omniture

'Inilah Masanya', PMKS Malaysia Harus Menjalani Transformasi Digital

H3C
2021-11-15 09:51 48

KUALA LUMPUR, Malaysia, Nov. 15, 2021 /PRNewswire/ -- Oleh Rockies Ma, Pengurus Besar Negara H3C Malaysia:

Dengan membina asas yang kukuh untuk ekonomi digital, kerajaan Malaysia memacu ekonomi negara ke hadapan dan menjamin masa hadapan cerah rakyat. dengan menjalani pendigitalan.
Dengan membina asas yang kukuh untuk ekonomi digital, kerajaan Malaysia memacu ekonomi negara ke hadapan dan menjamin masa hadapan cerah rakyat. dengan menjalani pendigitalan.

Pada 10 November 2021, rangkaian 5G pertama Malaysia dilancarkan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam usaha untuk menyediakan kemudahan Internet yang lebih pantas untuk negara ini. Pelancaran ini ialah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), pelan hala tuju pembangunan ekonomi negara bermula 2021 hingga 2025, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bertujuan untuk memulihkan momentum pertumbuhan negara melalui penggiatan semula semua sektor ekonomi.

Penggiat industri mengulas bahawa tumpuan kerajaan terhadap pendigitalan di bawah RMK12 akan meluaskan akses pasaran serta memudahkan pelaburan digital yang strategik dan berkualiti. Bagi mempersiapkan Malaysia untuk menjadi sebuah hab digital, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan persekitaran yang mendayakan untuk pertumbuhan ekonomi digital di bawah RMK12. Menurut laporan ini, pihak kerajaan mengunjurkan sumbangan 25.5 peratus daripada ekonomi digital untuk keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara ini.

Usaha ini adalah untuk mendorong ke hadapan inisiatif bagi mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan inklusif sejajar dengan wawasan negara ini serta matlamat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Dengan sokongan daripada kerajaan Malaysia, ini adalah waktu terbaik bagi perusahaan untuk menaik taraf melalui pendigitalan servis. Kerajaan turut menyebut bahawa mereka akan menggiatkan usaha untuk menggalakkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima pakai teknologi digital bagi memastikan orang awam mendapat akses kepada servis yang lebih mudah dan efisien.

Tidak lama selepas itu, kerajaan Malaysia mengumumkan Belanjawan 2022, mencerminkan pendekatan yang serupa selaras dengan dasar dan strategi yang digariskan dalam RMK12. Belanjawan 2022 memfokuskan kepada pemulihan, pembinaan semula ketahanan negara dan memangkin pembaharuan, untuk memacu aktiviti pemulihan sosio-ekonomi dan agenda pembangunan negara. Dengan rangkaian 5G yang diperkenalkan baru-baru ini, KKMM yakin bahawa peruntukan sebanyak RM2.625 bilion yang diterima olehnya di bawah Belanjawan 2022 dapat membantu Keluarga Malaysia keluar daripada kesulitan yang dialami sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Di bawah Belanjawan ini, kerajaan akan meningkatkan inisiatif Skim Geran Pendigitalan untuk PKS kepada RM200 juta. Dikatakan bahawa peruntukan ini dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi yang mengalami kemerosotan ekoran pandemik Covid-19 terutamanya dalam segmen PKS. Belanjawan ini merupakan usaha bagi mencerminkan kesungguhan negara ini membangunkan ekonomi digital yang lebih mampan dan inklusif, membentuknya menjadi tarikan untuk perniagaan asing bagi menjadikan negara ini sebagai destinasi pelaburan utama mereka.

Kerajaan Malaysia meletakkan asas untuk transformasi negara ini bagi menjadi ekonomi digital yang progresif. Kini, ia bergantung kepada PMKS untuk mengambil langkah yang berani bagi memacu perniagaan mereka ke hadapan dengan menjalani proses pendigitalan. Penyedia penyelesaian digital seperti H3C menawarkan portfolio penuh produk Infrastruktur Digital yang berkesan kos dan platform digital sehenti komprehensif yang merangkumi pengkomputeran awan, data raya, kecerdasan buatan (AI), beberapa teknologi utama yang sesuai untuk pengeluar global di Malaysia yang ingin meningkatkan automasi mereka sambil mengurangkan jam kerja dan juga tenaga kerja.

Dengan visi untuk "Membentuk Masa Depan Digital demi Kehidupan Lebih Baik", H3C komited untuk menjadi rakan kongsi yang paling dipercayai dalam usaha pelanggan mencapai inovasi perniagaan dan transformasi digital. Dengan Malaysia mengumumkan rancangannya untuk memacu pembangunan ekonomi digital Malaysia, H3C bersedia untuk membantu perusahaan memangkin perniagaan mereka melalui pendigitalan.

Source: H3C
Keywords: Internet Technology Telecommunications