omniture

Mainstream Renewable Power memperoleh keputusan pelaburan daripada Kerajaan Wilayah untuk projek tenaga angin luar pesisir utama di Vietnam

Mainstream Renewable Power
2021-11-13 21:20 272

- Projek tenaga angin luar pesisir Phu Cuong Soc Trang 1.4 GW, sedang dibangunkan melalui usaha sama antara Mainstream Renewable Power dengan Phu Cuong Group, yang terletak di pesisir pantai selatan Vietnam dan akan menjadi ladang tenaga angin luar pesisir terbesar di Asia Tenggara

- Projek 200 MW pertama ini telah menerima Keputusan Pelaburan dan Pensijilan Pendaftaran Pelaburan (IRC) daripada Wilayah Soc Trang, yang menunjukkan langkah penting ke arah pembiayaan muktamad yang dijangka dicapai pada tahun 2022

DUBLIN, 13 November 2021 /PRNewswire/ -- Dalam langkah penting untuk membina Ladang Tenaga Angin Luar Pesisir Phu Cuong Soc Trang, Mainstream Renewable Power ("Mainstream") hari ini mengumumkan ia menerima Keputusan Pelaburan dan Pensijilan Pendaftaran Pelaburan (IRC) daripada kerajaan wilayah Soc Trang untuk ladang tenaga angin luar pesisir yang pertama dengan kapasiti sebanyak 200 MW. Projek ini apabila siap sepenuhnya, akan menampung kapasiti hingga 1.4 GW dan akan menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk membekalkan kuasa kepada lebih 1.6 juta rumah, serta mengurangkan 1.8 juta tan pelepasan karbon dioksida setiap tahun. 

Projek ini dijangka mencapai pembiayaan muktamad pada tahun 2022, membolehkan kuasa pertama disalurkan seawal tahun 2023.

Ladang tenaga angin ini ialah usaha sama antara Mainstream dan rakan kongsi Vietnamnya, Phu Cuong Group, dengan Mainstream memiliki pegangan sebanyak 70% manakala Phu Cuong Group memiliki baki pegangan selebihnya sebanyak 30%. 

Projek ini mengikuti pendekatan pembangunan pelbagai peringkat dengan kapasiti 200 MW yang ditetapkan untuk dibekalkan dalam fasa 1 manakala bakinya sebanyak 1,200 MW akan diusahakan selepas itu. Pengumuman hari ini menandakan satu peristiwa penting bagi kehadiran Mainstream di Vietnam. Projek ini telah pun menyempurnakan kempen pengukuran angin dan kajiannya di lokasi lain manakala proses perolehan untuk mendapatkan pembekal turbin angin dan kontraktor loji yang lain turut dijalankan dengan baik. 

Seterusnya, Mainstream akan bekerjasama rapat dengan EVN, syarikat elektrik nasional Vietnam, untuk memuktamadkan perjanjian sambungan grid serta Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) projek ini.

Mainstream telah berada di Vietnam sejak tahun 2016 dan membangunkan 2.3 GW aset solar serta tenaga angin luar pesisir.

Cameron Smith, Pengurus Besar Mainstream untuk APAC, berkata:

"Kami teruja untuk turut serta dalam projek peralihan tenaga Vietnam melalui projek Phu Cuong Soc Trang yang sedang dibangunkan mengikut piawaian antarabangsa tertinggi berdasarkan pengalaman Mainstream yang luas. Sebagai peneraju dalam pembangunan tenaga boleh baharu di pelbagai negara, kami memahami kepentingan penglibatan komuniti dan kami gembira mendapat sokongan positif daripada komuniti Soc Trang.

"Kami memuji kerajaan atas kemajuan yang dicapai dalam menggalakkan pembangunan tenaga boleh baharu di Vietnam setakat ini. Projek Phu Cuong Soc Trang berikrar untuk menjadi pemangkin pembangunan industri tenaga angin luar pesisir yang sebenar dalam skala besar yang akan menggalakkan pencapaian karbon sifar menjelang tahun 2050."

Encik Nguyen Viet Cuong, Pengerusi Phu Cuong Group, berkata: 

"Ladang tenaga angin luar pesisir Phu Cuong Soc Trang ialah pelaburan yang penting dalam infrastruktur tenaga bersih di Vietnam dan akan memberi sumbangan yang besar ke arah pelan hala tuju neutral karbon negara ini. Ladang tenaga angin ini, yang merupakan ladang besar di rantau ini, akan memainkan peranan penting dalam mempercepat pembangunan ekonomi Vietnam dengan menggalakkan pertumbuhan perindustrian. Dasar kerajaan yang membantu menggalakkan tenaga boleh baharu penting untuk mempromosikan pelaburan langsung asing melalui kerjasama dengan rakan kongsi Vietnam."

Sila hubungi:
Emmet Curley, Ketua Komunikasi dan Kedudukan
Telefon: +353 86 2411 690
E-mel: emmet.curley@mainstreamrp.com 

Caroline Cutler | Ojasvi Goel, FTI Consulting
Telefon: +44 20 3727 1000
E-mel: mainstreamRP@fticonsulting.com

Tentang Mainstream Renewable Power 

 Mainstream Renewable Power ialah sebuah syarikat terkemuka yang mengkhusus kepada tenaga boleh baharu dengan jejak global. Syarikat ini memberi tumpuan kepada memperluas rangkaian aset angin dan solarnya yang berkualiti tinggi di seluruh Amerika Latin, Afrika, Asia Pasifik serta sektor tenaga angin luar pesisir global yang berjumlah melebihi 16.2 Gigawatt (GW). Pada bulan Mei 2021, ia telah memeterai perjanjian yang membolehkan Aker Horizons memegang kepentingan ekuiti sebanyak 75% dalam syarikat ini yang mendayakan Mainstream untuk mempercepat pelan pengembangan globalnya. 

 Mainstream telah menyampaikan lebih 6.5 GW aset angin dan solar yang tersedia untuk pembiayaan muktamad dan kini mempunyai lebih 1.4 GW (bersih) aset angin dan solar dalam pembinaan di seluruh Amerika Latin dan Afrika. Di Chile, "Platform Andes Renovables" 1.35 GW milik penuh Mainstream bagi aset solar dan tenaga angin yang dikontrak sepenuhnya, menepati jadual untuk disempurnakan pembinaannya yang bermula pada akhir tahun ini. Di Afrika Selatan, syarikat tersebut telah membekalkan 850 MW aset tenaga angin dan solar ke dalam operasi komersial, dan pada Oktober 2021, dua belas projek tenaga angin dan solarnya memperoleh status pembida pilihan dalam Pusingan ke-5 Program Perolehan Tenaga Boleh Baharu di Afrika Selatan. Melalui usaha sama dengan Lekela Power, syarikat tersebut mempunyai 410 MW aset tenaga angin dalam pembinaan di Senegal dan Mesir. 

Mainstream merupakan salah sebuah pembangun khusus tenaga angin luar pesisir yang paling berjaya di peringkat global.  Ia telah berjaya mengasaskan Hornsea One (1.2 GW), loji operasi tenaga angin luar pesisir terbesar di dunia hari ini; dan membangunkan projek Hornsea 2 (1.4 GW) sebelum menjual projek ini dan seluruh Zon tersebut pada tahun 2015. Secara keseluruhan, ia telah membangunkan dan memenuhi 20% daripada kapasiti tenaga angin luar pesisir UK yang sama ada sedang beroperasi atau dalam pembinaan.  Mainstream mengasaskan sepenuhnya projek tenaga angin luar pesisir, Neart na Gaoithe di Scotland, dengan jumlah tenaga sebanyak 450 MW yang sedang dalam pembinaan. Pembangunan tenaga angin luar pesisir 1.4 GW milik syarikat ini di Soc Trang, Vietnam merupakan salah sebuah pembangunan tenaga boleh baharu yang terbesar di Asia Tenggara . 

 Mainstream telah menjana lebih EUR3.0 bilion dalam pembiayaan projeknya setakat ini dan mempunyai lebih 420 kakitangan di seluruh lima benua. 

www.mainstreamrp.com 

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/686512/Mainstream_Renewable_Power_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Accounting news, issues Corporate Expansion