potensi teknologi untuk mengembangkan apa yang mungkin dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan lebih mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation mempunyai kira-kira 24,500 penyelesai masalah yang dikhaskan untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami membawakan The Connected Enterprise merentas seluruh perusahaan industri, sila layari www.rockwellautomation.com.
FactoryTalk, FactoryTalk Remote Access, Rockwell Automation dan Stratix merupakan tanda dagangan Rockwell Automation Inc.