omniture

Implan Sangkar Rusuk Luar Biasa Pertama Dunia 'hidup'

Anatomics Pty Ltd
2021-11-16 08:16 77

MELBOURNE, Australia, 16 November 2021 /PRNewswire/ -- Pengeluar peranti perubatan yang inovatif Anatomics Pty Ltd mengumumkan penggunaan pertama dunia bagi perancah tisu polimer StarPore revolusioner untuk pembedahan pembentukan semula toraks di Australia, AS, UK, Singapura, Portugal dan New Zealand.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.prnasia.com/mnr/Anatomics-Incredible-World-First-Ribcage-Implant-Becomes-alive.shtml

 

Massive ribcage reconstruction planned with AnatomicsRx C3D software.
Massive ribcage reconstruction planned with AnatomicsRx C3D software.

StarPore ribcage being fixed into position with screws.
StarPore ribcage being fixed into position with screws.

StarPore ribcage unique tulip design
StarPore ribcage unique tulip design

World’s first StarPore ribcage
World’s first StarPore ribcage

Lebih daripada 20 orang pesakit dari seluruh dunia menjalani kehidupan dengan sangkar rusuk baharu yang diperbuat daripada bahan revolusioner yang dibangunkan oleh syarikat Australia, Anatomics Pty Ltd.

StarPore® ialah bahan yang kuat, fleksibel dan berliang yang membolehkan sel dan tisu tubuh tumbuh di dalamnya -- berbeza daripada bahan implan tradisional yang tidak telap.

Pengasas Anatomics Profesor Paul D'Urso berkata, "pembentukan semula sangkar rusuk yang disesuaikan merupakan aplikasi bahan ini yang pertama di dunia, yang kini merevolusikan cara pembedahan ini dijalankan bagi menggantikan dan membaiki sangkar rusuk pesakit yang rosak akibat trauma, tumor atau jangkitan."

Sebelum ini, pakar bedah menggunakan simen tulang dan wayar untuk membentuk semula sangkar rusuk semasa pesakit berada di atas meja bedah.

"StarPore unik kerana ia menjadi 'hidup' dalam beberapa minggu apabila sel pesakit itu sendiri tumbuh menjadi perancah berliang yang kuat dan fleksibel. StarPore juga tidak kelihatan pada sinar-x dan imbasan agar doktor dapat memantau pesakit dengan mudah selepas pembedahan," kata Profesor D'Urso.

Dr Ahneez Ahmed (Ketua Pakar Bedah Toraks, Tan Tock Seng Hospital Singapore), melaporkan selepas mengimplan dua sangkar rusuk StarPore pertama bahawa ia "akan bertahan sepanjang hayat pesakit sambil mengekalkan bentuk yang sama dengan tisu semula jadi memegangnya di tempatnya. Bahan ini memberikan perancah untuk tisu manusia memegang padanya dan bertumbuh di dalamnya, ekoran keliangan trabekular biologi serupa yang terdapat dalam tubuh."

Prof Shanda Blackmon (Pakar Bedah Toraks, Mayo Clinic USA), meringkaskan, "kelebihan StarPore termasuk kefleksibelan, penetapan tegar, keupayaan untuk melitupi rusuk, reka bentuk 3D tersuai, keupayaan untuk menggerudi lubang dengan mudah untuk pelekatan ligamen buatan, pembentukan skalpel boleh suai intrabedah, keupayaan untuk menyerap larutan antibiotik dan potensi untuk revaskularisasi."

Dr Michael Harden (Pakar Bedah Kardiotoraks, Royal North Shore Hospital Australia), baru-baru ini melaporkan bahawa "implan StarPore membolehkan pesakit kami melakukan perkara yang kita ambil mudah sama ada memandu kereta, membongkok untuk mengambil sesuatu atau sekadar menarik nafas dalam-dalam."

Anatomics merupakan perintis bagi pembentukan semula sangkar rusuk – telah mencipta sangkar rusuk cetakan 3D pertama dunia untuk seorang pesakit Sepanyol pada tahun 2014. Sejak itu, syarikat ini telah menyempurnakan teknologi ini yang membawa kepada penciptaan sangkar rusuk StarPore pertama diimplan pada bulan Mei 2019 di Singapura. Sangkar rusuk StarPore berjaya diimplan dalam 24 orang pesakit di Australia, New Zealand, AS, Singapura, Portugal dan UK.

Profesor D'Urso berkata bahawa "StarPore Anatomics telah menjadi standard penjagaan untuk pembentukan semula toraks yang akan mewujudkan platform untuk inovasi dalam penyelidikan dan pembangunan kardiopulmonari. Pada masa akan datang, sangkar rusuk StarPore mungkin berupaya untuk menampung keupayaan pemantauan elektronik, terapi dan telekomunikasi termaju."

Pautan Animasi Penerangan Anatomics

https://player.vimeo.com/video/630641473?h=6612c2cfbb&autoplay=1&loop=1

Pautan Channel 9 News Story Australia Mutakhir:

https://amp.9news.com.au/article/e45d5db1-efa6-4971-89b7-0efe9d7fb934

Pautan terus ke halaman web aplikasi toraks Anatomics:

https://anatomics.com/au/applications/thoracic.html

Hubungi:

Hayley Ward
Pengurus Operasi Komersial
+61-4-5188-8833
+61-3-9529-8088
contact@anatomics.com
www.anatomics.com

Source: Anatomics Pty Ltd
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services