omniture

Jellysmack Melaksanakan Pengambilalihan Pertama dengan Syarikat Teknologi Penyuntingan Video AI Kamua

Jellysmack
2021-11-16 08:00 17

Dengan pengambilalihan ini, Jellysmack mengembangkan rangkaian teknologi AI dalamannya yang mantap untuk menyokong pencipta dengan lebih baik.

LOS ANGELES, 16 November 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat pencipta global, Jellysmack teruja untuk mengumumkan pengambilalihan mereka terhadap syarikat pemula teknologi penyuntingan AI yang berpangkalan di UK, Kamua. Ini merupakan pengambilalihan pertama syarikat dan memperkukuhkan lagi rancangan Jellysmack untuk menggunakan pembiayaan terbarunya daripada Vision Fund II SoftBank bagi menjana pengambilalihan perusahaan dan pengembangan antarabangsa. Pengambilalihan ini akan membolehkan Jellysmack meningkatkan teknologi penyuntingan video AI sedia ada untuk menyokong pertumbuhan yang menggalakkan yang telah dialaminya pada tahun lalu. Ini juga mengukuhkan kedudukan Jellysmack sebagai satu-satunya syarikat teknologi yang memperkasakan penyuntingan video berasaskan pencipta dan pengedaran kandungan pelbagai platform serta mendahului para pesaing lain dalam memanfaatkan teknologi canggih bagi membantu pencipta mengembangkan perniagaan mereka.

Kejayaan Kamua dalam visi komputer dan pembelajaran mesin akan melengkapkan teknologi AI sedia ada Jellysmack serta keseluruhan rangkaian teknologi dalamannya. Jellysmack akan memanfaatkan keupayaan AI Kamua untuk pensaizan semula, pembidangan dan pemotongan semula kandungan video ke dalam format yang sesuai untuk Instagram, Facebook, Snapchat, TikTok, YouTube Shorts dan pelbagai lagi. Dengan kejayaan membanggakan Program Pencipta Jellysmack yang mengoptimumkan kandungan video dan mengedarkannya merentasi pelbagai platform sosial, syarikat tersebut menyunting lebih 10,000 video secara purata setiap bulan yang terdiri daripada lebih 150,000 jam penyuntingan sebulan. Teknologi Kamua akan membantu mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyesuaikan saiz dan memotong semula video secara signifikan hingga 3x, membolehkan penyunting lebih banyak masa untuk menggunakan kreativiti mereka.

Setelah disepadukan, Kamua akan beroperasi sepenuhnya di bawah nama dan jenama Jellysmack. Jellysmack merancang untuk mengekalkan semua kakitangan sepenuh masa sedia ada Kamua, termasuk pengaturcara teras yang berada di Romania. Ketua Pegawai Eksekutif Kamua, Paul Robert Cary, akan menyertai pasukan eksekutif Jellysmack sebagai Naib Presiden Teknologi, Penyelesaian Penyuntingan. Pengambilalihan ini juga menandakan pencapaian yang signifikan untuk pasukan kejuruteraan AI yang berpangkalan di Romania, kumpulan bakat teknologi baharu yang paling popular di Eropah. Di bawah kepimpinan Cary, Kamua telah mencapai penanda aras cemerlang dalam masa kurang daripada setahun beroperasi, bahkan mengatasi sistem AI yang dibangunkan oleh pemain teknologi utama. Cary berharap dapat meningkatkan lagi penyelesaian penyuntingan yang dikuasakan AI dengan penjimatan masa baharu di bawah nama Jellysmack.

"Matlamat Kamua adalah untuk menjadikan penyuntingan video secekap yang mungkin dengan mengautomasikan kerja-kerja yang tidak digemari oleh kebanyakan penyunting. Dengan sumber dan kepakaran yang ditawarkan oleh Jellysmack, kami dapat merealisasikan visi tersebut dengan sepenuhnya pada kadar yang lebih pantas," kata Cary. "Saya teruja dengan teknologi video automagik kami yang akan digunakan untuk menyunting beberapa kandungan yang paling banyak ditonton di dunia dan memberikan perkhidmatan kepada beberapa pencipta paling popular di Internet."

Robin Sabban, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Jellysmack menambah, "Jellysmack berbesar hati menawarkan rangkaian teknologi pencipta video terbaik di dunia dan pengambilalihan Kamua akan mengukuhkan lagi produk teras kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan kongsi pencipta kami. Kami telah menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan pada tahun lalu yang didorong oleh pelaburan daripada SoftBank dan teknologi penjimatan masa Kamua yang akan membantu kami meneruskan pertumbuhan trajektori kami. Kami amat teruja untuk membawa pasukan Kamua yang berbakat ke dalam keluarga Jelly kami."

Melihat ke arah masa depan, Jellysmack merancang untuk terus menggunakan pembiayaan SoftBank, yang membawa syarikat pencipta global ke tahap cemerlang bagi melengkapkan rangkaian teknikalnya. Jellysmack juga akan terus berkembang di seluruh dunia, memperkukuh produk teknologi teras Program Penciptanya dan memupuk kaedah baharu agar para pencipta dapat mencapai khalayak mereka. 

Tentang Jellysmack
Diasaskan bersama-sama pada tahun 2016 oleh Michael Philippe, Robin Sabban dan Swann Maizil, Jellysmack ialah syarikat pencipta global yang mengesan dan membangunkan pencipta video paling berbakat di dunia melalui teknologi. Alat pengoptimuman data dan video proprietari syarikat memacu pertumbuhan khalayak sosial, membuka aliran pendapatan baharu dan meningkatkan pengewangan. Syarikat ini kini menghimpunkan lebih 350 pencipta berpengaruh termasuk MrBeast, PewDiePie, Karina Garcia, Bailey Sarian, Patrick Starrr, Nas Daily dan Phil DeFranco. Jellysmack mengoptimum, mengendali dan mengedarkan kandungan video ciptaan para pencipta ke Facebook, Instagram, Snapchat, TikTok, Twitter dan YouTube. Strategi pencipta syarikat tersebut dibina berdasarkan kejayaannya dalam penskalaan saluran kandungan aslinya sendiri dalam bidang kecantikan ("Beauty Studio"), bola sepak ("Oh My Goal"), permainan ("Gamology") dan banyak lagi. Menurut firma pengukuran video global terkemuka Tubular Labs, gabungan kandungan yang diuruskan Jellysmack menarik 10 bilion tontonan video bulanan di seluruh dunia dengan jangkauan silang platform seramai 125 juta pengguna A.S. yang unik, mencapai hampir 45% daripada rakyat Amerika dan menjadikannya syarikat digital pertama di A.S. yang mempunyai bilangan penonton media sosial bulanan terbesar. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari jellysmack.com.

Sila hubungi
jellysmack@thebrand-agency.com 

Source: Jellysmack
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Acquisitions, mergers, takeovers