omniture

Perkhidmatan Kawasan Baharu Tianfu Sichuan berikan kemudahan untuk perusahaan

Sichuan Tianfu New Area
2021-11-15 19:01 90

CHENGDU, China, 15 November 2021 /PRNewswire/ -- Kawasan Baharu Tianfu Sichuan, zon pembangunan peringkat nasional di barat China, telah melaksanakan sejumlah besar perkhidmatan yang inovatif seperti perkhidmatan ejen dan pendaftaran syarikat luar pesisir yang mudah bagi memberi manfaat kepada perusahaan dan usahawan.

Staff members at the Chief Government Affairs Representative Service Center in Sichuan Tianfu New Area provide services for clients.
Staff members at the Chief Government Affairs Representative Service Center in Sichuan Tianfu New Area provide services for clients.

Seorang usahawan dengan nama keluarga Mao datang ke pusat perkhidmatan pentadbiran di kawasan ini baru-baru ini untuk menukar nama wakil sah dan penyelia. Berdasarkan kepada pengalaman beliau sebelum ini, beliau fikir bahawa beliau akan melalui prosedur yang rumit.

Namun kali ini, beliau memanfaatkan perkhidmatan ejen yang baru dilancarkan di kawasan ini dan seorang anggota kakitangan membantu beliau menyelesaikan seluruh prosedur hanya dalam masa 20 minit.

Kawasan Baharu Tianfu melancarkan Pusat Perkhidmatan Ketua Perwakilan Hal Ehwal Kerajaan pada 8 Oktober. Ia menyediakan perkhidmatan panduan percuma untuk 554 isu, perkhidmatan bantuan untuk 320 isu dalam talian proses penuh dan perkhidmatan agensi untuk entiti pasaran berhubung 143 isu.

Dalam masa yang sama, kawasan ini berusaha keras untuk mengoptimumkan persekitaran perniagaannya bagi menggalakkan pembukaan paras tinggi dan menarik minat perusahaan luar negara.

Wakil sah Yizhong Communication berpangkalan di Macau Hamson Wai merancang untuk mendaftar sebuah syarikat baharu di Kawasan Baharu Tianfu. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir sendiri ke Sichuan ekoran pandemik COVID-19.

Namun begitu, kemudian beliau mendapati bahawa beliau boleh mendaftar syarikat beliau secara dalam talian hasil daripada program perintis Kawasan Baharu Tianfu untuk pendaftaran syarikat luar pesisir. Pakej dengan lima langkah untuk syarikat asing untuk memulakan perniagaan mereka di kawasan ini kini tersedia.

Seawal tahun 2016, Kawasan Baharu Tianfu memulakan perkhidmatan pendaftarannya untuk syarikat pemula perniagaan yang berfungsi sebagai jaminan utama untuk pendaftaran rentas sempadan perusahaan yang dibiayai oleh luar negara dan membolehkan syairkat tanpa pejabat tetap untuk mendaftar. Dengan langkah-langkah digital, syarikat pemula berupaya melengkapkan pendaftaran mereka secara dalam talian.

Pada bulan Februari, Pameran Macau-Portugal Yizhong Chengdu Sichuan menjadi "e-residen" luar negara pertama di Kawasan Baharu Tianfu yang menandakan bahawa pakej pendaftaran luar pesisir untuk perusahaan yang dibiayai oleh luar negara menjadi kenyataan.

Xu Xiaochen, pengerusi Chengdu Yuanben Innovation and Technology, berkata persekitaran yang boleh didiami di Kawasan Baharu Tianfu amat digemari oleh usahawan serta bakat dan kluster perindustrian menyediakan persekitaran industri kelas pertama untuk perusahaan.

Beliau paling kagum dengan penjagaan yang teliti di kawasan ini untuk syarikat pemula dan bakat. Ia menawarkan himpunan perkhidmatan untuk bakat agar mereka dapat menumpukan perhatian mereka yang lebih baik kepada kerjaya mereka, Xu menambah.

Source: Sichuan Tianfu New Area
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications New products/services